23

21.6K 1.2K 64
                                    

"Aku pun yakin dengan Izz tu... "

Aisyah, Eva dan Zaty menoleh ke tepi kiri. Melihat gerangan yang menyampuk itu.

"Ain! " Laju sahaja Aisyah memeluk erat tubuh sepupunya yang sarat mengandung.

Besar nya! Takut pula nak pegang. Meletop nanti macam mana?

"Wey, rindunya dekat kau! "

Ain tersenyum.

"Tahu dah! " Hidung Ain mengembang mengempis. Pantang bila dengar benda macam ni, mula la nak mendabik dada.

Tumbuk baru tahu!

"Eh, duduk la. Kesian berdiri lama-lama." Eva mengalihkan punggungnya di bangku kayu yang lain. Diikuti dengan Zaty.

Nasib pakai kain, kalau tak, dah lama duduk terkangkang dekat longkang.

"Terima kasih.. "

Ain menghenyakkan punggungnya di atas bangku dengan berhati-hati sambil memegang bawah perutnya. Kembar ke duh?

"So, kenapa tak terima ke pinangan Keluarga Tengku tu? " Ain menjongketkan keningnya.

"Aku tak tahu la, Ain! Aku takut plus tak bersedia nak jauh dengan abang dan adik aku. Kitaorang baru je jumpa." Luah Aisyah di sebelah Ain sambil menunduk.

Sungguh dia tak bersedia. Tak sampai sehari diaorang bersama, dah ada orang nak pinang. Lagi-lagi melibatkan tanggungjawab. Wah, rasa nak hantuk je kepala ni.

"Aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Korang? Ada idea nak basuh otak potato kering ni? "

Eva dan Zaty menyengih lalu menggeleng. Perangai gangster mereka dikeluarkan memandangkan Ain ni dua kali lima je perangai macam mereka.

"Kitaorang pun penat nak basuh otak sepupu kau nikan, Zaty? " Zaty mengangguk setuju.

"Aku rasa, kita kena sental kot otak dia dengan berus jamban. Baru dapat berfikir dengan waras. "

Aisyah menjegilkan matanya. Pantang dapat mengutuk, memang kaw-kaw dia bagi.

"Macam berani.. "

Dengan Aisyah nya yang tidak mahu mengalah, berlawan mulut la mereka sampai ke petang. Last-last, tak dapat juga cari jawapan.

Kena tanya Airiel dengam Ayad la ni jawabnya. Kau tengok nanti. Kaw-kaw diaorang usik aku.












Dengan malasnya, Aisyah membalas kata-kata sepupu untanya, Camelia.

"Kenapa kau nak sibuk pasal life aku? Ya Allah, Mel! Serabut tahu tak? "

Aisyah membuat muka protesnya sambil memeluk tubuh. Kaki yang tadinya disilangkan, dibetulkan kembali.

"Aku? Nak sibuk pasal life kau? Oh god! Aku cuma nak ingatkan je. Kalau kau tak nak cucu tengku tu, bagi dekat aku. Senang." Aisyah berdecit. Pelipisnya digaru perlahan.

"Kau ni nak apa sebenarnya? "

"Aku cuma nak cucu tengku tu je.. "

"Mel, kau ni murah tahu tak? Dah kena reject dengan adik aku, kau nak cucu tengku tu pulak? Lepastu,cucu tengku tu reject kau, kau nak abang aku pulak? Kau ni kenapa sebenarnya? "

Camelia terdiam seketika. Macam mana dia tahu yang Ayad reject aku? Takkan Ayad bagitahu kot?

"Asal? Terkejut aku tahu? "

Camelia terdiam lagi. "Come on, Mel! Dunia dah maju. Orang cari kerja, bukannya kerja mengikis duit orang. Kau tak malu eh kikis duit keluarga aku? Kau dah tak ada keluarga dah ke sampai nak try adik aku? "

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now