Special Chapter 2

17.6K 936 167
                                    

"Jangan putar belitkan ceritalah, Damien! Kau yang salah, kenapa kau nak tuduh aku pula?" bentak Luthfi tidak berpuas hati.

Apa? Ingat, dengan semudah tu je orang boleh pijak kepala aku? Memang tak lah!

"Orang bersalah, memang tak akan mengaku." sinis Damien membalas.

Dia menyilangkan kedua tangannya di dada. Muka pula bukan main lagi tunjuk acah innocent!

Sekali pecah muka kau yang macam tahi dalam jamban tu, tau lah nasib!

"Cikgu, terang lagi bersuluh budak ni yang bermasalah, kenapa cikgu nak salahkan anak saya? "

"Anak saya baik, bahkan datang dari keturunan yang baik! Takkan lah anak saya nak buat perkara terkutuk tu dekat anak dara orang. Tidak masuk akal! "

Ayah kepada Damien iaitu, Tengku Aaron menokoh tambah lagi seakan-akan mahu memarakkan lagi kemarahan Luth.

Entah Tengku Aaron ni perasan atau tidak yang Luth ni siapa. Tidak mengapalah, mari teruskan membaca!

"Sudah-sudah! Saya panggil kamu berdua ke sini bukannya untuk bergaduh. Perangai biarlah matang! Kamu berdua sudah tingkatan 5, dimana akan menduduki SPM tak lama lagi. Bukannya budak prasekolah. Malu lah sikit dengan junior-junior!" celah Cikgu Malik selaku guru disiplin di sekolah itu.

Pening kepalanya melihat dua orang anak muridnya ini bergaduh. Ini belum lagi campur dengan tumbuk-menumbuk. Masing-masing tidak mahu kalah!

"Tengku ni pun satu! Tak perlu nak menegangkan lagi situasi kalau Tengku tak tahu hal yang sebenar!"

Tengku Aaron hanya menjeling Cikgu Malik. Menyampah mungkin dengan perangai Cikgu Malik itu.

"Kau nak aku malu sedangkan dia dah pijak kepala aku depan semua orang? Memang tak lah! " bidas Luthfi sambil menghentakkan meja di dalam guru disiplin itu.

Tidak adillah kalau dia dihukum sedangkan bukan salah dirinya! Tiada satu bukti pun yang mengatakan dia bersalah.

"Luth, jaga bahasa kau!"

Teguran seseorang dari pintu bilik disiplin itu membuatkan Luthfi mendengus kasar. Manakala yang lain memandang tidak percaya dengan apa yang berlaku kecuali Cikgu Malik.

Le... Lelaki ini! Bukankah...?

Lelaki itu terus masuk ke dalam bilik disiplin lalu menghenyakkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan cikgu Malik sambil menyilangkan kakinya.

"Kau pasti ke Luth yang bersalah?" tanya lelaki itu dingin.

Anak matanya tajam menikam anak Malik dan juga mereka yang ada di dalam bilik disiplin itu.

"Kes ini masih lagi di dalam siasatan pihak sekolah. Yang bersalah akan dikenakan hukuman gantung sekolah selama 3 bulan." lelaki itu hanya mengangguk faham.

"Selesaikan kes ini secepat yang mungkin. Bersihkan nama Luth sebelum King sendiri yang turun padang." pesan lelaki itu sebelum melangkah keluar daripada bilik disiplin bersama Luthfi.

Sempat lagi Luthfi tersenyum sinis kepada Damien tanda mengejek.

Damien yang rasa sikit tercabar itu mengepalkan tumbukannya dengan kuat sehingga mengeluarkan urat-urat tangannya.

Tak guna!

"Kau buat apa dekat sini? " tanya Luthfi dingin sambil menyilangkan kedua tangannya di dada.

"Kalau bukan disebabkan abah kau tu, aku tak ada dekat sini." Luthfi sekadar menjeling.

"Macam mana kau boleh masuk dalam bilik disiplin tu? Setahu aku, keturunan abah kau, tak ada seorang pun yang pernah masuk bilik disiplin tu lagi."

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now