Special Chapter 7

7.1K 480 38
                                    

"Ma, Izz mana?"

Soalan pertama yang ditanyakan oleh Aisyah setelah bangun daripada lenanya. Biarpun penat melahirkan si kecil masih lagi tersisa, namun tubuh si suami tetap mahu dicari. Bukan apa, daripada tadi dia berasa ada yang tidak kena. Macam ada sesuatu yang disorokkan oleh mereka semua.

Puan Millie diam tidak menjawab. Tetapi matanya tetap memandang anak perempuannya dengan mata yang redup. Hatinya sudah berdegup kencang. Tidak tahu mahu membalas apa.

"Ma, Aisyah tanya ni. Mana Izz?" sekali lagi Aisyah bertanya. Dengan soalan yang sama.

Masih lagi diam. Membuatkan Aisyah menghelakan nafas berat. Kenapa mama tak nak jawab? Kenapa mama pandang Aisyah macam tu? Kenapa semua orang macam sedih? Tak suka dengan kehadiran anak yang dilahirkan itu ke?

Satu lagi, mana Izz? Kenapa tak jenguk dia di sini? Walaupun sekali? Apabila ditanya, langsung tidak mahu menjawab. Apa petanda ini?

"Aisyah,"

Aisyah angkat wajahnya daripada terus menunduk bermain dengan jari. Senyuman hambar ditayangkan.

"Ya?"

"Aisyah perempuan yang kuat kan?" lambat-lambat Aisyah angguk kepala. Kenapa dengan mama ni? Tanya soalan macam tu pula.

"Mestilah. Kenapa, ma?"

Puan Millie mendiamkan diri lagi. Mencari kekuatan untuk memberitahu Aisyah tentang perkara yang sebenar. Wallahi, dia tak kuat. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk menjadi penguat semangat anak perempuannya itu. Sedangkan dia sendiri pun lemah.

Di saat mendengar cerita kehilangan menantu kesayangan, dunia terus berubah kelam. Hujan mula turun dengan renyai-renyai. Dia sudah menganggap Izz sebagai anaknya sendiri. Kalau dia pun tak kuat mendengar berita kehilangan itu, apa entah lagi Aisyah nanti.

"Mama-"

Percakapan Puan Millie terpotong tatkala pintu wad dibuka dari luar. Mereka sama-sama memandang ke arah pintu wad. Berpusu-pusu orang ramai masuk termasuk dengan Ayad yang mengusung troli dimana si kecil diletakkan.

Dalam diam, Puan Millie menghela nafas lega. Terima kasih kerana selamatkan keadaan.

"Nah! Anak kau. Comel macam aku. Hohoho!"

Danial yang mendengar sudah membuat muka sambil menjeling Ayad sekilas. Matanya kelihatan sembap. Membuatkan Aisyah tertanya-tanya. Kenapa dengan semua orang ni?

Tetapi rasa tidak sedap hati itu terus dibuang jauh-jauh. Matanya bersinar melihat si kecil yang berada didalam troli itu.

Anak ibu abah!

"Muka macam jamban tak siap, comel macam kau apa bendanya! Macam muka aku lah! Comel macam aku, hensem macam aku. Ikut muka kau buat apa. Heh!" bidas Danial.

Laju sahaja tangan Ayad menolak kepala Danial daripada belakang. "Kau pun sama. Dua kali lima. Muka kau lagilah macam jamban tak siap! Dah lah tak ada awek! Single! Kan, Suraya?"

Suraya yang mendengar namanya disebut itu, membuat muka tidak mengerti dengan keadaan. "Apa kena mengena dengan saya? Itu masalah kau orang, bukan masalah saya." dengan selambanya Suraya membalas. Dia sambung bermain dengan si kecil yang sudah terjaga di pangkuan Aisyah.

"Ei! Seorang single, seorang kena reject! Muka je hesmes, tapi tak laku. Hm, melah! Sebelew!"

Bila budak tiktokers dah sampai, habis segala yang ada ditiktok keluar daripada mulutnya. Siapa lagi kalau bukan Stella. Hm, ghisau!

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now