37

22.6K 1.2K 37
                                    

"Izz! " panggil Airiel yang berada di ruang tamu.

Terus sahaja langkah Izz mati. Diri dibawa ke ruang tamu. Abang ipar panggil, kena lah hormat biarpun sebaya. Minum air tu, nanti-nanti je la.

"Hmm? " Izz menghenyakkan punggung di atas sofa bersebelahan dengan Airiel.

"Bukan kau kata balik sini malam ni ke? Kenapa tengah hari tadi dah sampai? " tanya Airiel yang masih kebingungan. Kata lain, buat lain. Macam Ayad!

"Aku dapat kesan ada musuh datang sini, then cepat-cepat la aku ke sini. Aku risaukan Aisyah. Lagipun kerja aku dekat sana dah settle. " terang Izz panjang lebar.

Airiel menganggukkan kepala tanda faham. Bagus adik ipar aku ni!

"Ni, aku nak tanya. " mata Airiel yang tertumpu pada skrin telefon beralih pada Izz.

Tampak serius sahaja. Pasti ada yang tak puas hati ni.

"Kau dengan Aisyah ada sorokkan something daripada aku ke? " mata Airiel dipanah tajam. Setajam yang boleh bagi mengorek rahsia adik beradik ini.

Airiel menjongketkan kening kirinya. Telefonnya diletakkan di atas meja lalu memeluk tubuh. Kaki disilangkan gaya bossy sambil membalas panahan mata tajam itu.

"Sorok? Aku nak sorokkan apa? Mana ada apa-apa. Kenapa tak tanya Aisyah sendiri? " tanya Airiel kembali. Riak mukanya seakan-akan tidak bersalah.

Biarpun dia tahu dan faham apa yang dimasudkan oleh adik iparnya ini, dia tidak akan sesekali bongkarkannya. Biarlah Aisyah yang beritahu sendiri. Dia tidak mahu masuk campur. Itu hal rumah tangga mereka. Dia hanya orang luar sahaja.

Izz memandang Airiel lama sebelum menjeling. Malas nak gaduh. Bukan dapat apa-apa pun. Buat sakit hati je.

Airiel tersenyum. "Aisyah mana? Senyap je ni?"

"Tidur. Pening kepala katanya. " Airiel sekadar mengangguk tanda faham.

"Okaylah, aku nak tidur. Esok bersiap sedia. Chau! "

Bahu Izz ditepuk tiga kali sebelum melangkah pergi meninggalkan ruang tamu. Tidak dilupakan juga dengan telefonnya.

Izz terpinga-pinga. Kelibat Airiel dihantar pergi sehingga hilang dari pandangan. Keningnya terjongket sedikit.

Dia dapat rasakan sesuatu yang aneh akan berlaku pada esok hari tetapi dia tidak pasti apa. Sama ada musuh akan menyerang atau selain itu. Rasa ini bukan seperti biasa. Kali ini, degupan jantung berdegup lebih laju bak lari satu padang sekolah.

Tanpa memikirkan perasaannya, dia berlalu pergi ke dapur. Mahu memenuhi hajat tekak yang kekeringan.














Aqif terpaksa menahan kesakitan tatkala pehanya dijahit tanpa menggunakan ubat bius. Dah biasa tetapi masih sakit rasanya.

Dahi Aqif dipenuhi dengan peluh sehingga membasahi wajahnya. Badannya juga kebasahan disebabkan kepanasan dan kesakitan. Pakej!

"Just a little more. Hold on for a while." kata anak buahnya yang pandai merawat.

"Just do your work. Don't talk to much!" herdik Aqif dalam kesakitan. Bibirnya diketap kuat menahan suara keluar.

Lelaki itu mengangguk lalu meneruskan kerjanya. Herdikan ketuanya langsung tidak memberikan kesan kepada dirinya. Halah, dah biasa!

"Sir, someone wants to meet you. "

Aqif dan anak buahnya yang sedang merawat itu menoleh serentak ke arah suara yang berkata itu.

Aqif mengerutkan dahi manakala anak buahnya yang sedang merawat itu meneruskan rawatan sehingga langkah yang terakhir.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now