35

21.5K 1.1K 42
                                    

Ingat tau yang dari Bab 32 tu selepas sebulan. Nanti kau orang keliru pulak. Maknanya, Izz dan Aisyah dah sebulan berumah tangga. Haa, macam tu.
.
.
.
.
.
.
.

Buat kali ke-3, Aisyah berulang-alik dari ruang tamu ke singki dapur. Dikeluarkan semua isi perut sehingga kosong. Hanya air sahaja yang keluar.

Aisyah menghela nafas penat. Kerusi didapur ditarik lemah dan didudukkan. Pilipisnya diurut perlahan.

Sejak malam tadi lagi asyik muntah. Muntah keluar air sahaja. Nak menjamah makanan, tak ada selera. Seleranya mati sejak akhir-akhir ni.

"Saf, kau okay? "

Terhenti seketika perbuatan Aisyah daripada mengurut pelipisnya. Kepala didongakkan dan tergamam seketika.

Apa mimpi perempuan ni tanya aku okay ke tak? Sewel dah ke apa?

"Kau kalau nak cari gaduh dengan aku, bukan sekarang. Aku penat. Jadi, tolong berampus dari hidup aku. " Aisyah mendengus lalu bangun dari duduknya. Tak aman. Panas!

Kerusi ditolak masuk semula ke dalam meja dan berlalu keluar daripada ruangan dapur. Langkahnya terhenti tatkala lengannya ditahan.

Cepat-cepat dia tepis kasar. Perempuan itu dicerlung tajam. Tiba-tiba nak pegang orang apahal? Takkan la lebian kot.

"Kau nak apa ni? Aku dah cakap kan, aku tak nak gaduh dengan kau. Aku penat. Tak faham ke?" suara sedaya upaya direndahkan. Tidak mahu kecoh di malam hari ini.

Lagi-lagi bila dah ada bayi kecil. Pasti mahukan tidur yang lena. Lagipun,tadi baru sahaja bayi kecil itu merengek. Tidak tahu apa sebabnya.

"A...aku nak minta maaf. A...aku tahu aku banyak buat salah dekat kau selama ni. Banyak berdengki dengan kau. Selalu cari pasal dengan kau. Berdendam dengan kau. A...aku minta maaf. " ikhlas Camelia menuturkannya.

Dia tahu. Dia banyak buat salah dengan semua orang. Banyak kurang kali kurang ajar dengan orang tua. Banyak kali memfitnah sepupu-sepupunya.

Mungkin dah tiba masanya aku lupakan dendam tu. Arwah Arif pun ada berpesan dekat mimpi.

Lupakan dendam tu, Camelia. Awak tak akan dapat apa-apa daripada dendam awak tu. Saya merana, Cam. Saya kecewa tengok awak berdendam dengan sepupu awak. Aisyah tak ada kena mengena dengan kematian saya. Semuanya disebabkan kecuaian saya. Jadi, lupakan dendam awak tu, berbaik dengan dia. Jangan disebabkan satu dendam, semuanya rosak. Ingat tu.

Dah lama sebenarnya arwah Arif muncul di dalam mimpinya semata-mata untuk menyuruh dia lupakan dendam.

Dia pun satu. Ikutkan kata hati sangat. Padahlah jawabnya.

Aisyah menghela nafas. "Kalau kau minta maaf, semata-mata nak dekat dengan laki aku, tak payahlah. Aku bukannya sehari kenal kau."

Kaki melangkah pergi ke ruang tamu. Malas nak berbahas lagi. Dia bukannya tak nak maafkan, tapi kalau maafkan nanti, buat lagi.

"Aisyah, Aku betul-betul minta maaf. Aku tahu aku salah. Aku tak patut cakap macam tu. Aku minta maaf. "

Langkah Aisyah terhenti. Dia menoleh kebelakang memandang Camelia dengan pandangan kosong.

"Aku tak nak bahas lagi pasal ni. Anggap je la aku dah maafkan kau. "

Camelia memandang kelibat Aisyah hingga hilang dari pandangannya. Dia mengeluh perlahan. Harap-haraplah Aisyah betul-betul maafkan dirinya.















"Kau okay tak ni, Syah? Pucat semacam je muka kau. " tanya Ayad kerisauan.

Macam mana tak risau kalau muka pucat lesi macam mayat hidup. Lepas tu, lemah tak bermaya. Selalu muntah-muntah. Perangai gedik semacam.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now