32

23.4K 1.1K 175
                                    

Jam ditilik buat kali ketujuh pada pagi ini. Pemergian suaminya menjadi tanda tanya buat dirinya.

Kemana suaminya pergi dari malam tadi? Sekarang dah pagi, batang hidung pun tak nampak. Apa yang Izz sorakkan daripada aku?

Sarapan yang sudah tersedia di atas meja makan dipandang kosong. Hilang selera mahu menjamah pada pagi ini. Entah kenapa. Tak nampak muka suami, jadi lemah pula. Tak larat nak buat kerja.

Mungkin selepas kahwin ini, suami menjadi penguat isteri kut. Gegegege...

Aisyah melabuhkan kepalanya di atas meja lalu memangku dengan kedua-dua tangannya. Nafas dihela perlahan. Rasa nak demam pun ada.

Hmm, rindu! Ngadanya aku lahai!

Mata Aisyah ditutup untuk seketika. Nak naik masuk bilik, tak larat. Nak baring dekat ruang tamu pun, takut pengawal-pengawal dekat luar nampak aurat dia.

Huwa! Mama! Aisyah tak larat! Aisyah rindu Izz!

Beberapa minit selepas Aisyah menutup mata, terasa ada satu tangan hinggap di kepalanya. Dalam keadaan lemah, Aisyah membuka mata perlahan-lahan.

Bayangan Izz terhidang didepan matanya. Ini sekadar bayangan ataupun realiti? Kuatkan diri aku, Ya Allah!

"Kau kenapa ni? Kenapa tidur dekat sini? " suara garau singgah masuk di dalam gegendang telinga Aisyah.

Bertakung juga air mata Aisyah. Kepulangan suami nya yang ditunggu-tunggu biarpun tidak sampai sehari ditinggalkan.

"Kenapa ni? "

Kepala Aisyah ditarik masuk ke dalam pelukan. Aisyah membalas pelukan itu dengan memeluk pinggang Izz erat.

"Tak ada apa... " rendah sahaja nada Aisyah kedengaran. Tangannya tetap memeluk bagai tidak membenarkan si suami pergi

"Habis tu, lemah semacam je ni? "

"I'm fine. Don't worry. Nothing bad happen to me as long as you still by my side."

Izz menahan diri daripada mengukirkan senyuman. Kepala Aisyah diusap lembut. Boleh longgar lutut aku macam ni. Lahai!

"You're my wife. Ofcourse I must be worried. You're my responsibility. As long as I live, I will take care of you and love you untill my last breath. "

Dicium pula ubun-ubun Aisyah. Aisyah sudah tersengih-sengih menahan malu.

Laki kita makin sweet la. Awak ada? Saya ada. Nak pinjam? Tak boleh! Ni aku punya! Hak aku, suka hati aku lah!









"Sir, this is the information that you need. " Sampul besar berwarna coklat itu dihulurkan kepada Declan.

Declan tersenyum sinis tatkala matanya bertemu dengan sampul besar berwarna coklat itu. Maklumat yang buat dia tertunggu-tunggu selama ini.

Sampul itu dibuka dengan perasaan tidak sabarnya. Beberapa helai kertas A4 yang dipenuhi dengan tulisan dikeluar daripada sampul. Helaian demi helaian diselak dan dibaca.

Apa yang lebih menarik pemerhatiannya adalah apabila satu kertas itu dipenuhi dengan biodata seorang perempuan. Perempuan yang bakal menjadi mangsanya untuk menjatuhkan musuh ketatnya.

"Hanya itu sahaja yang saya dapat. Selebihnya, saya gagal untuk menggodam sistem mereka. Sistem mereka sudah dikemas kini dengan yang lebih canggih. Terlalu susah untuk digodam. "

Declan makin tersenyum sinis. "It's okay. Ini je dah cukup untuk aku hapuskan dia. "

Blade mengangguk lalu meminta diri keluar daripada bilik bosnya. Dia pula yang tersenyum sinis. Itu hanyalah maklumat untuk mengaburkan mata kau. Maklumat yang sebenar-benarnya berada di tangan King sendiri. Tiada sesiapa yang tahu dimana ia disimpan. Tiada siapa yang tahu cara untuk menggodam maklumat itu daripada sistem King sendiri. Termasuk anak-anak buah rapat dia.









Dia Mr. Mafia ✔️ Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα