Epilog 🎭

30.5K 1.2K 139
                                    

"1,2,3 teran, Puan! "

Aisyah mengambil nafas sedalam-dalamnya lalu meneran dengan kuat. Air matanya jatuh di atas bantal yang dibaringkannya. Bersalin tanpa suami di sisi dan tanpa sokongan memang sakit. Sangatlah sakit.

Mana abang?

Jujur dia katakan, dia sudah tidak larat lagi mahu meneran. Tenaganya habis digunakan tetapi bayi masih lagi tidak mahu keluar.

Abang, sakit!

Terasa tangannya dipegang dan digenggam erat, terus dia membuka mata. Senyuman Airiel terhidang di matanya.

"Kau boleh. Kau kuat, Syah. Jangan putus asa. Aku ada dengan kau. "

Aisyah terjeda seketika sebelum mengangguk perlahan. Pegangan dan genggaman Airiel dibalas. Buat kali kedua, Aisyah menarik nafas sedalam-dalamannya sebelum meneran kuat.

"Ergh! "

Selepas itu, kedengaran tangisan bayi memenuhi ruang bilik itu. Aisyah tersenyum kecil. Airnya jatuh lagi dan lagi.

Our junior has born!

Pandangannya bertukar menjadi kabur. Tangisan anaknya hanya kedengaran samar-samar sahaja.

Sempat dia mendengar Airiel berkata dengan nada cemasnya. Apa yang berlaku?

"Jangan pengsan, Aisyah! Wake up!"

Dan semuanya bertukar menjadi gelap. Tiada cahaya. Tiada satu suara pun kedengaran.

Pantasnya masa berlalu. Jadi anak yang soleh, Tuan Luthfi Aidan. Jadi anak yang dengar kata. Jangan susahkan Paklong dan Paksu kamu. Ibu sayang kamu. Abah sayang kamu. Semua orang sayang kamu.


















3 tahun kemudian~

"Paklong! Maklong!" Luthfi mendepakan tangannya sambil berlari anak mendapatkan Airiel dan Luna.

Airiel dan Luna tersenyum lalu memeluk erat tubuh kecil Luthfi itu. Pipi Luthfi digomol. Luthfi meronta kegelian apabila pipinya digomol dan perutnya digeletek.

"Eii, dah besar dah budak kecil ni. Luthfi sihat? Ibu dengan abah mana?" tanya Airiel sambil mendukung Luthfi menuju ke ruang makan. Diikuti Luna yang tangannya juga genggam erat oleh Airiel.

Sayang isteri la katakan. Takut lari pula nanti.

"Luthfi sentiasa sihat. Ibu dengan abah dekat dapur tengah berborak dengan atuk nenek dengan tokdaddy dan tokma. Paksu dengan Kak Suraya pun ada. " petah Luthfi berkata ingin menerangkan pada Airiel.

"Assalamualaikum..." Airiel dan Luna sama-sama tersenyum lalu menyalami tangan ahli keluarganya.

Luthfi diletakkan dipangkuan Izz yang duduk disebelah Aisyah.

"Lambat sampai? " tanya Nicholas mewakili semua pihak.

"Singgah rumah umi hantar Rayyan tadi. Merengek nak jumpa opah dia." mereka semua tergelak.

Macam yang kita tahu, keluarga kami sudah sempurna. Tiada lagi musuh dan tiada lagi bahaya.

Nicholas dan Fatimah macam biasa, walaupun usia sudah meningkat, tetap kuat seperti orang muda. Impian mereka untuk dapat cicit sudah pun tertunai. Tinggal tunggu masa sahajalah.

Zuhairi dan Millie. Mereka pun sama. Walaupun dah tua, tetapi tetap bertenaga melakukan kerja. Cucu dari anak kedua, dah dapat. Dari anak pertama dan ketiga, bila pula ni?

Airiel? Semestinya bersama buah hatinya, Luna Qistina. Adik kembar Arena. Sedang mengandungkan anak pertama. Tinggal tunggu due date sahaja. Kalau anak pertama, Rayyan tu siapa pula?

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now