14

23.1K 1.2K 45
                                    

Sejak kes Aisyah bercakap dengan adiknya di telefon dua minggu yang lepas, Ayad lebih banyak mendiamkan diri. Kalau dulu dia mulut murai, tapi sekarang, nak bercakap pun susah. Ayad sekarang, bukanlah Ayad yang dulu.

Ayad sekarang lebih kepada matang, pendiam, lebih kacak, dan lebih bertanggungjawab. Siapa tahu yang Ayad sekarang sedang menguruskan syarikat ayahnya. Dalam masa yang sama, dia sedang menyambung pelajarannya di UM. Dengan sedikit bantuan Encik Zuhairi dan orang kanan Encik Zuhairi, dapat la dia mencipta pengalaman bekerja bersama ayahnya sebelum menjadi naib pengerusi di syarikat ayahnya.

Nasihat kakaknya dua minggu lalu lah yang menjadi pembakar semangat untuk dia terus hidup tanpa kakaknya di sisi. Dia berazam untuk tidak mengecewakan kakaknya, malah mahu membuat kakaknya bangga dengan dirinya yang sekarang. Tiada lagi Ayad yang selekeh. Ayad yang ceria. Ayad yang mudah bersosial.

Hanya ada Ayad yang pandai berdikari, mempunyai cita-cita yang tinggi, dan serius. Wajah Ayad kini lebih kepada serius. Bukan memburukkan, malah menambahkan lagi kekacakan di wajahnya.

Kata-kata orang, peminat-peminat di universiti, pembenci-pembenci di uni, langsung tidak dihiraukan. Belajar,kerja,belajar,kerja. Itu sahaja perbuatan dia di siang dan malam hari. Nak bermanja dengan nenek pun, jarang dapat. Disebabkan faktor jarak di antara rumah nenek nya dengan kondo yang dia duduki sekarang, susah dia mahu pulang jenguk si nenek yang duduk bersama Pak Lang dan Mak Lang serta seorang anak lelakinya, Aiman. Ain biasalah, duduk dengan suami. Pak Lang dan Mak Lang buat business online dekat kampung. Maju dah keluarga aku.

Yang tak maju sorang je. Camelia si camel. Amacam? Rare kan? Orang lain sibuk kerja cari duit, dia tahunya menghabiskan duit. Clubbing. Shooping. Uishh.. Siap ada sugar daddy lagi. Nasib baik muda. Kalau tua, memang lunyai la kau!

"Ayd, kau tak nak balik? " Ayad mendongak memandang ke pintu. Jari-jarinya yang tadi mengetik papan kekunci berhenti seketika.

Wajah ayahnya ditatap sebelum menggeleng. "Kejap lagi, yah. Ada sikit lagi. Lagipun, esok nak buat presentation untuk wakil H.A Holdings. Semua ni nanti Ayd serahkan dekat Xander. Esok Ayd tak boleh join. Ada kelas sampai petang. " Terang Ayad tanpa senyuman di bibir.

Jarang la sekarang nak nampak Ayad senyum. Siapa yang nampak,memang bertuah. Dari dulu lagi aku dah cakap. Senyuman Ayad ni mahal. Tak boleh beli dengan duit. Ada duit, senang la cakap.

"Iyalah, jangan balik lewat sangat. Ayah balik dulu. " Ayad mengangguk.

Encik Zuhairi menutup kembali pintu. Kelibat Encik Zuhairi hilang di pandangan Ayad selepas beberapa saat.

Nafas dihela perlahan. Kepala serta bahunya digerak-gerakkan sebelum mengurut pelipis. Seharian dia berada di dalam bilik berhawa sejuk ini. Tanpa mengisi perut. Hanya latte yang dapat masuk ke dalam perut. Tak ada selera makan sejak akhir-akhir ni. Nak masak dekat rumah? Malas! Yang ada pun, mi segera. Alahai,duit banyak tapi satu tin biskut pun tak ada. Kalau Aisyah ada, pasti dia orang pertama yang membebel.

Sebut pasal Aisyah, bila lagi kakaknya bahu telefon bertanya khabar? Tak dapat jumpa, dengar suara pun jadi la. Ada juga dia upah orang untuk mencari lokasi keberadaan kakaknya, tapi sampai sekarang, habuk pun tak ada. Langsung tak jumpa. Aisyah bagaikan tiada di negara ini. Menetap di negara lain, mungkin?

Jam tangan ditilik sebelum bergerak menutupi semua suis yang digunakan. Sudah 6.30 petang rupanya. Patutla gelap semacam. Nak hujan agaknya.

Telefon,beg galas serta kunci keretanya diambil sebelum melangkah keluar daripada biliknya. Suis lampu dimatikan lalu beredar keluar daripada bangunan ayahnya. ZuCho Holdings adalah nama syarikat ayahnya yang telah 4 tahun beroperasi. 4 tahun tu jugak la ibu dan ayahnya bercerai, abangnya larikan diri. 4 tahun tu jugak la dia dan kakaknya hidup menderita.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now