1

67.7K 2.2K 281
                                    

"Ayad, kita kena lari dari sini sebelum Aqif datang."

Gesa Aisyah sambil memasukkan baju-bajunya kedalam beg pakaian. Peluh di dahi jatuh menitik di muka. Mukanya tak usah dikata, resah dan gelisah!

"Kita nak pergi mana, kak? Malam-malam macam ni? Kenapa pun kalau Aqif datang? Tunang kau kan?"

Aisyah menggeleng. Ayad tak faham. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Tangannya masih lincah memasukkan baju ke dalam beg. Tak semena-mena tangan adiknya ditarik sehingga turun dari katil.

"Cepat Ayad! Jangan banyak tanya! Kalau kau nak aku selamat, cepat!"

Walaupun pelik dengan tingkah kakaknya, dia akur dengan arahan. Beg pakaian yang berada di atas almari dicapai sebelum pintu almari dibuka. Satu per satu baju dimasukkan ke dalam beg dengan riak bingung.

Tak ada angin, tak ada ribut. Tahu-tahu mahu melarikan diri. Lari pun, mahu ke mana? Mereka bukannya orang kaya. Bukannya ada harta. Malahan, kami sebatang kara. Cari makan sendiri, cari duit sendiri. Cari perbelanjaan sekolah sendiri.

Hidup tanpa pertolongan orang walaupun ada yang sudi menghulurkan bantuan. Sepupu? Ada. Tapi mereka sombong. Angkuh! Mentang-mentang kaya, bantu darah daging sendiri pun tidak mahu.

Nasib baik nenek mereka sudi membantu. Meskipun dia pernah mengajak kami tinggal bersama, kami menolak dengan baik. Alasannya, mahu hidup berdikari. Pepatah ada mengatakan, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Pepatah yang memberikan kami semangat untuk terus hidup. Mengapa kami sebatang kara? Kerana, ibu dan ayah telah buang kami. Ibu dan ayah bercerai. Ayah duduk tempat lain. Ibu duduk tempat lain. Yang kami tahu, ibu sudah pun ada pengganti. Anak pun dah seorang. Entah ingat kami ke tak lagi.

"Aisyah! Mana kau, ha! Keluar sekarang sebelum aku pecahkan pintu ni! Keluar! "

Terhenti perbuatan Aisyah yang sedang mengemas itu. Aisyah sudah menggigil ketakutan. Berpeluh habis satu badan. Bibirnya turut menggigil.

Bam!

Bunyi pintu dibuka kasar membuatkan Aisyah dan Ayad tersentak. Serta merta Ayad memandang tingkap di dalam bilik mereka.

Sejujurnya, mereka tinggal di dalam bilik yang sama. Rumah yang mereka duduki terlalu kecil. Satu bilik, ruang tamu yang kecil, serta ruang dapur kecil. Tetapi, masih tampak mewah di mata kami.

Apa yang ada itu, sudah buatkan kami bersyukur. Tak kira la makan sayur dengan nasi kosong je. Itu pun dah buatkan kami bersyukur.

Cepat-cepat Ayad membuka tingkap bilik mereka. Ditinjau keadaan luar. Kepalanya ke kanan dan ke kiri. Mana tahu, anak-anak buah Aqif berjaga di luar.

Clear!

Segera Ayad mengambil begnya dan kakaknya lalu dicampak ke luar. Bunyi pinggan dan mangkuk pecah membuatkan Aisyah makin ketakutan. Fikiran Aisyah sudah bercelaru. Buntu! Badan mengeras, lidah terkelu. Tidak mampu bergerak persis orang lumpuh.

Beg mereka berdua sudah selamat di atas tanah. Giliran mereka pula untuk keluar. Melihatkan Aisyah tidak mampu bergerak, Ayad mengeluh kasar. Segera di mencempung tubuh ringan kakaknya lalu melompat keluar dari dalam bilik melalui tingkap.

Aisyah tersentak. Mahu sahaja dia menjerit ketakutan tetapi dihalang Ayad apabila jari telunjuk adiknya hinggap di bibir pink dia. Muka serius ditayang Ayad.

Matanya memerhatikan kawasan sekeliling. Hanya kelihatan dua biji kereta mewah tersadai di halaman rumah mereka yang kecil.

Dengan langkah perlahan, mereka berdua keluar daripada kawasan perumahan mereka. Malang tidak berbau, Aisyah terpijak ranting kayu yang saiznya sedikit besar sehingga membuatkan anak-anak buah Aqif tersedar.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now