7

26.7K 1.4K 127
                                    

"Mak Engku, kita orang gerak dulu. Kalau ada info pasal Aqif, cepat-cepat inform pada kami." Nek Timah mengangguk.

Dipandang anak muda dihadapannya yang sedang memakai kasut dengan senyuman. Tak sangka! Cucu Zachary dengan Lola dah besar. Bekerjaya pulak tuh! Memang cukup pakej. Sudah la kacak, bergaya, bekerjaya. Apa lagi? Jadi jutawan di usia yang muda pula tu.

"Ada masa, kami datang lagi. Terima kasih, Mak Engku.. "

Nek Timah tersenyum. "Iyelah! Hati-hati bawak kereta tu. Kirim salam Mak Engku dengan tok daddy dengan tok mummy kamu. Ntah apa khabar orang tua tu.. "

Izz tergelak kecil. Begitu juga dengan Amer,Arshad, Irshad, Jay, Aki, Eva dan Zaty. Nenek Aisyah dengan Ayad memang brutal!

"Aisyah! Cepat! Diaorang dah nak gerak dah ni! " Lantang Nek Timah memanggil cucu perempuan kesayangannya.

"Kejap, nek! " Balas Aisyah dari dalam rumah. Cepat-cepat Aisyah mengemas barang-barang nya. Segala apa yang dia ada, dia angkut sekali. Sekali dengan beg yang dia tertinggal dua hari lepas.

Pandangan sayu adiknya langsung tidak dihiraukan disebalik pintu biliknya. Makin laju dia mengemas barang-barangnya. Mahu sahaja dia menghamburkan tangisannya. Tetapi,ego! Biasalah!

Ayad sedaya upaya menahan perasaan sebak nya. Kenapa kakaknya tidak tinggal sekali bersama dia dan ayah? Ayah kan dah balik. Kenapa nak tinggal dengan diaorang?

Dia buntu. Tidak tahu Apa-apa. Tahu-tahu je, kakak dia tidak mahu berbual dengannya. Apabila anak mata mereka bertemu, cepat-cepat kakaknya alihkan anak matanya. Sungguh dia terasa!

Seksa sungguh dia sekarang ni! Sekarang ni kakak dia mahu tinggalkan dia. Dekat mana dia nak luahkan segala perasaan nya? Dekat siapa dia nak mengadu?

Aisyah bersama Ain menuju ke ruang tamu setelah selesai berborak dan meluangkan masa bersama. Dia cuba menahan rasa apabila dipandang jijik oleh saudara maranya. Dia cuba!

Aisyah memandang Izz serta kawan-kawannya dengan terkebil-kebil apabila melihat mereka semua berdiri dari duduk mereka.

"Kami balik dulu, Mak Engku.. " Ujar Izz sopan.

Nek Timah turut bangun dari duduknya. Muka terkejut ditayangkan. "Awalnya? Baru sampai kan? "

"Lepas ni nak ke rumah tok daddy, Mak Engku. Nak melawat diaorang. Dah lama kitaorang tak lawat sana."

Izz dan Mak Engku berbual sambil berjalan ke luar rumah. Diikuti dengan yang lain.

Aisyah juga turut bangun. Nak balik kan? Tetapi dihalang oleh suara adiknya. Kata-kata adiknya membuatkan dia mengeraskan diri. Hati rasa nak terbakar.

"Kak, kita tinggal dengan ayah je la eh mulai sekarang? Ayah pun dah balik sini. Dia nak jaga kita.."

Aisyah menjadi tumpuan di ruang tamu. Semua mata memandang dia dengan riak tak puas hati.

Tak puas hati kenapa? Sebab ayah dia, Encik Zuhairi, kaya orangnya. Saudara maranya pulak tak suka bila aku dengan Ayad lebih daripada mereka. Mereka nak kami ni jadi orang paling last. Level bawah! Sebab kami ni cucu kesayangan Engku Fatimah.

Aisyah memalingkan tubuhnya daripada bertentangan dengan adiknya. Lihat wajah adiknya, mahu sahaja dia melepaskan kemarahannya. Bukan sahaja kemarahan, kekecewaan, kesedihan. Semuanya ada.

Ain pula jadi saksi semua ni. Apa yang Aisyah rasa, dia nampak daripada mata Aisyah. Dia nampak semuanya.

Ain hanya berdiam diri di sebelah suaminya, Izzat. Tidak mahu masuk campur. Cukup la dia basuh otak Aisyah pasal Aqif. Dia dah tak nak beratkan lagi beban Aisyah sekarang ni.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now