43

21.4K 1K 72
                                    

"Abang, nak aiskrim! "

"Abang, nak coklat! "

"Abang, nak tu! "

"Abang, nak ni! "

Izz hanya tersenyum nipis. Boleh nipis dompet aku macam ni. Tapi tak apa. Asalkan hati isterinya gembira. Ini juga untuk bakal anaknya nanti.

Entah siapa yang mengidam. Mak atau anak.

"Aisyah, daripada kau ambil satu-satu, baik aku beli satu mall ni. Kau nak? "

Aisyah tersengih seketika lalu menjulingkan mata ke atas apabila disindir suaminya.

Eh dia ni, main sindir-sindir pula. Tampar karang.

Tapi kan, kita pun tak tahu kenapa. Nampak je benda manis, mesti nak. Baby nak buli abah dia la ni. Sampaikan ibu pun kena sekali.

Nasib baik abah awak banyak duit, baby. Guna banyak mana pun, tak akan luak punya la. Nanti kalau awak nak keluar, bagitahu. Biar abah awak kena buli. Kita sama-sama buli dia. Nak tak?

"Ceh, beli sikit je pun. Itu pun nak menyindir kita. Terasa tau! " Aisyah memalingkan tubuhnya lalu memeluk tubuh.

Merajuk! Kita cakap elok-elok, dia sindir-sindir kita pula. Tengok abah awak tu, baby.

Izz membuat muka pasrah. Makin lama, makin mencabar ye nak jaga ibu mengandung ni. Nasib baik kau seorang penyabar dengan isteri.

Kalau tak, dah lama kena maki macam anak-anak buah kau dekat markas tu.

"Okay, okay. Aku minta maaf. Aku bukannya menyindir tapi betul apa yang aku cakap tu. Kalau kau nak, aku boleh beli satu mall ni. Setakat 50 Juta, apalah sangat. " bila sifat riak suami kau dah keluar, rasa nak tampar laju-laju.

Bangga bukan kemain tapi nanti, bila sedar apa salah dia, menangis kau dekat bucu katil. Setahun berlalu, setahun tu juga la kau nangis tak henti-henti.

"Ei, riaknya lah suami aku ni. Entah siapa yang ajar. Perangai annoying nak mampus! " omel Aisyah sendiri lalu bergerak ke rak makanan yang seterusnya.

Suami dah bagi greenlight, masukkan je la apa-apa dalam troli ni. Setakat satu rak, apalah sangat bagi dia.

Izz termangu. Entah apa yang dibebelkan itu pun, dia tidak tahu. Mata dijulingkan ke atas.

Perempuan memang complicated!

Malas mahu berfikir panjang, dia menolak troli ikut langkah Aisyah yang sudah jauh beberapa meter dari dia.

"Kejap la, sayang!"



Izz menggelengkan kepalanya perlahan. Aisyah dikerling dari ekoran mata. Dia ni tak habis-habis suap benda dalam mulut.

Nasib aku tak suap stoking aku dalam mulut dia.

"Sudah-sudah la, Syah. Ini kali keempat kau buka benda alah tu. Nanti sakit perut macam mana? Kau tu dah la tak makan nasi lagi. Benda yang kau makan tu pula ada perisa entah apa-apa. Risau la aku kalau jadi apa-apa nanti. " Aisyah menyengih. Plastik snek itu ditolak ke tepi.

"Okay, okay. I dah stop makan dah. Jangan la marah. Asyik nak marah je. Tak bosan ke? "

Air mineral botol kecil itu diteguk beberapa kali. Setelah itu, mulutnya dibersihkan menggunakan sapu tangan kecil yang dibawa dari rumah.

"Aku tak akan marah kalau orang tak buat hal. So, jangan tanya kenapa aku asyik nak marah je. " bidas Izz sambil memusingkan stereng keretanya ke kanan untuk memasuki kawasan taman perumahan elit.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now