6

28.8K 1.5K 52
                                    

"Aisyah... "

Panggil Izz dengan nada lembut. Kasihan pula dengan budak pendek ni.

Aisyah masih dalam tangisannya. Terlalu perit untuk dia terima. Besarkan adik tanpa mak ayah bukannya senang. Dengan keadaan dia yang masih mentah lagi. Tak senang...

Dicaci, dicemuh. Dia tetap kuatkan semangat untuk adik kesayangannya. Tapi inikah yang adiknya balas? Sudah berjumpa dengan ayah, aku dilupakan. Macam sampah kau tahu tak! Bila diperlukan,layan macam bidadari. Hargai sana sini. Bagi ayat manis. Tapi bila tidak diperlukan, buang dalam tong sampah.

Bagusnya kau, Ayd! Siapa la yang ajar kau macam tu...

Makin kuat esakan yang dikeluarkan Aisyah. Izz buntu. Kepala digaru tidak gatal. Nak pujuk? Macam mana? Aku mana pernah pujuk perempuan? Nak dekat pun jarang kecuali mama dengan tok mummy.

"Aisyah, stop crying! Aku tak tahu nak pujuk kau.. " Resah Izz berkata.

Jujur, dia memang tak pandai pujuk perempuan menangis. Selama ni hanya sikap tidak kesah dan tidak layan sahaja yang sesuai buat perempuan. Tiada langsung belas kasihan, tertarik. Cinta apatah lagi. Memang susah memandang dia seorang yang workaholic.

Aisyah cuba untuk menahan tangisan. Dia menarik dan menghembus nafas. Betul apa yang Ayad cakap. Aku ni cengeng! Mesti dia dah rimas dengan aku. Patut ke aku lepaskan Ayad dekat ayah?

"Saf.. "

Aisyah dan Izz menoleh. Kelihatan seorang gadis tersenyum manis memandang Aisyah. Perutnya yang sedang membesar diusap lembut.

"Ain? "

Terus Aisyah bangun dari duduknya lalu dipeluk tubuh Ain erat. Tangisan yang tadi sudah berhenti, keluar lagi.

Ain satu-satu nya sepupu rapat Aisyah. Lain daripada supupu yang lain. Ain tidak mementingkan darjat seseorang malah orang yang bersederhana. Begitu juga dengan mak ayah nya. Pak Lang dan Mak Lang.

Mereka sekeluarga sungguh baik. Terlalu baik. Sanggup bayar kos pembelajaran dia dan Ayad sampai la sekarang. Sungguh tidak terkata baiknya. Allah!

"Kau sihat, Ain? " Ain mengangguk selepas melepaskan pelukan mereka.

Pipi Aisyah yang dibasahi dengan air mata disapu. Senyuman Ain langsung tidak pudat dari bibirnya. Walaupun Ain ni tak de la cantik mana, ada juga orang nak dekat dia. Sudah berkahwin. Tengah mengandung sekarang ni. Anak pertama.

"Kau? Sihat? "

Aisyah mengangguk dengan senyuman lebarnya. Matanya tertumpu pada perut Ain yang sedang membesar.

"Berapa bulan? "

"Nak masuk 5 bulan.. "

Aisyah tersenyum gembira. Mahu sahaja dia menyentuh perut Ain tetapi didiamkan. Takut Ain tak selesa.

Ain tergelak kecil. "Kau nak pegang,pegang je la. Mesti kau ingat aku tak selesa kan?"

Tangan Aisyah diletakkan di atas perutnya. Jelas sekali riak wajah Aisyah yang terkejut. Tangannya menggigil ketika menyentuh perut itu.

"Aku ingat kau tak datang.. " Kata Aisyah seraya mengajak Ain duduk di atas buaian kegemarannya.

Izz? Dah lama tinggalkan mereka berdua! Tak nak kacau agaknya kami berdua mahu bersama.

"Izzat jumpa kawan dia tadi. Tu yang lambat sikit." Aisyah mengangguk faham.

"Lelaki tu. Siapa? Bakal suami kau ke?" Bahu Ain ditepuk kuat.

"Kau agak-agak la! Lebam sebelah mata kau kena dengan aku karang!" Ain mengaduh kesakitan. Mengada je tu. Jangan layan!

"Mana la aku tahu. Aku sampai je, nampak sekumpulan jejaka kacak dekat pangkin bawah pokok mangga tu. Ingatkan dia orang wakil nak merisik kau."

Dia Mr. Mafia ✔️ Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon