30

24.8K 1.1K 8
                                    

Aisyah membuka matanya apabila sinaran matahari memancar masuk ke dalam matanya. Badan dipusingkan sedikit menghadap ke kiri untuk mendapat posisi yang selesa.

Seketika itu, dia membetulkan selimut yang terluncut ke bawah. Membalut tubuhnya yang terasa sejuk. Tangan kanannya memeluk tubuh Izz yang sudah lama terjaga.

Kening Izz terjongket sedikit apabila satu tangan memeluk tubuh tegapnya. Matanya yang fokus pada skrin Ipadnya tadi beralih kepada Aisyah yang masih memejam mata. Telefonnya diletakkan di atas meja bersebelahan dengan katil.

Tiba-tiba tangannya gatal untuk bermain dengan rambut panjang Aisyah yang berwarna hitam asli. Tidak seperti dia yang berwarna keperangan dan mempunyai sedikit kehitaman.

"Thanks."

Aisyah tersenyum dalam lena. Makin erat pelukannya pada tubuh Izz.

"Memang tanggungjawab saya." Izz tergelak kecil. Ubun-ubun Aisyah dicium sekilas dan membuatkan Aisyah tersengih malu.

"Aku pun nak minta maaf sepanjang aku jadi suami kau, aku terleka sesuatu berkenaan dengan tanggungjawab. Tegur aku kalau aku ada salah. Aku akan betulkan dan cuba untuk jadi suami yang baik."

Aisyah mengangguk sahaja. Ruang bilik tidur mereka menjadi sepi buat seketika sebelum Aisyah bertanya.

"Tatu ni, sejak bila ada? " sambil bertanya, Aisyah menyentuh perlahan tatu yang terdapat di dada bidang Izz.

Tatu yang sedikit besar saiznya dan berlambangkan serigala. Tertulis juga Shadow Wolf di bawah lambang itu.

Lambang yang amat bermakna buat diri Izz. Lambang kumpulannya. Lambang yang ada di setiap tubuh anak-anak buahnya tanda mereka milik kumpulan Shadow Wolf.

Izz menunduk sedikit untuk memerhati. Lambang yang terlukis di dadanya itu membuatkan dia tersenyum senget.

"There's nothing you need to know. Just think of this symbol as my identity. One day, you will know what is the meaning behind this symbol." Tangan Aisyah digenggam lalu kekura Aisyah dicium.

Belum masanya lagi untuk Aisyah mengetahui tentang dirinya atau lebih tepat lagi, sisi gelapnya. Sekali bertanya tentang sisi gelapnya, selamanya kau akan terperangkap dan sukar untuk menidurkannya kembali.

Hanya 'dia' sahaja yang mampu menidurkannya. Tiada yang lain.

Aisyah menganggukkan kepala tanda faham walaupun masih ragu-ragu. Dia yakin yang Izz ada sorokkan sesuatu daripada dia. Dia berharap, perkara 'itu' akan diterangkan sendiri oleh Izz. Dia tidak mahu dengar daripada mulut orang lain.

Lagi-lagi daripada pihak pedengki seperti Camelia.












"Zaty! "

Zaty melajukan langkahnya sedaya upaya untuk tidak mahu bersemuka dengan 'dia'.

"Zaty! " buat kali kedua nama Zaty dilaung kuat sehingga lengan Zaty direntap dari belakang.

Zaty terdorong sedikit kebelakang sambil mendesis kesakitan. Rentapan 'dia' terlalu kuat sehingga membuatkan pergelangan lengannya kemerahan.

"Kau nak apa lagi? Aku dah cakap kan yang aku tak suka kau! Apa yang kau tak faham lagi!" Zaty bergelut untuk melepaskan pegangannya 'dia' daripada mencengkam lengannya.

"Dengar dulu apa yang aku nak cakap. Bagi aku peluang untuk jelaskan semuanya! " Pergelutan terhenti.

Zaty memandang 'dia' dengan riak tidak percaya. Bibirnya mengukirkan senyuman senget. Dengan sekali rentapan, lengannya terlepas daripada cengkaman.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now