36

22K 1.1K 64
                                    

"Home sweet home! "

Aqif mendepakan tangan sambil menghirup udara segar. Selepas itu, dia tersenyum sinis melihat ahli keluarga bekas tunangnya yang masing-masing berdiri rapat di depan rumah.

Oi, oi! SOP, SOP!

Matanya tertunak pula pada bekas tunangnya yang dipeluk oleh Puan Millie dan Nek Timah sambil dipertahankan oleh Nicholas, Zuhairi, Airiel dan Ayad. Ain dan Izzat berada di dalam rumah bersama anak mereka.

"Kau nak apa datang sini, haa? " Tanya Nicholas sebaik sahaja tangkap anak mata Aqif yang gatal merenung cucunya.

Aqif tergelak sinis. Dia membuka langkah mendekati mereka semua yang berada dalam ketakutan kecuali Nicholas, Zuhairi, Airiel, Ayad, Nek Timah dan Aisyah. Manakala Puan Millie pula ketakutan. Dia tidak kenal lelaki itu. Tetapi apa yang diceritakan, lelaki inilah yang cuba memusnahkan hidup anak perempuannya.

"Aku nak apa? Kalau aku cakap, " Anak mata Aqif terhenti pada Aisyah yang merenung dirinya tajam.

"Aku nak Aisyah. Boleh? "

Mereka semua terkejut. Mata mereka membulat. Ahli keluarga Aisyah masing-masing sudah mengepal tumbukan.

Mereka tidak akan sesekali serahkan Aisyah pada lelaki bangsat macam Aqif!

"Kenapa? Marah? "

Aqif membuat muka riak terkejut. "Lah, marah ke? " seraya itu, dia tergelak sinis. Diikuti dengan tawa anak-anak buahnya.

"Aku tak akan buat macam ni kalau, kau tak hancurkan perniagaan aku bodoh! " jari ditundingkan pada Nek Timah.

Tetapi Nek Timah hanya beriak biasa. Langsung tidak takut akan kemarahan Aqif. Dia pasti, akan ada yang selamatkan mereka sebentar lagi.

"Oh yeah? Then, kenapa tak usaha balik? Kenapa nak cucu aku juga? " tanya Nek Timah berani.

Harus berani kalau tidak buat salah. Jangan jadi pengecut dalam menyelesaikan masalah.

"Itu tak penting. Yang aku nak sekarang ni, Aisyah! Bagi Aisyah dekat aku! " Jerkah Aqif dan membuka langkah mahu menyerang.

Tetapi serangan dia dapat ditangkis oleh Airiel yang awal-awal lagi sudah bersedia. Aqif ditumbuk oleh Airiel dengan kuat dan berkali-kali sebelum ditarik oleh Encik Zuhairi dan Ayad.

"Kau memang bangsat! Disebabkan kau, adik-adik aku terseksa! Disebabkan kau, adik-adik aku merana!"

Airiel ditahan oleh Encik Zuhairi dan Ayad yang mahu menyerang Aqif kembali. Hatinya membara kepanasan. Dia tak akan biarkan Aqif mengapa-apakan adik-adiknya lagi.

"Okay, say anything what you want. Kedatangan aku dekat sini cuma mahukan adik perempuan kau. Itu je, lepas tu, aku blah!"

Aqif mengarahkan anak-anak buahnya untuk mengambil Aisyah daripada pelukan Puan Millie dan Nek Timah. Belum sempat mereka mendekati, satu tembakan dilepaskan dan mengenai tepat di kaki Aqif serta anak-anak buahnya yang mahu mendekati Aisyah.

Aqif jatuh terduduk di atas tanah sambil memegang luka kakinya yang kian mengeluarkan darah. Anak-anak buahnya ikut sama terjatuh. Masing-masing kesakitan akibat ditembak.

Anak-anak buah Aqif yang lain cuba untuk membalas tembakan itu tetapi mereka terlambat mengambil langkah. Amer, Arshad, Irshad, Jay dan Aki serta beberapa anak buah Izz yang ditugaskan untuk memantau Aisyah serta keluarganya terlebih dahulu mengacukan pistol dan membuatakan langkah mereka terhenti.

Ahli keluarga Nicholas juga tergamam, terkejut dan terkaku. Dalam seumur hidup mereka, pertama kali melihat orang menembak dan ditembak kecuali Nicholas, Zuhairi, Airiel, Ayad, dan Nek Timah.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now