20

22.8K 1.2K 89
                                    

'You should marry her.'

Izz mengeluh kasar. Wajahnya di raup. Serabut! Lepas sahaja dia menghantar Aisyah pulang ke Villa, terus dia balik ke rumahnya. Then, lepas sahaja Danial mengutarakan ayat itu, dia hanya berdiam diri. Memikirkan masa depan.

Tanya sepatah, dijawab sepatah. Dan dia langsung tidak dapat menumpukan perhatiannya. Badan tiba-tiba terasa lenguh. Kepala jadi pening. Hebat betul penangan ayat Danial.

Anak mata hazelnya memerhatikan langit hitam yang dihiasi dengan bintang-bintang dan kecerahan bulan. Bunyi cengkerik dan juga air pancut di halaman tidak membuatkan keadaan menjadi sunyi.

Apa yang perlu dia buat? Patut ke ikut rancangan Danial? Patut ke aku kahwin dengan Aisyah?

Patut ke guys?

"Tok mummy? " Panggil Aisyah setelah membersihkan diri. Pakaiannya sudah bertukar menjadi baju tidur berlengan panjang.

Tengku Lola menoleh lalu tersenyum. Frame yang berada di tangannya diletakkan di atas meja. Tengku Lola mengamit Aisyah supaya duduk di sebelahnya di atas sofa.

Aisyah akur. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Tengku Lola. Dia tersenyum sebelum matanya tertacap pada sebingkai gambar dimana terdapat sebuah keluarga yang bahagia. Tengok senyuman sahaja dah tahu.

Sebuah family potrait. Seorang lelaki dan seorang perempuan duduk tersenyum di atas kerusi. Dan dua orang lelaki lagi berdiri segak di belakang kerusi. Mereka tersenyum gembira.

Persoalannya, siapa keluarga ini? Nampak seperti Tuan Mokhtar.

"Itu keluarga Izz. Perempuan tu, anak tok mummy. Tengku Viviana. Mama Izz dengan Danial. " Aisyah menoleh.

Kelihatan Tengku Lola tersenyum nipis sambil memandang bingkai gambar itu.

"Dia dah lama pergi. Beberapa tahun lepas. Sampai sekarang, polis tak dapat cari mayat dia walaupun sudah bertahun-tahun. Nak kata hidup lagi,mana dia sekarang? Nak kata dah mati, mana mayat dia? "

Aisyah mengangguk faham. Macam tu rupanya ceritanya.

"Then, polis still cari tak? "

Tengku Lola menggeleng.

"Benda dah bertahun-tahun, Aisyah. Sampaikan polis pun dah penat nak mencari."

"So, Tengku Maria tu bukan mak kandung Izz dengan Danial? " Tengku Lola mengangguk mengiyakan.

Patutla Tuan Mokhtar acuh tak acuh je layan Si Biskut Marie tu. Padan muka! Berlagak macam Puan Besar! Ntah-ntah biskut marie tu punca mama Izz hilang?

Entah, andaian je! Hehehe!

"Oh ni, tok mummy. Aisyah nak tanya. Puasa nanti boleh tak Aisyah balik Malaysia? Aisyah nak puasa sama-sama dengan Ayad dan nenek."

Rasa teruja nya disembunyikan. Takut dicopkan sebagai perempuan gila!

Tengku Lola tersenyum hambar. Tangan Aisyah digenggam erat. Wajah Aisyah yang penuh dengan keceriaan dan keterujaan dipandang sayu.

"I'm sorry, Aisyah. You can't. Tok daddy doesn't tell the truth if you comes back alone. And if possible, tok daddy would not allow anyone to leave the country without his instructions."

Pernyataan yang cukup membuatkan Aisyah tergamam seribu bahasa. Tak boleh balik la ni?

Aisyah menghela nafas. Bibirnya mengukirkan senyuman palsu. "Tak pe la, tok mummy. Aisyah okay. Nanti Aisyah bagitahu Ayad dengan nenek. Mesti diaorang faham. "

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now