Special Chapter 8 (Last|Luthfi)

11.9K 538 68
                                    

"Abah, ibu..."

Izz dan Aisyah yang sedang berborak diruang tamu itu sama-sama berpaling menghadap Luthfi yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas sofa single.

"Ya? Ada apa, Luth?" Aisyah menyahut dengan nada yang lembut walaupun hairan.

Bukannya apa, Luthfi tak akan jumpa mereka berdua sekaligus kalau tiada perkara yang penting. Sebijilah perangai abah dia yang dulu. Tak perlu cakap, mesti kau orang tahu kan?

"Luth nak kahwin."

Izz tersedak air liur tiba-tiba. Anak siapa ni, ya Allah!

"Untuk apa? You still muda, Luth. SPM pun tak lepas lagi. Macam mana you nak tanggung anak dara orang?"

"Kenapa tiba-tiba? Luth tak akan suka-suka nak minta sesuatu kalau tak ada sebab." tegas Izz bersuara selepas membersihkan tekaknya.

Soalannya pun. Bukan main! Tersedak aku dibuatnya.

Lama Luth mendiamkan diri. Mahu mencari ayat yang sesuai untuk menerangkan kepada ibu dan abahnya.

"Sebab tu Luth nak minta izin ibu abah untuk kahwin dengan kerja."

Aisyah mengerutkan dahinya pula. "Nak kerja dekat mana Luth? Nak cari kerja sekarang ni bukannya senang. Lagi-lagi umur macam you ni."

"Lagi satu, boleh ke you bahagikan masa you untuk belajar, kerja, dan jadi suami? Tak mudah, Luth. Berat tanggungjawabnya." bebel Aisyah panjang lebar. Dahinya diurut perlahan. Mananya tak membebel, yang bukan-bukan pula Luth minta.

Dapat tahu dekat atuk Nichole dengan Nek Timah ni, lagi teruk kena. Ayah mama memang tak kisah sangat, tapi atuk dengan nenek? Jangan haraplah.

"Cuba bagi tahu, kenapa tiba-tiba?"

Luthfi tidak tahu mahu menjawab apa. Biar pun dia tahu apa sebabnya, tetapi mulut dikunci. Tidak mahu menuturkan hal yang sebenar. Takut sesuatu yang terjadi.

Macam inilah jadinya. Ibu terlalu risau sampaikan tak sedar yang dia dah membebel panjang lebar.

"Nantilah kita bincang lagi. Bagi ibu rehat dulu. Karang pitam nanti...."

Luthfi sekadar anggukkan kepala sahaja. Faham dengan kata abahnya. Kalau berurusan dengan abahnya, mudah sedikit berbanding dengan ibunya. Kalau dengan ibu, pasti otak akan dibasuh habis-habisan dulu baru buat keputusan.

Itu beza abah dan ibu. Abah seorang yang cool, manakala ibu seorang yang overprotective. Tapi tak apa dua-dua tetap dia sayang.

Langkah Luthfi yang mahu mendaki tangga itu terhenti tatakala dihalang oleh Qayyum dan Zehra. Masing-masing menunjukkan riak wajah teruja mereka.

Qayyum dengan Zehra mana pernah tak pelik.

"Apa?" dengan malasnya, Luthfi bertanya. Dingin habis. Tetapi itu bukan menjadi penghalang Qayyum dan Zehra untuk mengusik abang sulung mereka.

"Kau nak kahwin? Sumpahlah? Awal betul! Kenapa? Sharelah story dengan kita orang. Kita orang nak tahu juga! Mana tahu kita orang boleh tolong. Ya tak?"

Qayyum menyenggol lengan Zehra meminta sokongan. Zehra apa lagi, bukan main semangat dia menyokong.

"Ha, betul! Betul! Sharelah! Mana tahu kita orang boleh tolong pujuk ibu ke? Ha? Kan membantu tu." sambung Zehra mahu menyokong cadangan Qayyum.

Luthfi memandang dua adiknya dengan riak yang kosong dan dingin. "Mind your own business."

Seraya itu, Luthfi terus merempuh bahu adik-adiknya yang menjadi penghalang dia untuk mendaki tangga. Nak mengusik pun bukannya dekat tangga. Kalau jatuh nanti macam mana?

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now