61

23.6K 1K 103
                                    

Izz dan yang lain mula berlawan. Tiada seorang pun anak buah Declan yang terlepas macam apa yang mereka rancangkan.

Semuanya mati tanpa sempat mengucapkan apa-apa perkataan. Terlalu cepat.

"Danny! Jaga-jaga! " jerit Amer dari arah lain.

Danny yang sedikit leka itu terus tersedar dan mengelak laju. Dia menghela nafas sedikit sebelum menembak anak buah Declan itu tepat pada bahagian dada.

Anak buah Declan itu rebah dengan darah yang berlumuran. Matanya terbuka. Begitu juga dengan mulutnya. Ngeri sangat!

"Arshad, report! "

Izz memandang sekelilingnya. Kebanyakannya masih lagi tengah berlawan. Ada yang berlawan sehingga 3 orang dan sebagainya.

Tenaga anak-anak buah Declan bukan macam apa yang mereka sangkakan. Mereka sangkakan yang mereka semua ni terlalu kuat. Tetapi sebaliknya. Badan sado tapi lemah. Pergi menjual je la macam tu.

"Floor 2 and 3, everything is clear. Faster before someone notices you."

Izz mengangguk sedikit. Dia mendongak memerhatikan tingkat kedua dan ketiga sebelum mendaki naik dengan langkah berjaga-jaga.

"Send half of the backup team to help me. Urgently needed."

Dia melihat sekeliling. Mayat-mayat bergelimpangan yang menghalang laluannya itu ditolak tepi menggunakan kaki.

Bau darah mula memenuhi ruangan tingkat itu tetapi langsung tidak menghalang Izz daripada terus mencari keberadaan isterinya.

Tiba dia di tingkat ketiga yang terdapat 3 bilik berlainan warna pintu. Izz berdiam diri seketika. Pintu-pintu bilik itu diperhatikan sebelum salah satu bilik dia dekati.

Pintu yang terkunci itu ditendang kuat sehingga terbuka. Kosong.

Izz berlalu ke bilik yang kedua. Sama seperti tadi, pintu itu ditendang kuat sehingga terbuka. Kosong juga.

Ke mana mereka bawa isteri aku?

Anak matanya merenung tajam pada bilik di hujung tingkat tiga itu. Tak mungkin mereka bawa isteri aku jauh dari sini sebab tempat ni dah kena kepung.

Jari telunjuknya dibawa ke telinga. "Arshad, set bomb time. 20 minutes from now. Inform the others too."

"But... "

Earpiece itu dicampak ke tepi. Dia tiada cara lain lagi selain daripada bersemuka dan berlawan dengan mereka berdua.

Dia masih ada lagi 19 minit sebelum gudang ini meletup dan musnah.

Pintu bilik itu direnung. Belum sempat dia mahu menendang, pintu bilik itu terlebih dahulu terbuka dari dalam.

Terhidang susuk tubuh Aisyah dan Arena yang mempunyai kesan lebam-lebam di muka dan kelihatan sangat lemah dari biasa. Sah! Mereka dipukul oleh Declan dan Aqif!

Tak guna!

"Not too fast, King! " Declan dan Aqif masing-masing tersenyum sinis. Suka mereka melihat wajah bengis King itu.

King tak dapat berbuat apa-apa selagi isterinya masih di dalam tawanan kami. Hanya ada satu cara sahaja untuk mendapatkan tempat tertinggi di dalam dunia mafia itu, iaitu dengan ugutan membunuh.

"What have you done with my wife, bitchess!" kelantangan suara Izz membuatkan ruangan itu bergema.

Tetepi, langsung tidak menakutkan Declan dan Aqif. Malah, mereka makin ketawa sinis sehingga berdekah.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now