22

22.1K 1.2K 32
                                    

"Alang-alang semua dah ada dekat sini, kami sekeluarga datang membawa hajat. "

Mereka semua memandang antara satu sama lain. Ada yang berbisik. Keluarga Tengku ada hajat, wey!

Semua mata tertumpu pada Tuan Mokhtar yang duduk bersebelahan dengan mertuanya,Tengku Zachary yang duduk tenang menunggu ucapan dari menantunya.

"Apa dia? " Jawab Nicholas bagi pihak keluarga mereka.

Tuan Mokhtar memandang Tengku Zachary untuk meminta kepastian. Tengku Zachary mengangguk sedikit tanda 'teruskan'.

"Saya nak meminang Aisyah untuk anak lelaki sulung saya, Izz Farhan. "

Semua yang mendengar terkaku. Lidah terkelu. Ada yang melopong tidak percaya. Ada yang mendengus tidak puas hati.

Aisyah pula beriak tidak percaya. Dipandang wajah abang dan adiknya dengan wajah yang tertanya-tanya.

Apa semua ni?

Arena mendengus tidak puas hati di sebelah Tengku Maria. Kini, mereka berada di salah sebuah hotel di tengah bandar Itali. Menginap untuk beberapa malam sementara menunggu kepulangan keluarga mertuanya sekeluarga.

Sudah la ditinggalkan macam tu sahaja. Tanpa berita. Bila balik Villa, kena halau pulak! Siap baju-baju lagi kena campak tengah jalan.

Tak usah ditanya, tersangatlah malu. Dengan orang ramai lalu lalang. Lagi-lagi mereka orang yang ternama. Dan salah satunya, sugar daddy Arena,Ian Declan merangkap musuh ketat Izz Farhan.

Bukannya mahu ditolong. Malah, digelakkan pula tu. Nasib baik bagi wang yang banyak untuk mereka menetap seketika di hotel dan cukup buat makan dan Shopping.

"Aunty,apa semua ni! Rena tak suka la! Sejak perempuan tu muncul, kita tak ubah macam sampah!" Rungut Arena setelah menyapu lotion di sekitar anggota badan.

"Aunty pun tak tahu la Rena. Entah apa yang perempuan tu bomohkan. Tak faham la Aunty. Diaorang tengok kita, layan kita seolah-olah macam kita ni, pembunuh. "

"Tapi memang kita pembunuh pun kan? " Polos Arena menjawab bernada berbisik.

Kantoi!

"Shh! " Tengku Maria meletakkan jari telunjukkan di bibir tanda 'senyap'.

Arena mengetap bibir. Terlepas la geng!

"Kita kena rancang sesuatu, Aunty! Kalau perempuan tu berjaya pikat Izz, Arena tak ada peluang la nak kikis duit dia. Rugi la Rena! "

Tengku Maria angguk kepala setuju.

"What about..."

Mereka mula merancang sesuatu untuk menjatuhkan Aisyah daripada keluarga raya Tengku Zachary.

Ada masa mereka tersenyum sinis, ada masa mereka ketawa sinis. Bertepuk tampar sinis.

Aku tampar kau karang!



Aisyah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kaki dan tangan tak usah dikata, menggigil habis. Airiel dengan Ayad bukannya nak membantu, gelakkan adalah.


"Er... tapi kenapa tiba-tiba uncle? Saya baru je kenal keluarga uncle. Tak sampai setahun pun." Balas Aisyah dengan rendah dirinya.

Tuan Mokhtar tersenyum. Wajah anak lelaki sulungnya dipandang.

"Izz yang minta uncle masuk meminang Aisyah. Berkenan katanya."

Mahu sahaja Tuan Mokhtar menghamburkan tawanya tetapi ditahan. Kecil pulak hati si anak nanti.

Izz cemberutkan mukanya. Bukannya saja-saja nak kahwin. Kalau boleh, tak nak pun. Kalau bukan disebabkan tak ada plan lain, memang tak la dia nak ikut plan Danial.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now