Special Chapter

19K 896 33
                                    

Flashback,

"Awak dah janji kan?"

Arshad meraup mukanya lalu menghela nafas.

"Yes, memang saya dah janji nak jadikan awak milik saya. Tapi dengan keadaan yang tunggang-langgang macam ni, saya tak rasa semuanya akan berjalan dengan lancar."

Penjelasan Arshad membuatkan Zaty tersenyum sinis.

Alasan tak boleh pakai!

"Saya tak bodoh lagi, Ash! Awak memang penipu! Kalau awak sayangkan saya, awak tak mengandung perempuan tu! Awak cakap, awak sayangkan saya! " bentak Zaty masih lagi tidak percaya apa yang berlaku.

Semuanya berlaku sangat cepat. Ibunya mati dibunuh, abangnya khianat dia dan papanya. Kini? Tunangnya sendiri mengandungkan perempuan lain.

Apa semua ni? Apa mungkin dia dapat terima semua ni?

"Saya sayangkan awak, Zaty! Saya cintakan awak! Percayalah, bukan saya yang mengandungkan dia. Saya tak pernah ada hubungan dengan sesiapa di belakang awak! Saya setia dengan awak seorang je. Percayalah saya! " rayu Arshad habis-habisan.

Zaty pula hanya diam menahan air mata. Susah untuk dia percaya. Orang yang dia sayang dan cinta, tergamak buat dia macam ni.

"Dah la, Ash. Saya penat. Pergilah balik. Jumpa perempuan tu dan bertanggungjawab apa yang awak dah buat. Saya tak nak jumpa awak lagi dah. Pergi..."

Seraya itu, pintu rumah dihempas kuat menyebabkan bahu Arshad terhinjut tanda terkejut.

Arshad menghela nafasnya. Bagaimana mahu membuatkan Zaty percaya pada dirinya kembali?

End flashback.















"Abang, saya nak tanya sikit boleh?"

Izz mengangguk. Fokusnya pada televisyen beralih kepada Aisyah yang ingin bertanya.

Macam serius!

"Saya dah lama tak dengar berita pasal Tengku Maria. Dia dekat mana sekarang?"

Ruang kosong disebelah suaminya diduduki. Anak matanya pula ralit mencari anak-anaknya di ruang tingkat bawah tetapi, seorang pun tak ada.

Di dalam bilik, mungkin?

"Entah! Tak payah la fikir pasal dia. Tak penting pun." acuh tak acuh sahaja Izz membalas pertanyaan Aisyah.

Bukan tak nak jawab betul-betul, cumanya pasal nak sakitkan kepala. Lantak dia lah nak pergi mana pun.

"Abang, betul-betul lah! Saya nak tahu ni! Orang serius, dia main-main pula. Benci lah!" bentak Aisyah tidak berpuas hati.

Ni lah jadinya bila dah ada anak seorang. Bukan anak je nak bermanja, suami pun sama. Kurang kasih sayang lah katakan!

"Hahahaha, okay-okay. Aku minta maaf, okay? Janganlah marah, sayangku!"

Aisyah sekadar menjeling. Ceh, sayangku konon!

"Okay, aku cerita."

"Lepas papa ceraikan dia, dia disahkan ada kanser beberapa bulan yang lepas." terang Izz satu per satu supaya jelas di pendengaran isterinya.

"Anak-anak dia? Tak jenguk?"

"Anak dia cuma dua orang je. Declan dengan Aurora. Dua-dua pun dah meninggal juga."

Aisyah mengangguk faham. Di dalam kepalanya, masih banyak lagi perkara yang membuatkan dia tertanya-tanya. Tetapi, dia tidak mahulah menyusahkan Izz untuk terangkan pada dia semuanya.

Tak semua benda boleh diceritakan, bukan?

"Macam mana abang tahu pasal anak-anak Tengku Maria tu?" tanya Aisyah lagi.

"Sayangku, abang dah lama kenal diaorang. Apa yang awak fikir ni, sayangku?" tanya Izz pula sambil bermain dengan rambut Aisyah yang panjang itu.

Tangan ni, tak sah kalau tak merayap sana sini. Sampaikan, Aisyah naik rimas. Ada je benda nak diusik!

Nasib sayang!

Aisyah menggelengkan kepalanya. "Tak ada apa-apalah."

"Abang? " panggil Aisyah.

Izz tersenyum. "Ye, sayang?"

"Lusa kita balik rumah ayah mama, boleh? Stay sana dua tiga malam. Dah lama saya tak jenguk dia orang. Anak-anak pun dah rindu ayah dengan mama. Boleh tak?"

Izz berfikir sejenak dengan permintaan isterinya. Betul juga! Sudah lama mereka tidak berkunjung ke rumah Zuhairi dan Millie.

Bukannya tidak mahu, cumanya tiada masa. Dia terlalu sibuk dengan hal pejabat dengan hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Anak-anak pun sibuk dengan peperiksaan. Masing-masing dah besar, mestilah kena fokus untuk masa hadapan.

"Nanti aku check schedule dulu. Kalau aku free lusa, kita stay sana. Kalau tak, singgah sekejap sahajalah."

Aisyah menganggukkan kepala sahaja. Dia faham Izz sibuk. Sudah biasa hidup macam ni. Nasib baik ada seorang anak perempuan yang boleh temankan dia berborak.












TBC

Dia Mr. Mafia ✔️ حيث تعيش القصص. اكتشف الآن