39

21.3K 1K 53
                                    

Selepas sahaja hantar Aisyah ke dalam bilik mereka, terus dia ke bilik rahsia yang berada di bawah tanah. Bilik di mana tersimpannya senjata-senjata berbahaya seperti pistol, pisau, bom serta alatan-alatan untuk menyiksa mangsa.

Pistol yang tersusun di dinding tu, Izz tilik satu per satu. Sudah lama dia tidak menjenguk bilik ini. Bukannya tidak mahu, tetapi sibuk dengan kerja. Dengan isteri lagi.

Dan sekarang, isterinya mengandung. Lagilah jarang untuk dia ke bilik itu. Takut membahayakan nyawa sang isteri.

Klak!

Izz tidak menoleh. Bagai tahu siapa yang memasuki bilik yang dia duduki sekarang ini. Pistol yang dipegangnya tadi diletakkan pada tempat yang asal. Dia beralih kepada pistol yang lain pula.

"Kau nak suruh aku buat apa pula ni?" tanya orang yang memasuki bilik itu.

Seketika itu, Izz menoleh. Perempuan itu ditilik atas bawah sebelum matanya terhenti pada tatu yang terdapat pada leher perempuan itu.

"Kalau kau tak nak aku mengamuk, jangan bagi aku nampak tatu hodoh tu. "

Perempuan itu jeling menyampah. Tangan disilangkan ke dada. "Aku tak ada masa nak buat semua tu. Kalau kau tak desak aku untuk datang sini secepat yang mungkin, sempat la aku nak tutup mata gatal kau tu daripada tenung tatu ni. " bidas perempuan itu berani.

Izz tersenyum sinis. "Dah pandai melawan, huh? Siapa yang ajar kau melawan cakap aku?" wajah Izz bertukar bengis. Paling pantang bila anak buah dia melawan cakapnya.

Tidak hormat! Biadap!

"Declan... " Izz berdecit sinis.

Lelaki tu layak masuk dalam tong sampah. Dia ingat dia siapa nak tentang aku?

"Whatever, back to the topic. Aku nak kau jaga isteri aku. Sentiasa dekat dengan dia tak kira dia ada dimana. "

Jatuh serta merta rahang perempuan itu. Gila apa?

"Kalau aku jaga isteri kau, kerja aku macam mana? Mati la aku kalau Declan tahu yang aku ni anak buah kau! " balas perempuan itu tidak puas hati.

Bukannya dia tak kenal Declan tu macam mana. Panas baran, kaki pukul. Silap-silap, boleh dipukulnya aku ni.

"Aku atau dia ketua kau? " Izz menjongketkan kening kirinya.

"Atau, kau dah suka dengan kerja kau sebagai perempuan simpanan?" perkataan 'perempuan simpanan' sengaja Izz tekankan.

Kerja perempuan ni memang jadi perempuan simpanan tetapi hanya untuk Declan. Dalam masa yang sama, perempuan ni dapat korek sedikit demi sedikit rahsia dan maklumat tentang kumpulan Declan. Sama seperti Blade yang bekerja sebagai orang kanan Declan.

Perempuan itu mengetap kuat giginya. Mahu sahaja dia menghamburkan kemarahan tetapi mengingatkan Izz ni ketuanya, dia pendamkan.

"Kalau kau tak puas jadi perempuan murah untuk Declan, kau boleh jadi perempuan aku. Sentiasa puaskan aku macam mana kau puaskan Declan. Kau nak? "

Izz tersenyum sinis. Perempuan itu dia dekati sebelum merangkul pinggang perempuan itu. Rambut panjang yang diikat itu dihidu sedalam-dalamnya.

Perempuan itu pula mula terbuai dengan bauan maskulin dari ketuanya. Memang sepatutnya dia melawan tetapi dia tidak boleh. Bagai ada yang menghalangnya untuk menolak.

"Tapi sayang, kau tak akan dapat berada di samping aku. " tubuh perempuan itu ditolak kasar dan membuatkan perempuan itu jatuh tersungkur di atas lantai.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now