45

19.8K 982 76
                                    

"Alfred! "

Bahu mereka bertujuh terhinjut sedikit tanda terkejut. Kalau dah jerit macam tu, memang dia betul-betul marah la tu.

Jangan sampai dia buat perkara yang tak boleh kau orang jangka sudah. Lagi seram daripada kena bunuh dengan haiwan.

"What? Wanna this thing? " pendrive berwarna hitam biru itu ditayangkan.

Riak muka Alfred jelas sekali sedang mengejek. Ei, orang tua ni karang!

"Restituisci i miei averi (pulangkan balik barang aku). Sei inutile! (Kau memang tak guna!) "

Alfred tergelak kuat. Bagai suka melihat kemarahan lelaki yang dapat gelarkan 'King' ini.

Dada Izz turun naik menahan amarah yang kian memuncak. Alfred memang betul-betul mencabar kesabarannya. Jikalau boleh, sekarang juga dia mahu memecahkan kepala orang tua tak guna ni.

Dalam diam, dia boleh buat taik dengan aku. Kerjasama dengan syarikat aku semata-mata nak curi maklumat pasal kumpulan aku.

Bijak tapi bodoh! Itu yang dia nak katakan tentang Alfred ni.

"Riprenditelo. Non ne ho più bisogno. Ora, ho le informazioni sul tuo gruppo ed è facile per me distruggerti. (Ambil la balik. Aku dah tak perlukannya. Sekarang, aku dah ada maklumat kumpulan kau dan senang untuk aku musnahkan kau.) " riak Alfred berkata. Dia tidak sedar yang dia telah diperangkap.

Sibuk dengan dengan hal orang sampaikan diri sendiri tak terjaga. Itu yang dimaksudkan oleh Izz. Bijak tapi bodoh!

Klak!

Alfred yang sedang tertawa tadi terus terdiam. Kedua-dua belah tangannya diangkat tanda berserah diri. Dipandang pula wajah Izz yang sudah tersenyum sinis sambil berjalan menghampiri dirinya.

"Poor you, old man! You lost! " bisik Izz perlahan di sebelah telinga Alfred.

Pendrive yang berada di tangan Alfred diambil secara kasar sebelum menepuk-nepuk bahu si 'dia'.

'Dia' tersenyum bangga mahu mendabik dada. Tengok lah ni siapa!

"Bawa dia pergi markas. Ada hal lagi yang belum selesai. "

'Dia' mengangguk sebelum menyepak kuat belakang lutut Alfred. Alfred mengerang kesakitan sebelum jatuh tersembam di atas lantai.

"Sejak bila kau sampai? Asal King tak inform apa-apa? " tanya Amer kebingungan.

'Dia' hanya membalas dengan senyuman senget. "Ini Izz Danial lah! Tak perlu dipanggil, memang akan datang. "

Mereka bertujuh termasuk Izz membuat muka. Pantang betul dipuji sikit, kembang semangkuk. Susah bila dapat member macam ni.

















"So, How? Wanna join me? " Aqif duduk tersenyum sinis di hadapan Declan yang sedang menunggu jawapan.

"Apa yang aku dapat bila aku join kau? " tanya Aqif yang masih lagi ragu-ragu.

Orang macam Declan mana boleh bawa main-main. Silap-silap kena tipu lepastu dibunuh macam tu sahaja. Bukannya dia tidak pernah nampak macam mana anak-anak buah Declan sendiri yang kena.

"Your princess, Aisyah Saffiya. "

Tegak terus batang tubuh Aqif tatkala mendengar nama yang dipetik Declan itu.

Macam mana dia tahu pasal Aisyah?

Declan tersenyum senget. Sepuntung rokok dikemam lalu dihidupkan apinya sebelum menghembus asap rokok itu ke udara.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now