10

26.9K 1.4K 120
                                    

Bab ni banyak guna bahasa asing.

.
.
.
.
.


"Aisyah! "

"Ya! I'm coming!"

Dengan keadaan kelam-kabutnya Aisyah berlari turun bersama beg bajunya. Nafas dihela. Penat!

Dia mengambil tempat di sebelah Eva yang sedang terlentok di bahu teman lelakinya, Aki. Nampak gaya macam mengantuk sangat. Boleh dikatakan, semua orang.

Buat apa pagi-pagi buta ni? Jadi burung hantu? Padahal bodyguards dekat luar tu bukan main ramai lagi. Eii, tak faham la aku jadi seketul potato Aisyah Saffiya ni!

"Oi, ni barang kau. Ada orang hantar tadi..."

Huluran Arshad dicapai dengan matanya yang terkebil-kebil. Kotak? Kotak apa ni?

Dipandang wajah Arshad yang duduk di sebelah kembarnya dengan wajah tertanya-tanya. Arshad hanya membalas dengan bahunya yang terangkat tanda tidak tahu.

Aisyah mengeluh. Apa pulak ni?

Segera Aisyah membuka balutan pada kotak itu. Dengan lemah lembutnya perbuatan itu di lihat oleh semua orang di ruang tamu. Tinggal tunggu Tengku Zachary dan Tengku Lola bersiap. Itu sahaja.

Aisyah tercengang plus tergamam. Kotak yang dibalut itu dibuka. Giginya diketap. Ini ke barang yang nenek nak bagi? Berapa kali nak cakap? Dia tak perlukan semua ni! Membazir!Dan dia tak suka!

Tanpa sedar, dia mengeluh. Kotak itu ditutup kembali lalu diletakkan di tepi tanpa menyentuh isinya. Perbuatan itu menjadi tanda tanya buat semua orang yang melihat.

"Kau tak suka ke, Syah?" Eva bertanya dengan matanya yang sepet.

Aisyah tersenyum nipis. "Bukan tak suka tapi membazir. Saya tak nak pun benda macam ni..."

Dalam diam, Izz mengangguk faham. Aisyah bukan la seorang gadis yang suka membazir. Aisyah juga mungkin tidak suka menyusahkan orang kecuali dalam keadaan yang terdesak.

"But, that's important right? " Aisyah mengangguk mengiyakan. Memang tak dapat nak nafikan.

"Yes, I know that. It's undeniable that's important but I don't like wasting. For me, I'm still not qualified to hold this thing myself. "

"What about, you used to hold it back as usual. Try. Haven't tried yet. If you hold it for a long time, you'll get used to it. Got it? " Sampuk Irshad yang duduk di sebelah Jay.

Jay macam biasa. Tidur berbantalkan bahu Irshad yang lebar. Naik lenguh juga nak menampung berat kepala Jay ni. Bukannya ringan. Kalau ringan tak apa juga. Ni berat ya ampun! Berat dosa agaknya. Kan? Kan?

Dengan terpaksanya, dia mengangguk menerima. Dalam hati sudah menyumpah saranah Nek Timah. Nenek ni kan! Suka buat Saf rasa bersalah.

"Semua dah ada?" Sergah Tengku Lola dari belakang bersama suami di belakang sedang membawa dua bagasi keluar dari bilik.

"Dah, tok mummy." Tengku Lola mengangguk.

"Rasanya, dah boleh gerak kot. Takut terlepas flight." Izz mengiyakan kata-kata tok daddynya.

Ada lagi beberapa jam sebelum masuk kapal. Baik pergi cepat. Takut juga kalau lambat sampai.

"Keluarga kamu pergi ke Izz? "

"Pergi tok mummy. Dalam perjalanan katanya."

Dengar sahaja keluar Izz, serta merta riak muka mereka semua berubah kecuali Aisyah yang tidak tahu apa-apa.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now