11

25.1K 1.3K 46
                                    

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Rome-Fiumicino Itali memakan masa hampir 18 jam. Mereka banyak menghabiskan masa dengan merehatkan diri. Aisyah pula tidak dapat melelapkan mata. Ada juga tapi sekejap. Itu pun terjaga disebabkan kapal berlanggaran dengan awan. Bukan main laju degupan jantung Aisyah. Maklumlah, kali pertama naik. Rasa gementar tu dari rumah sampai la tiba di destinasi tak hilang.

Tiba mereka di sebuah Villa di kawasan pedalaman. Tempat yang sungguh sunyi dan tenang. Berada di atas bukit. Bukan sahaja mereka yang tinggal di kawasan situ, ada lagi. Tapi tak ramai sebab ni kawasan orang-orang kaya memandangkan Villa-Villa dekat sini besar-besar.

Aisyah tergamam. Matanya bersinar-sinar memerhatikan kawasan sekeliling. Tersangatlah besar, cantik dan nyaman. Dan yang paling penting,tenang. Tempat yang dia mahu sekali. Sudah la besar. Kalau besar, mestilah ada taman, kebun, tempat beriadah, kolam. Dari halaman depan Villa lagi dah nampak betapa besarnya kolam renang di tingkat atas. Dan, kalau dilihatkan, dari tingkat atas dah nampak laut biru yang terbentang luas. Tersangatlah cantik! Memang tak dapat dinafikan.

Aisyah mengikuti langkah Tengku Lola sehingga ke ruang tamu. Nampak sangat yang dia ketinggalan sebab semua dah berkumpul sambil memejam mata erat di sofa. Ralit sangat tengok keadaan luar sampai tak perasan semua dah melabuhkan punggung di dalam Villa.

"So, since we have guest,we need to treat her well. Don't be rude. Understand? " Mereka mengangguk.

"Non fargli vedere il nostro lato oscuro. Non far sapere al nemico di lui. Fatto? (Jangan bagi dia nampak sisi gelap kita. Jangan biarkan musuh tahu pasal dia. Got it?)" Ujar Tengku Zachary berbaur amaran dalam Itali. Mereka yang mengerti mengangguk faham.

Aisyah, Tengku Maria dan Arena sahaja yang tidak mengerti percakapan Itali. Jadi, mereka hanya berbual dalam bahasa melayu ataupun Inggeris. Walaupun acapkali Tengku Maria dan Arena ke Itali, mereka masih mentah dalam budaya dan percakapan Itali. Kerana, mereka malas mahu mengambil tahu. Yang tahunya menghabiskan duit buat berbelanja sakan tak hengat dunia.

"Aisyah,jom aku tunjukkan bilik kau?" Aisyah mengangguk seraya itu, mengikuti langkah Eva. Lagipun dia mengantuk. Seharian berada di dalam kapal buatkan dirinya tidak selesa. Tengok la jam dah pukul berapa.

1.30 pagi waktu Malaysia weei!!

"Mar, kau dengan Arena pergi naik dulu.. "

"But, why? Mummy dengan Zaty boleh je dekat sini!" Tengku Maria menyatakan ketidak puas hatinya. Jay menggulingkan matanya ke atas.

"Orang cakap naik dulu tu, naik je la! Susah sangat ke? Nak kata bodoh, IQ tinggi!" Suara Jay sudah naik seoktaf. Pantang bila dua ekor si sewel tu tak dengar cakap.

Tengku Maria dan Arena mendengus kasar. Ntah apa yang nak dibincangkan sampaikan mereka tak dapat turut serta. Takkan la jadi bapak ayam kot?

"Fine!" Kan dah kata, kalau bertekak lidah dengan Jay, memang tak akan menang.

Mereka bangun dari duduk mereka lalu segera memanjat tangga naik ke bilik. Bilik Tengku Maria berada di tingkat 4 di mana terdapat Master bedroom dan dua lagi bilik yang lebih kecil saiznya berbanding dengan Master bedroom. Tuan Mokhtar dan Tengku Maria tidak sebilik sejak berkahwin lagi disebabkan rasa sayang pada Tengku Viviana masih kuat. Setia sungguh menantu Tengku Zachary ni.

Bilik Arena pula berada di tingkat 2 dimana bilik Aisyah,Eva dan Zaty terletak di situ. Bilik yang Arena dimiliki hanyalah biasa-biasa sahaja. Tak mewah mana pun. Tapi tetap tidak dapat memuaskan hati Arena kerana Aisyah mendapat lebih daripada dia. Bilik Aisyah lebih mewah. Tapi tak semewah bilik Eva dan Zaty. Padahal bilik mereka bertiga sama sahaja. Bilik Arena sahaja yang lain.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now