3

33.5K 1.8K 297
                                    

"Aqif Awatif?" Ayad mengangguk.

Izz dan Amer berpandangan selepas Izz melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

Dalam diam Izz tersenyum sinis. Hidup lagi kau eh? Begitu juga dengan Amer.

"Apa kena mengena kau dengan dia? "

"Kakak aku tunang dia. Tunang restu nenek. Kakak aku tak nak dan tak suka dia tapi dia dipaksa. Aqif ugut kalau kakak aku tak tunang dengan dia, dia akan bunuh semua ahli keluarga aku."

Izz dan Amer setia mendengar. Jadi, selama ni Aqif bersembunyi dekat kampung yang diaorang tinggal?

"Kau tinggal mana? "

"Kampung Sinaran Baru. Kita orang tekad, tak nak dah patah balik ke sana. Aku nak jauhkan kakak aku dari dia. Tapi...."

Ayad menunduk. Mencari semangat untuk meneruskan perbicaraan. Dia bermain-main dengan jarinya.

"Kita orang tak ada sesiapa dekat sini. Saudara mara kita orang duduk sini tapi, dia orang sombong. Tak suka kita orang. Dia orang pentingkan darjat. Kita orang miskin. Dia orang kaya. Duduk rumah besar. Kita orang? Cuma pondok kecil jadi tempat tinggal kami. Tapi, kami bersyukur. Ada tempat tinggal. Masih dapat bersekolah, cari makan."

Ayad menahan air mata daripada mengalir. Selama ni, dia hanya memendam. Pendam rasa sakit. Pedih. Baru dia tahu macam mana rasanya hidup miskin. Hidup jadi anak yatim piatu. Sakit sangat!

Izz dan Amer jatuh kasihan. Macam ni rupanya hidup diaorang. Entah apa rasanya hidup macam diaorang. Susah ke? Sedih ke?

"Kalau aku ajak kau dengan kakak kau tinggal dengan kita orang. Kau nak tak?"

Ayad tergamam.

'Kalau aku ajak kau dengan kakak kau tinggal dengan kita orang, kau nak tak? '







Nek Timah menghentakkan tangannya di atas meja. Kedengaran dengusan kasar yang dihasilkan Nek Timah. Dua lelaki yang ditugaskan untuk menjaga cucu-cucunya menunduk ketakutan.

"Macam mana diaorang boleh lari?"

"Aqif, Mak Engku. Dia datang rumah cari Aisyah. Kami dengar, dia nak jual Aisyah dekat cina kelab. Duit yang dia dapat, dia akan gunakan untuk langsaikan hutang dengan seseorang." Kata salah seorang daripada mereka.

Nek timah mengerutkan dahi. Muka kedua anak buahnya di tilik dengan pandangan yang tajam disebalik cermin mata yang dipakainya.

"Siapa orang tu?"

"Tuan Izz, Mak Engku. Cucu Tengku Zachary dengan Tengku Lola."

Tengku Zachary? Tengku Lola?

Nek timah tersenyum sebaik sahaja mendengar nama itu. Senyuman yang penuh dengan muslihat.

"Teruskan cari dia orang. Apa-apa inform pada saya. Suruh Epul cari maklumat pasal Tengku Zachary dengan Tengku Lola. Hantar pada saya esok pagi." Dua lelaki itu mengangguk faham lalu melangkah keluar daripada bilik Nek Timah.

Ini yang kau buat dekat belakang aku, Aqif Awatif? Kau memang cari pasal dengan aku. Kita tengok, siapa dulu yang jatuh.

Depan aku, kau pijak semut tak mati. Belakang aku, kau nak jual cucu aku? Kau belum kenal aku siapa, Aqif.

"Masuklah.. "

Ayad dan Aisyah tergamam. Mata mereka memandang segenap ruang di dalam rumah mewah itu. Bukan pertama kali mereka jejak rumah mewah tapi rumah ini...

Terlebih mewah. Sungguh lengkap dengan peralatan canggih.

Izz tersenyum senget. Matanya melilau mencari orang-orang di rumah. Dahinya berkerut tatkala rumah itu sunyi sepi. Selalunya,hari ahad adalah hari yang paling membingitkan telinganya.

Dia Mr. Mafia ✔️ Onde as histórias ganham vida. Descobre agora