2

37.9K 1.9K 246
                                    

"Siapa yang hantar kau? "

Orang tahanan King menggeleng. Tidak mahu memberi tahu. Dia sudah dibayar untuk membuat kerja dan menutup mulut walaupun tahu yang nyawa dia sudah berada di hujung rambut.

King menjadi berang. Muka lelaki itu disepak dan perutnya ditendang kuat tanda amarah dan membuatkan lelaki itu menyemburkan darah. Sudah la lelaki ini anak buah dia. Dia dikhianati tanpa sedar. Nampak sangat yang dia terleka.

"Jangan main-main dengan akulah!"

Lelaki itu sudah kecut perut. Dia hanya mampu menunduk dan memejam mata rapat. Melihat keadannya yang sudah lemah, di hanya berdiam diri. Sama sahaja kalau jawab pertanyaan bosnya itu. Diakhiri dengan kematian.

King? Tuan Izz Farhan yang digelar King dalam dunia mafia. Cucu kepada Tengku Zachary, ketua mafia yang digeruni dan dihormati di Negara Spain dan juga Itali. Anak kepada Tuan Mokhtar,Pengerusi TM Holdings. Berumur 26 tahun dan sudah menjadi Jutawan di usia yang muda. Sifat nya yang tenang membuatkan orang lain senang. Begitu juga dengan sikap nya yang tegas membuatkan orang lain berdisiplin.

Benda pertama yang dia titip beratkan dalam kerja adalah disiplin. Disiplin paling penting! Cepat dan cekap dalam buat tugasan. Hantar report pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan. Semua pasal kerja,dia akan bertegas. Termasuk pemakaian dari atas sampai bawah. Nak kata cerewet, tak de la cerewet mana. Just, dia nak pekerja-pekerjanya sentiasa ikut peraturan yang ditetapkan. Tak nak ikut, jawapan yang senang.

Angkut semua barang kau, berampus! Gaji, tolak separuh! Easy, right?

"Okaylah, aku pun dah penat. Actually, aku tak perlukan penjelasan kau pun. Kau pun kenal aku kan? Semua maklumat, dalam tangan aku. Termasuklah kebodohan pekerja-pekerja aku! Jadi, jangan samakan cerdik kau dengan cerdik aku."

Izz mengeluarkan pistol lalu menarik picu dan diacukan ke dahi Amri yang sedang menelan liur kasar.

"Go to the hell! See you...." Amri sempat melihat wajah kosong tanpa riak bosnya disebalik cahaya sambil tersenyum sinis sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Mayat Amri yang jatuh di atas lantai bersama kepalanya yang hancur dengan matanya terbeliak dilihat oleh mereka yang ada di dalam bilik penyeksaan itu.

Izz tersenyum puas. Darah yang terpercik di muka dan bajunya dibiarkan. Sudah biasa. Malah, lebih puas! Balik nanti mandi la. Apa susah?

Bau darah, tengok darah, pegang darah, tengok kepala bersepai,dah lali dalam hidup dia. Kalau benda itu yang buatkan dia puas, dia akan buat. Kalau dia cakap, dia akan buat. Polis tak pernah nak masukkan dia dalam penjara ke? Hello, adik yang tengah baca ni! Dengar eh! Polis tak akan berani tangkap dan tahan Izz. Sebab Izz lebih berkuasa. Izz lebih berpengaruh.

Bukannya dia tidak tahu semua pergerakan orang-orang dia. Jangankan anak-anak buah, keluarga, orang-orang dekat luar sana tu juga termasuk. Tiada siapa yang dapat lari daripada manusia yang digelar King dan bernama Tuan Izz Farhan Tuan Mokhtar.

Kau cakap dengan aku. Siapa yang tak takut dengan jejaka ini? Sudah la garang, bengis, dingin. Tetapi kacak dan sentiasa kelihatan tenang. Uhuks!

"Jay, macam biasa." Jay mengangguk.

Jay; Member rapat Izz yang ditugaskan untuk membersihkan mayat-mayat di dalam bilik penyeksaan. Selain itu, dia juga handal dalam menggunakan senjata dan mempertahankan diri.

"Amer, balik jom.. " Izz menghentikan langkahnya tatkala Amer menghalang.

"Kau tak boleh balik dengan keadaan macam ni. Mummy kau dengan Arena ada dekat rumah. Diaorang dah lama sampai. Zack bagitahu aku tadi."

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now