Special Chapter 6

6.2K 458 18
                                    

Matured content
Banyak carutan. Boleh skip.

---------

Flashback,

Bang!

Masing-masing tersentak.

Izz, Declan dan Aqif sama-sama jatuh rebah di atas lantai bersama darah yang tak henti-henti keluar.

"King!" jerit Amer dan Ayad serentak lalu mendapatkan tubuh Izz.

Kepala Izz dipangku di peha Amer. Nyawa Izz kini ibarat nyawa-nyawa ikan sahaja. Dadanya sesak tidak dapat bernafas.

"Please, jaga Aisyah dan anak kami. Jangan bagi dia nangis. Maafkan aku kerana tak dapat bersama dengan dia semasa dia nak bersalin nanti. Pesan pada dia supaya kuatkan semangat. Jangan cepat putus asa. Demi aku dan anak kami." Izz tersenyum sambil mengeluarkan air mata.

Dadanya betul-betul sesak.

"No! No! Kau kena temankan kakak aku masa bersalin. Buka mata kau, Izz! Jangan mungkir janji kau!"

"Bawa Izz keluar sekarang! Masa hanya tinggal 2 minit lagi!" arah Arshad dari earpiece yang dipakai oleh Amer dan Ayad.

Dalam cemas, mereka mengangguk. Tubuh Izz dipikul keluar dari gudang.

"Kau kena bertahan Izz. Demi anak dan isteri kau. Demi kami semua juga! Bertahan, sikit lagi... "

Tangan Amer dan Ayad ditepuk-ditepuk. Kepala digeleng-gelengkan. Tidak usah dikata lagi, darah habis mengalir keluar daripada mulut dan juga bahagian tubuhnya yang ditembak. Disepanjang jalan, darah tidak habis-habis jatuh menitis.

"Pergi! Ting... tinggalkan a... aku dekat sini. Pergi! Selamatkan diri kau orang dulu. Selamatkan semua orang."

Sekejam mana pun Izz ni, dia tak kejam lagi nak biar orang-orang yang dia sayang mati katak macam tu sahaja. Biar dia seorang yang kena. Bukan orang lain.

Melihat Amer dan Ayad yang masih berdegil itu, dia menarik dan menghembuskan nafas perlahan-lahan. Dikuatkan semangat dan dengan sedikit tenaga yang tinggal, dia menolak kuat tubuh Amer dan Ayad keluar daripada gudang.

Walaupun tinggal hanya beberapa langkah sahaja lagi, tetapi masa hanya tinggal beberapa saat sahaja. Dia tidak kejam lagi mahu mengajak orang yang dia sayang terbunuh sama-sama dengan dia.

Tolakan yang kuat itu membuatkan Amer dan Ayad bergerak jauh daripada Izz meninggalkan Izz yang terkulai lemah dan masih lagi berada di pintu gudang. Amer dan Ayad yang tidak bersedia itu jatuh tersandung. Mereka memandang Izz dengan riak wajah yang tidak percaya.

"Pergi! Jangan berpatah balik!" jerit Izz sebelum gudang itu meletup dan menghasilkan bunyi yang sangat kuat.

Boom!

Boom!

Boom!

Yang lain sudah tercengang. Mata mereka membulat besar. Tak-

Tak mungkin!

King hidup lagi kan? King terselamat kan?

"Abang!"

"Izz!"

"Izz Farhan!" jerit Danial sambil memanggil Izz. Tangannya menggenggam rambut dengan kuat.

"Jangan main-main, bodoh! Tak lawak lah! Keluarlah!"

"Wey, bodoh! Keluarlah! Bahaya dekat situ!"

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now