42

21.6K 1K 78
                                    

"Su? "

Suraya menoleh kebelakang. Buku rujukan yang dipegangnya tadi diletakkan kembali ke tempat asal.

Wajah lelaki yang berada dihadapannya dipandang lalu menunduk. Tak nak pandang wajah orang playboy lama-lama.

"Ye saya. Ada apa, senior? "

Lelaki itu tergelak kecil dan membuatkan Suraya menjulingkan mata ke atas. Annoying sungguh. Orang tanya pun nak gelak.

"Tak perlu senior bagai. Panggil saya Haidi je. " Suraya sekadar mengangguk perlahan.

Lelaki ni nak apa sebenarnya? Naya aku kalau fans dia nampak aku dengan dia berduaan macam ni.

Lahai, menyusahkan betul la!

"Ada apa senior Haidi jumpa saya ni?" tidak betah lagi mahu menunggu, Suraya terlebih dahulu bertanya.

Tak elok berdua-duaan macam ni. Dia tak suka lagi-lagi dengan seorang playboy. Bukannya apa, kalau berdua pasti ada yang ketiga.

"Kan saya dah kata, jangan panggil saya senior. Saya tak suka. "

Suraya menghela nafas berat. "Mulut saya, suka hati saya la nak panggil senior apa! Senior nak apa sebenarnya ni? Jangan bazirkan masa saya boleh tak? Banyak lagi kerja yang saya kena buat. Bukan nak melayan senior je! "

Walaupun marah, Suraya tetap menjaga suara supaya tidak menengking. Dia paling pantang orang bazirkan masa dia dengan berbual kosong. Tak de faedah. Lebih baik dia ulangkaji apa yang patut. Ada la juga faedah.

Next week dah mula exam. Kalau orang kacau macam ni, nak study macam mana?

Haidi tersenyum kelat. Biarpun terasa, dia tetap mengukirkan senyuman buat buah hatinya dalam diam.

Siapa je tak suka Suraya? Gadis yang cantik dan manis. Seorang yang pandai menjaga batas pergaulannya. Cantik bertudung. Pendiam-pendiam pun tetap menjadi pujaan hati orang ramai.

"Saya nak ajak awak lunch nanti. Awak nak? " lembut sahaja suara Haidi menuturkan kata.

"Tak apa, saya tak nak dan terima kasih. Saya pergi dulu, assalamualaikum... " Suraya segera meminta diri apabila sedar yang dia menjadi perhatian di dalam perpustakaan itu.

Siapa lagi kalau bukan fans-fans playboy bermulut manis ni. Pantang nampak perempuan cantik, laju je keluar ayat manis. Bila pasal akademik, semuanya hancur.

"Su, sabar lah! Saya tak habis dengan awak lagi ni. " Haidi menghalang laluan Suraya untuk melangkah pergi dari situ.

Dia tahu yang Suraya tak suka orang sentuh dia, jadi dia tak sentuh la. Karang, kena maki hamun, setahun kau sentap.

Suraya berhenti mengejut. Dia menghela nafas berat. Dia menarik dan menghembus nafas berkali kali. Takut kalau tiba-tiba dia jadi hulk dekat sini karang. Lari student-student yang nak mengulangkaji.

"Jangan kacau saya, Haidi! Awak nak apa sebenarnya ni? Saya malas la nak layan orang macam awak. Tepi boleh tak? Jangan halang laluan saya. "

"Tak! Selagi awak tak keluar makan dengan saya, selagi tu kita akan macam ni je. " selamba Haidi berkata.

Kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Haidi membuatkan Suraya loya tekak. Makin lama melayan, makin annoying jadinya.

"Saya tak nak, Haidi. Jangan la paksa saya. Banyak lagi kerja yang saya kena buat. " suara Suraya kedengaran seperti orang tidak bermaya. Penat.

Mana tak penatnya kalau dia tak cukup tidur semalam. Kerja dari petang sampai malam. Lepastu, buat assignment sampai pukul 3-4 pagi. Mana datangnya masa nak berehat.

Kali ni, Haidi pula buat hal. Dia penat la. Senior ni tak habis-habis mengganggu dirinya. Rimas!

"Kali ni je? Please? Lepas ini, tak ada dah. Janji, sekali ni je. " sedaya upaya Haidi memujuk Suraya supaya bersetuju.

Suraya meraup mukanya. Stres! Orang tak nak paksa juga. Ni la ciri-ciri orang yang kena belajar balik. Kaji balik apa maksud 'tak nak. Apa maksud 'jangan paksa'.

"Bro, dia tak nak jangan paksa. "

Lantas mereka berdua berpaling ke arah suara itu. Suraya menghela nafas lega. Ada juga yang nak membantunya.

"Kau siapa? Suka hati aku lah. Aku ada kacau hidup kau ke? Kalau junior, buat cara student junior. Jangan nak mengajar senior. "

Lelaki itu tergelak sinis di satu meja tak jauh dari mereka berdua. Gaya ala-ala badboy. Makan lolipop, kacak, rambut dia. Pergh!

Suraya kena masuk peti beku. Cair! Cair! Cair!

Lelaki itu bangun dari duduknya. Haidi dan Suraya, dia dekati. Beg sandangnya di sangkut pada sebelah bahu.

"Senior ke kalau tak reti bahasa? Kalau senior, dia tak bengap. Fikir pakai otak. Dia cakap tak nak, paksa dia lagi acah faham bahasa, apahal?"

"Ouh, ya! Salah ke kalau jadi junior? Aku junior pun, sekurang-kurangnya aku tak bengap macam kau. Alhamdulillah, masih faham lagi bahasa melayu. Haa, tak pun kau nak dia cakap bahasa lain? Meh aku tolong. Dengar betul-betul eh? Sei davvero stupido! (Kau memang bodoh!) "

Haidi terkebil-kebil apabila mendengar ayat asing yang keluar daripada mulut lelaki itu.

"Tak faham? Su sayang, terangkan dekat dia..."

Suraya yang tadinya menahan gelak terus berubah serius. Wey, serius ah! Aku tak boleh la. Gila betul dia ni. Mahu kena belasah nanti. Tak ke naya?

Wey, wey, dia panggil aku sayang kan tadi? Kan? Kan? Ya Allah! Melting sih! Nur Suraya melting disebabakan crush nya!

"Dia cakap awak tak cerdik. " Haidi mengetap bibir kegeraman. Tangan dikepalkan membentuk sebuah penumbuk.

Lelaki itu tersenyum sini. Keningnya terjongketkan dan riak wajahnya seakan-akan mengejek.

"Apa? Nak tumbuk aku? Silakan... Biar semua fans kau tahu pasal perangai sebenar kau." gaya lelaki itu tampak seperti mahu mencabar kelakian Haidi.

Kalau tak suka mencabar, bukan lelaki tu. Itu Nyahtinja. Okay, tiber!

Makin lama Haidi mendengar ejekan lelaki itu, makin panas hatinya. Maruahnya bagai dipijak habis-habisan oleh lelaki itu.

Kurang ajar! Dia tak kenal lagi aku siapa! Tunggu kau!

Tidak betah lagi mahu mendengar ejekan yang membuatkan maruahnya tercalar, dia beredar daripada situ. Tetapi belum sempat dia melangkah jauh, namanya dilaung kuat.

"Umair Haidi! " Haidi menoleh kebelakang.

"Aku suami Nur Suraya, Muhammad Ayad bin Zuhairi Nicholas Elias. Kalau kau ada masalah dengan dia, cari aku. Dia bukan lawan kau, tapi kau lawan aku. Got to go! Never see you again, slut!"

Seraya itu, Ayad memeluk bahu Suraya dan melangkah pergi daripada perpustakaan. Suraya nampak tergamam, terkaku dan terkelu.

Nak kata gembira, ada. Nak kata marah, ada. Nak kata kasihan, pun ada. Yang mana satu sebetulnya ni?

Haidi mengetap kuat bibirnya. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah yang kian memuncak.

Muhammad Ayad, kita akan berjumpa esok. Kau berhutang dengan aku. Dan kau, Suraya. Aku akan dapatkan kau tak kira apa jua. Sama ada kasar atau halus. Itu terpulang kepada hati aku.

Ayad melepaskan rangkulan bahu Suraya. Wajahnya yang tadi seakan-akan menyinis bertukar menjadi dingin.

"Lain kali, jangan berseorangan. Ajak Haura sebagai peneman. Kau tu banyak musuh. Ingat tu! " seusai Ayad menasihati, dia berlalu pergi ke parking kereta.

Waktu balik dah lama sebenarnya. Tapi tak sangka pula yang dia akan terserempak dengan Haidi dan Suraya. Dan tak sangka juga yang dia jadi hero seketika untuk menggantikan abang iparnya di cerita ini. Gegege...

Tukar je la hero. Amacam? Nak tak? Nanti aku pujuk author supaya tukar. Siapa setuju?











Tbc...

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now