46

19.6K 1K 53
                                    

"Aisyah? What are you doing here? Where is your husband? " Stella bertanya sebaik sahaja terlihat kelibat Aisyah yang duduk berseorangan di luar rumah.

Dia menghenyakkan punggung di sebelah Aisyah yang duduk di kerusi batu bersebelahan dengan kolam ikan kepunyaan arwah Tengku Viviana, mama kepada Izz Farhan dan Izz Danial.

Adik dengan abang, sama je! Entah hilang ke mana. Langsung tak bagitahu.

Aisyah tersenyum hambar. Perutnya yang sedikit membesar itu diusap lembut. Wajah serta bibirnya kelihatan pucat di mata Stella.

"I don't know. He came out last night. Until now, he hasn't back yet. I'm worried about him, Stella. " nada risau digunakan Aisyah.

Ditambahkan lagi dengan menggigil, pucat-memucat. Nampak sangat yang Aisyah tidak sihat tapi sedaya upaya disembunyikan.

Stella anggukkan kepala berkali-kali. Tak lain tak bukan kalau mereka adik beradik ni ke markas. Kalau tak inform tu, jumpa anak-anak buah dia la.

Tangan Aisyah ditarik genggam erat. "He'll back. Trust me."

Riak sedaya upaya dibuat agar dapat meyakinkan Aisyah. Dia tak mahu Aisyah risau. Makin banyak Aisyah risau, makin bahaya dan akan memberikan effect pada kandungan.

Lihat sahaja wajah yakin Stella itu, lambat-lambat dia anggukan kepala. Perlahan sahaja disebabkan sakit kepala menyerang dari pagi tadi. Dengan tekak loya tak habis lagi.

Makan tenaga tahu semua tu. Lagi-lagi dia tidak lagi bersarapan. Disebabkan mahu tunggu kepulangan suami, sanggup menahan lapar. Tapi, alih-alih sampai sekarang, tengah hari ni tak balik-balik.

Sedih? Marah? Kecewa? Entah, tak tahu nak kata macam mana. Penat pun ada. Dengan kes Aqif lagi. Dengan nota-nota misteri tempoh hari. Ugutan demi ugutan yang dia dapat. Apa semua ni? Jadi,betul la yang suaminya ketua mafia?

Kena tanya Stella ni. Mesti dia tahu.

"Stella, awak tahu suami saya ketua mafia? " jelas sekali riak Stella berubah yang tadinya tenang bertukar gelisah.

Sah, dia tahu!

"Er...mana ka...kau tahu pasal ni, Syah? " tergagap-gagap Stella menutur kata.

Perasaan takut mula mengawal dirinya. Habislah kalau terbongkar macam ni. Macam mana dia tahu semua ni?

Aisyah tersenyum nipis dalam lemah. "Jadi betullah Izz ketua mafia? "

Patut ke aku bagitahu hal sebenar? Dapat ke Aisyah terima yang suami dia, Mafia terhebat dan terhandal?

Stella mengeluh sedikit sebelum mengangguk. Kalau Izz mengamuk, pandai-pandai la dia handle. Macam tak biasa dengan baran sepupunya itu.

Aisyah tersenyum kemenangan. Akhirnya...

"Apa yang buatkan suami saya jadi ketua mafia? "

Stella terdiam. Bukan risau nak menjawab pertanyaan Aisyah tetapi risau dengan...

"Aisyah! " jerit Stella seraya mendapatkan tubuh Aisyah yang terjatuh di atas tanah rumput itu.

Tangannya menepuk-nepuk pipi Aisyah dengan sedikit kasar. Riak yang benar-benar risau ditayangkan. Apa yang berlaku ni?

Langsung tiada respon daripada Aisyah. Melihatkan dirinya yang sedang panik, laju mulutnya memanggil sepupu lelakinya, Noah Hendry.

Berkali-kali Stella memanggil Noah sambil gerakkan tubuh Aisyah yang kaku itu. Langsung tidak bergerak. Nampak gayanya seperti terlalu lemah. Tapi akan daya, dia terlalu panik sampai tak tahu nak buat apa.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now