56

19.5K 1K 65
                                    

"Aisyah, are you ready? "

Aisyah mengangguk laju. Dia menepuk-nepuk tangannya tanda dia gembira. Tidak dilupakan juga dengan perutnya untuk diusap lembut.

Alhamdulillah, kandungan dah mencecah 7 bulan 28 hari. Hampir 8 bulan. Banyak juga ragam Aisyah ketika ketiadaan suami di sisi.

Tetapi, mereka semua masih lagi boleh selesaikan. Bahaya? Pernah juga mereka alami untuk selamatkan Aisyah dan kandungannya.

Tidak mereka sangka yang mereka dapat selesaikan tanpa adanya ketua di sisi. Tapi, dengan adanya Ayad yang tak kurang juga hebatnya, dapat mereka tumpaskan satu per satu musuh yang ingin membunuh Aisyah.

"Let's go! "

Semua tergelak dengan telatah Aisyah yang melucukan. Nampak comel je mak buyung ni.

Dua buah kereta Alphard yang masing-masingnya dipandu oleh Arshad dan Aki mula bergerak keluar daripada perkarangan rumah itu.

Perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengambil masa kira-kira 1 jam setengah.

Sempat juga mereka melelapkan mata sementara menunggu sampai ke destinasi yang mereka tujui.

Aisyah melelapkan mata sambil kepalanya disandarkan di bahu Ayad. Mak buyung ni memang makin manja dengan adiknya. Pernah la dua tiga kali mereka pulang ke kampung. Tak bermanja dengan Ayad, dengan Nek Timah pun jadilah.

Siap minta macam-macam lagi. Dimarah pun, buat tak tahu je. Makin ditegur, makin menjadi-jadi. Apa lah nak jadi dengan kau ni!

Angol palak kamek dengan olah nya! (pening kepala aku dengan perangai dia!)

2 jam berlalu dengan cepatnya. Tiba mereka di lapangan terbang selepas menempuh traffic jam yang agak panjang dan lama.

Itu la, kecil-kecil tak mahu ambil lesen kereta. Tengok, last-last kena saman juga. Sama je tu.

Sesudah mereka meletakkan kereta di tempat parking, mereka berjalan masuk bersama-sama ke dalam kawasan airport.

Rata-rata orang awam di situ memandang mereka semua jakun. Maklumlah, masing-masing kacak dan cantik. Lagi-lagi Aisyah.

Sudah la cantik berpakaian jubah berbunga kecil berwarna pink pastel. Bertudung bawal senada. Dengan perutnya lagi. Comel je masa jalan. Macam penguin. Terkedek-kedek cari kelibat si suami.

Hampir 10 minit mereka berjalan sekitar airport untuk mencari kelibat Izz dan Airiel.

Nak semput Aisyah dibuatnya. Tapi riak mukanya tetap nampak gembira dan bersemangat. Tak sabar rasanya nak ceritakan kisah-kisahnya dengan anak di dalam kandungannya.

"Izz! Airiel! " lantang Amer memanggil mereka berdua yang sedang duduk di tempat menunggu.

Izz dan Airiel yang sedang menghadap telefon itu terus menoleh. Mereka berdua mengukirkan senyuman nipis sebelum bangun dan berjalan ke arah mereka semua.

Orang pertama yang Aisyah cari semestinya la suami. Insan yang dia rindui. Berjauhan hampir 5 bulan. Makan tak kenyang. Mandi tak basah. Tidur tak lena.

Ada sahaja ragamnya. Kerap juga menangis pada waktu malam. Nak minum susu pun susah juga. Alahai!

"Abang! "

Aisyah berlari anak lalu memeluk erat tubuh Izz yang tersenyum itu.

Banyak perubahan yang berlaku. Tak sempat dia nak tengok anak sulungnya membesar dalam rahim Aisyah.

"How are you, dear?"

Dahi dan ubun-ubun Aisyah dikucup lembut. Tidak dilupakan juga untuk mengusap perut yang kian membesar itu.

"I'm fine. Our baby too! How about you? Everything is fine? Ada luka dekat mana-mana ke? " soal Aisyah sambil membelek-belek muka Izz. Begitu juga dengan tangan dan badan.

Takut sangat suami ada luka walaupun sekadar luka kecil.

Izz tergelak kecil lalu menangkap tangan Aisyah. Budak ni, makin banyak bercakap.

"Aku okay. Don't worry. Semuanya baik-baik sahaja. " Aisyah tersenyum manis.

Alhamdulillah, Allah kabulkan doanya supaya suami dan abangnya sentiasa dilindungi.

"Riel, kau okay? Ada luka apa-apa tak?"

Airiel yang sedang berbual dengan Ayad itu menoleh lalu menggeleng. Bibirnya mengukirkan senyuman.

"Kalau ada suami kau, datang mana nya luka dekat badan aku ni. Semestinya aku okay! Don't worry."

Aisyah mengangguk sahaja. Tahu lah yang Airiel pandai jaga dirinya.


















"Kau dah beli ke barang baby? " soal Izz sambil bermain dengan baby bump Aisyah. Tangannya dari tadi tak berhenti mahu mengusap perut yang kian membesar itu.

Ya lah, sudah 4 bulan dia tidak mengusap perut itu. Sebelum dia berangkat pergi ke Rusia, baby bump ini pun tidak terbentuk sangat.

Sekarang ni pula, sudah besar. Mahu tergelak apabila melihat Aisyah jalan terkedek-kedek dengan perutnya yanh besar itu. Nampak comel je. Macam penguin.

Aisyah menggelengkan kepalanya. "Saya tunggu abang balik. Rasa tak selesa bila tak ada abang. Macam ada orang tengah perhatikan saya dekat mana-mana. Saya jadi takut, itu yang saya duduk je dekat rumah dengan semua orang. "

Muka Izz bertukar tegang tatkala mendengar luahan Aisyah. Tak lain kalau tak bukan kalau musuh ketatnya.

Pasti mereka mahukan Aisyah untuk perangkap dan jatuhkan dia sekaligus. Jikalau mahukan tempat nya, mengapa tidak minta sahaja? Mengapa mahu melibatkan isterinya?

"It's okay. Lepas makan, kita beli barang baby sikit. Kita sediakan yang mana perlu dulu. Pasal tu, nanti aku suruh Amer tengok-tengokkan mana yang patut. Sama ada nak tambah bodyguards, ataupun ketatkan kawalan keselamatan sekitar rumah."

Aisyah mengangguk sahaja mendengar ujaran si suami. Bila suami dah pulang, terasa selamat. Tidak perlu risau dengan ancaman-ancaman musuh suaminya kerana dia tahu yang Izz akan uruskan semuanya.



















"Berseronok la dulu selagi kau orang masih ada masa. Selepas ini, kau orang tak akan dapat bersama. King akan dihapuskan dan Queen akan jadi milik aku. Selamanya... Dan baby kau orang juga akan dihapuskan. " omel Aqif di dalam hati sambil merenung pasangan yang berada di kedai barangan bayi itu.

Pilih baju untuk baby? Nice! But, i'm sorry cause your baby will die.

"Apa plan seterusnya? "

Tingkap kereta ditutup lalu bertanya pada Declan yang duduk tenang di sebelahnya. Tenang memerhatikan pasangan itu memilih barangan bayi.

Tetapi dalam masa yang sama, hatinya membara mahukan mereka berdua terhapus dan lenyap dari muka bumi.

"Culik Aisyah. Jadikan dia sebagai umpan untuk tarik King ke dalam perangkap. Then, kita hapuskan mereka sekaligus. Hapuskan mereka tanpa sebarang bukti. " ujar Declan sambil tersenyum sinis.

Tidak sabar rasanya mahu melihat mereka melutut merayu supaya dilepaskan dan semestinya tempat King bakal jadi milik dirinya.

Tak lama lagi...













Tbc...

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now