5

29.7K 1.6K 169
                                    

Aisyah menyiapkan diri apabila adiknya mengajak keluar bersama orang-orang di rumah. Blouse merah jambu bersama palazo putih dipadankan lagi dengan shawl merah jambu menjadi pilihan Aisyah di pagi hari. Bedak carry junior ditepek sedikit pada muka. Begitu juga dengan lip balm.

Dia melangkah turun setelah siap. Ingat kan dia dah lambat,rupanya ada lagi yang lambat. Tak lain tak bukan kalau Jay. Sibuk cari baju tapi tak jumpa. Cari seluar tak jumpa. Pomet habis. Macam-macam ragam betul budak ni!

"Sorry lambat! Cari wallet dengan telefon tak jumpa.. " Jay menyengih sambil menggosok tengkuknya.

Yang lain menjeling. Siap mengalahkan perempuan!

"Dah jom! "

Zaty mengunci pintu rumah sebelum kunci itu diberikan kepada Izz selaku tuan rumah.

Izz, Amer, Aisyah, Ayad dan Zaty menaiki satu kereta. Kereta bmw 6 series GT menjadi pilihan Izz untuk dibawa ke kampung. Karang kalau guna Ferrari dicopkan riak pulak! Lagipun kereta ni je yang biasa-biasa. Lain semua ferrari, audi R8... Kau gila apa nak bawa kereta macam tu masuk kampung?

Mahu kena pelengkung dengan ketua kampung. Ketua kampung Sinaran Baru sudah la garang. Lagi garang lagi Izz.. Hahahaha!

Manakala Arshad, Irshad, Jay, Aki dan Eva menaiki satu kereta. Kereta Honda Civic menjadi pilihan Aki yang menjadi pemandu. Eva pula duduk disebelah teman lelaki nya. Nak teman la katakan.

Perlahan-lahan kereta mereka bergerak keluar daripada perkarangan rumah dan membelah jalan raya menuju ke kawasan kampung. Mereka mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai ke rumah Engku Fatimah. Perjalanan mereka menjadi lambat kerana ada tempat yang perlu mereka singgah terlebih dahulu. Tak lain tak bukan kalau hal pejabat. Client nak jumpa la. Ada masalah dekat tempat projek la. Macam-macam.

Aisyah memisat-misat matanya tatkala cahaya matahari memancar ke dalam matanya. Dilihat kawasan luar. Dahinya mengerut cuba mengingati sesuatu.

Pap!

Kurang asam punya adik! Sudah la tak bagitahu nak datang sini! Tinggal aku pulak tu dekat dalam kereta ni seorang-seorang! Bukan nya nak kejutkan. Majuk dengan kau sebulan. Hump!

Pintu kereta dibuka dari luar membuatkan Aisyah tersentak. Jantungnya berdegup kencang tatkala anak matanya bertembung dengan anak mata seseorang yang berwarna hazel. Lantas Aisyah melarikan pandangannya.

Mahu tercabut jantung aku.

"Bila kau nak keluar? "

"Ha? "

Aisyah bingung. Keluar apa?

"Aku tak rasa kau pekak."

Aisyah membuat muka. Janganlah marah. Garang betul!

"Kau tak nak keluar jumpa nenek kesayangan kau ke? "

Buat kali kedua Aisyah tersentak. "Ne... Nenek saya "

Izz mengangguk.

"Mestilah saya nak! " Terus tubuh Izz ditolak kuat apabila menghalang laluannya.

Tolakan daripada Aisyah membuatkan Izz terundur beberapa langkah ke belakang. Dia berdecit sebelum pintu kereta ditutup sedikit kuat. Kuat betul perempuan ni!

Bahu Izz ditepuk dari belakang dan dia menoleh. Keningnya yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis bertaut.

"Kau apasal?"

"Tak de lah. Kau nampak macam marah je dengan Aisyah tu. Apahal?"

Izz menjeling menyampah. Tangan temannya ditepis lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now