38

23.3K 1.1K 74
                                    

"Tahniah, Syah! " Aisyah dan Ain berpelukan.

"Thank you, Ain. " gembiranya tak terkata. Tak lama lagi, Aisyah akan ada pengalaman seperti dia. Bersalin dan berpantang. Muehehe!

Tak sabar nak menyakat sepupu aku ni.

"Jaga kandungan tu elok-elok. Awal lagi tu, jangan buat kerja berat-berat." Aisyah menganggukkan sahaja.

Jangan membebel sudah!

"Congrats, sister-in-law! " Aisyah mengukirkan senyuman manis.

"Terima kasih, Danny. Papa, Tok daddy dengan tok mummy mana? " kelibat keluarga belah suaminya dicari.

Sibuk sangat dengan majlis kecil ini sampai lupa mana keluarganya. Terlalu ramai biarpun keluarga dekat-dekat sahaja. Jadi pening, nak loya.

"Ada dekat meja belah sana tu. Sekali dengan saudara mara belah Itali. Jom la! Abang pun ada. "

Serius la? Tak tahu pulak yang Airiel ajak dia orang semua ni? Sengaja nak hebohkan yang dia bakal dapat anak buah.

"Malu lah, akak. Tak apalah, akak duduk dengan Ain je. " Aisyah menolak dengan sopan.

Tahu-tahu je la yang dia ni seorang pemalu. Kadang-kadang penyakit pemalu ni sampai tak nak keluar daripada bilik. Asyik nak berdating je dengan katil tu.

"Tak ada apa lah. Dia orang sporting. Tak macam Arena tu. Danny jamin yang dia orang tak akan kecam akak. Lagipun dia orang nak sangat jumpa isteri abang yang berjaya buat abang terbuka hati nak berkahwin. " terang Danial panjang lebar.

Memang dia suka berceritakan tentang kakak iparnya pada sepupu-sepupu yang lain. Bertuah dia dapat kakak ipar macam Aisyah.

Sudah la cantik, baik pula tu. Sopan santun. Ya Allah, ciri-ciri kakak ipar idaman. Nasib baik isteri abang, kalau tak dah lama dia kebas.

Makin lama, makin panjang pulak bebelan adik iparnya ni. Selagi tak setuju, Danial akan bebel panjang-panjang sampai orang tu setuju.

"Okay, okay. Akak pergi. Stop bebel, please!" Danial membuat muka tidak bersalahnya lalu tersenyum kemenangan.

Tak sia-sia aku bebel. Haa, kau! Yang tengah baca ni! Jangan tiru abang bebel ni. Banyak makan bontot ayam la ni. Haih!

"Jom!"

Danial jalan mendahului Aisyah. Aisyah menghela nafas pasrah. Susah dapat adik ipar suka memaksa ni.

Bukan je adik ipar, abang dengan adik dia pun sama. Orang dah tak nak, paksa jugak. Tak payah kahwin la macam tu kalau diri dah suka memaksa orang.

Meja yang berada di tengah khemah mereka berdua dekati. Didapati ahli keluarga suaminya itu berada di sekeliling meja itu. Sampai dua meja dia orang guna. Nampak sangat mereka berdua ramai. Nasib baik sehati sejiwa.

"Danny bawak isteri abang. " mereka yang berada di sekeliling meja itu mendongak.

Aisyah terkebil-kebil apabila ditenung oleh orang ramai.

What?

"Tua moglie, Han? (Isteri kau, Han?) " tanya salah seorang daripada sepupu perempuan Izz dan Danial.

Izz mengangguk lalu mempamit Aisyah duduk di sebelahnya yang masih lagi terdapat kerusi kosong.

"Sua moglie è bellissima. Sono geloso! (Cantiknya isteri kau. Aku cemburu!) " kata salah seorang lagi sepupu perempuan Izz dan Danial.

"Guarda chi è la cognata. se la cognata è bella, la cognata deve essere bella. (tengok lah adik ipar dia. Kalau adik ipar dah kacak, mestilah kakak ipar kena cantik.) "

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now