15

23K 1.2K 27
                                    

Aqif menghembuskan asap rokok nya di udara. Matanya tak lepas daripada memandang sekunjur tubuh yang sedang berjalan jauh dari tempat dia berdiri.

Muhammad Ayad. Adik bekas tunangnya yang melarikan diri.

Dekat sini rupanya tempat dia belajar. Patutla aku cari merata dekat kampung, tak jumpa. Bersembunyi dekat sini? Pandai kauorang cari tempat. Nice place, and will be a nice game!

Seraya itu, dia meloloskan dirinya ke dalam keretanya yang dipandu oleh orang suruhannya. Perlahan-lahan kereta itu pergi daripada perkarangan universiti dan membelah jalan raya yang sesak dengan kenderaan.

Dalam diam, Ayad nampak semuanya. Dari selepas dia keluar bersama Ryan daripada kondo lagi dah nampak kereta itu. Kereta bekas tunang kakaknya.

Aqif Awatif Ahmad Zaidi.

Lelaki yang membuatkan kakaknya menjadi trauma. Lelaki yang mahu menghancurkan hidup kakaknya. Lelaki yang penuh ayat manis tetapi terselit dengan bisa yang mampu membuatkan sesiapa sahaja menggadaikan maruah mereka. Kecuali, kakaknya.

Mahu sahaja dia berdepan dengan Aqif tapi disebabkan selepas ini, kelas Prof. Misai Garang, tak dapat la. Gaduh karang, kena denda.

Mahu kena piat dengan nenek.

Telefon dikeluarkan daripada poket jeans hitamnya. Nombor seseorang didail sebelum telefon itu ditekapkan di telinga belah kanan.

Ryan yang melihat Ayad memberhentikan langkah,dia ikut sama. Kata kawan, kena la tunggu.

Kening Ryan bertaut tatkala Ayad bercakap dengan telefon menggunakan nada yang dingin dan serius. Boleh terkencing aku macam ni!

"Mateo, aku ada job untuk kau. Baik punya.. " Ujar Ayad seraya tersenyum sinis.

Creepy!









Suraya duduk berseorang di salah sebuah meja di perpustakaan. Tangannya menyelak satu per satu helaian muka surat buku yang dibacanya. Sambil-sambil itu, dia melirik pada jam tangan pemberian Haura tahun lepas. Hadiah hari ulang tahun.

Mana dia ni? Kata pukul 2 petang? Ni dah pukul 2.30 petang. Sudahla belum jenguk ibu dekat hospital. Harap-harap ibu faham keadaan yang dia hadapi sekarang ni.

"Lama dah tunggu?"

Lantas Suraya menundukkan pandangannya. Bagi dia, lelaki dihadapannya ini penuh dengan aura yang menyeramkan. Seperti seorang mafia. Tak pun perogol. Tak pun perompak. Ye tak?

"Er... tak. Ba... baru je.. " Lelaki itu mengangguk.

Komputer riba yang tersimpan di dalam beg galasnya dikeluarkan lalu dibuka.

"Maklumat yang suruh aku cari tu, kau dah dapat? "

Suraya mengangguk seraya menghulurkan buku nota yang tersimpan segala maklumat-maklumat penting untuk mengulangkaji pada lelaki itu.

Lelaki itu mengerutkan dahi. Namun, tangannya tetap mencapai huluran Suraya.

Ditilik setiap muka surat yang terconteng dengan fakta-fakta dan maklumat yang mereka perlukan untuk kerja kumpulan.

Tulisan kemas! Dan, tepat apa yang mereka perlukan.

Selepas lelaki itu tilik dan baca, lelaki itu taip di dalam komputer. Dari mula sampai habis. Matanya tak lekang daripada skrin komputer ribanya.

Leka Suraya memerhatikan raut wajah rakan kumpulannya yang kacak sehingga tak sedar yang dia turut di perhatikan.

Lelaki itu tersenyum senget. Kantoi!

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now