26

22.1K 1.1K 54
                                    

Pernikahan dan persandingan diantara Izz dan Aisyah berjalan dengan lancar. Beribu-ribu tetamu dari belah lelaki dan perempuan yang datang. Ada yang datang dari Itali. Ada yang datang dari Spain. Ada yang datang dari Rusia dan ada yang datang dari Perancis.

Kenalan-kenalan Izz, keluarga Tengku, keluarga Tuan, dan juga keluarga Nichole. Tak dilupakan juga dengan saudara mara dan kawan-kawan mereka berdua.

"Aisyah? "

Aisyah menoleh ke tepi. Susuk tubuh Tengku Lola terhidang di depan matanya. Tengku Lola berjalan menghampiri Aisyah gayanya mahu berdiri menghormati. Lantas Tengku Lola menghalang.

Dia tak suka berformal sangat. Cukuplah anak-anak buah suaminya yang menunduk hormat. Tidak perlukan menantu anaknya menambah lagi.

"Kenapa Aisyah tak naik lagi? Mata tu pun dah kuyu. " Tanya Tengku Lola selepas menghenyakkan punggung di atas sofa.

Aisyah menggaru kepala tidak gatal. "Er... Aisyah tunggu Izz. Malu la masuk bilik orang. "

Tengku Lola tergelak kecil. "Apa yang nak dimalukannya? Bilik tu kan bilik Izz. Bukannya bilik sesiapa pun. Pergilah naik, bersihkan diri. Dah lewat malam ni. "

"Tapi, Izz..." Tengku Lola terlebih dahulu memotong.

"Izz lama lagi. Masih layan tetamu dekat luar. "

Lama kelamaan, Aisyah tertunduk mengikut arahan. Tak ada guna lagi nak bertekak Malam-malam ni. Semua orang penat. Dari subuh sehingga pagi keesokkan harinya, kehulur kehilir membuat kerja. Jadi pasangannya lagi, layan tetamunya lagi.

Jadi, kalau macam ni la penatnya, lebih baik hidup sebagai anak dara. Single is better!

Sampai sahaja Aisyah di depan bilik Izz, dia memulas dahulu tombol pintu sebelum melangkah masuk ke dalam. Kalau ikutkan, ini lah bilik Izz yang dikatakan oleh Danial tadi.

Nak cari bilik pun, dah sesat. Apatah lagi nak ke dapur, ke bilik lain. Boleh pengsan la macam ni!

Segenap ruang bilik itu diperhatikan oleh Aisyah. Cantik dan kemas. Warna dinding bilik yang sesuai dengan perwatakan Izz, susunan perabot mahal. Tersangat lah mewah. Dengan kekemasannya lagi.

Entah dia buat sendiri ataupun suruh bibik. Ye tak?

Kalau bibik yang buat,kenapa tak nampak langsung kelibat? Haa? Never mind!

Bukan masa untuk menjawab teka teki. Sekarang masa untuk bersihkan diri, tukar baju, buang makeup. Buang segala benda yang merimaskan.

Tudung shawl berwarna gold dibuka daripada membalut kepalanya selepas membuka mahkota kecil yang terhias di atas kepalanya. Bila ditilik muka depan cermin, TERKEJUT DEN!

Serupa minah kephochi sebelah rumah! Dah tak nampak seri pengantin bila pakai makeup. Bila tanggalkan, nampak pulak seri tu.

Menyorok mana tu?

Tanpa berfikir panjang, Aisyah mencapai sehelai tuala dan sepasang baju tidur serta pakaian dalamnya lalu dibawa masuk ke dalam bilik air.

Tak ke naya kalau orang tiba-tiba terjah masuk masa dia tengah pakai baju? Allahuakbar! Tak boleh nak bayangkan m acam mana keadaanya.

Beberapa minit selepas itu, Aisyah keluar dalam keadaan yang segar. Badan bersih, baju bertukar. Haish!

Dan apa yang tak disangkanya, Izz sudah ada di dalam bilik. Sedang duduk di birai katil sambil bermain dengan telefonnya. Suit perkahwinan mereka sudah ditanggalkan dan hanya meninggalkan tuala bagi menutupi bahagian atas pusat sehingga atas lutut.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now