34

21.2K 1.1K 47
                                    

Mereka semua menelan liur tatkala kelibat Izz sudah berada di bilik boxing. Mereka memandang Izz takut-takut. Kalau koma nanti macam mana?

Izz yang sedang membalut tangannya menggunakan sehelai kain putih menoleh ke tepi. Kening kirinya terjongket sedikit.

"Dah kenapa berdiri dekat situ? Nak aku bentang karpet merah dulu ke? "

Mereka tersengih lalu mendekati ketua mereka. Eva dan Zaty menghenyakkan punggung di sebuah sofa berhadapan dengan gelanggang. Di tangan masing-masing sudah tersedia sebuah telefon dan kamera.

Nak tangkap gambar jejaka hot la katakan. Masing-masing mempunyai badan ketak-ketak. Siapa je tak suka?

"Kau tak tumbuk kita orang sampai koma kan?" tanya Jay di belakang Irshad yang berdiri tenang.

Siapa sangka dalam tenang, ada gusarnya? Dia pun manusia biasa. Ada perasaan. Mestilah takut.

Izz sekadar menjongketkan bahu. "Kalau aku tak berdendam, aku boleh pertimbangkan."

Anak mata Amer dipanah tajam. Tanda amaran diberikan sebelum dia berpaling semula.

Amer menelan liur. Kenapalah mulut aku jahat sangat! Bodoh la kau, Mer!













"Kalau kau tak nak mati, buang perasaan bodoh kau tu jauh-jauh. King tak suka pekerja dia jatuh cinta dekat dia, lagi-lagi dia dah berkahwin. Dia tak nak rumah tangga yang dia baru bina, hancur macam tu je disebabkan orang kesepuluh macam kau. "

Seorang gadis yang kelihatan seperti terpaku pada seseorang itu tergamam. Dia menoleh ke tepi sebelum menunduk sedikit kepala pada Zaty dan Eva.

Senior dia di Villa ini. Senior garang tetapi kecantikan mereka mampu memukau para pekerja di sini.

"Apa yang akak-akak cakapkan ni? Kami tak faham... "

Riak muka sedaya upaya disembunyikan. Dalam hati sudah berdebar persis baru habis marathon 1×400 meter.

Takkan la kantoi?

"Jangan pura-pura tak faham Mina. Perasaan bodoh kau tu akan membuatkan keadaan menjadi huru hara. Awal-awal lagi King dah bagitahu peraturan-peraturan semasa kau menjadi anak buah dia. Salah satunya, no terms fall in love with each other. Ingat ayat tu. Selagi kau bekerja di bawah dia, selagi tu, no love, no couple, no married. "

Mina menunduk saat ditegur. Lupa yang ketuanya sudah berpunya dan dia lupa akan peraturan-peraturan itu.

Should I move on or continue?

"Tapi saya dah cinta mati dekat King. "

Eva dan Zaty menghela nafas. Awal-awal lagi mereka sudah memberi amaran. Malah, bukan mereka sahaja, senior-senior lain yang bekerja disini pun sama, termasuk Izz.

Mahu Mina disentuh oleh Eva. Dia tersenyum nipis. "Kau perlu buang perasaan Mina. Mesti. Wajib. Kalau King tahu pasal benda ni, bukan kau je tau yang terseksa. Keluarga kau pun ikut sama. Aku faham apa yang kau rasa. Aku pun pernah ada di situasi kau, tapi aku cuba. Demi family aku, aku sanggup korbankan perasaan aku."

"Biar kau sakit, tapi bukan keluarga kau. Kau nak ke tengok keluarga kau mati kena bunuh dengan King sendiri?" laju sahaja Mina menggeleng. Dia menggenggam tangan erat tanpa sedar.

"Then, you should move on. Follow the rules untill you die. You're King's people forever. Same with us. Forever, till we die. "

Lama kelamaan, Mina mengangguk setuju. Setitik air mata jatuh di pipinya dikesat perlahan. Mungkin, belum masanya lagi untuk aku merasa perasaan ini. Aku redha.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now