53

18.5K 1K 19
                                    

"Kenapa kau cakap macam tu dekat anak-anak buah aku? "

Izz tersenyum sinis. Sudah agak apa yang akan berlaku. Pasti Airiel bertanya mengapa dia berkata sebegitu.

"Sebab kau terlalu ambil mudah. Lagi-lagi dalam bab pemilihan anak buah. You treated them too well, Airiel. Sampaikan kau kena pijak, kau kena khianat pun tak sedar. " Airiel mengerutkan dahinya.

"Apa yang kau merepek ni? Habis tu, kau nak kata kau paling pro la dalam pemilihan anak buah ni? " soal Airiel bernada tidak puas hati.

Cara Izz bercakap macam dia nak merendahkan aku. Even dia ada gelaran paling istimewa, dia berpengaruh, dia berkuasa, tapi tak semudah itu dia boleh rendahkan orang sesuka hati.

Then, sekarang ni? Dia nak tuduh anak-anak buah aku pula dan kata aku tak pandai dalam hal-hal ini?

"If I say, yes? "

Airiel mendekati dan berdiri tegak di hadapan Izz yang berpeluk tubuh. Anak matanya menikam tepat ke dalam anak mata hazel gelap milik Izz Farhan.

"Then, prove it." bisikan Airiel itu membuatkan Izz Farhan tersenyum senget.

Wanna play with me, Airiel? Okay then, I will show you how to shoot accurately.

"Kita jumpa dekat dalam bilik menembak. We will see, siapa yang paling handal dalam menembak dan cara anak-anak buah kau belajar menembak. Izz Farhan atau Muhammad Airiel. " bisik Izz kembali seraya itu menepuk-nepuk bahu Airiel dan berlalu pergi.

Airiel mengetap giginya dengan kuat. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah. Dia betul-betul mencabar aku.
















"Jangan kau ingat yang kau dapat lari daripada berdepan dengan aku, Paul. Kita tengok, Airiel akan percayakan kau lagi atau tidak. Bila kau dah bersua muka dengan aku, itu bermakna yang kau dah masuk ke dalam blacklist aku. Ingat tu! " bicara Izz perlahan bernada sinis semasa berselisihan dengan salah seorang anak buah Airiel yang bernama Paul untuk masuk ke dalam bilik menembak.

Seraya itu, Izz berlalu masuk ke dalam bilik menembak dengan wajah yang tenang. Tiada langsung riak gelisah atau gerun untuk berlawan dengan abang iparnya.

Siapa Airiel nak dia takut abang iparnya itu? Setakat abang ipar, jentik je la. Harap badan je tegap tapi kebudak-budakan.

Paul mengetap bibirnya rapat. Hatinya berdebar-debar setelah King berkata sebegitu. Tak lama lagi, terbongkar lah apa yang dia cuba rahsiakan selama ini.

Itu juga bermakna, yang tak lama lagi riwayatnya akan berakhir sama ada di tangan King mahupun Master.

Master bukan la apa yang seperti dia fikirkan. Apabila ketuanya diserang perasaan marah, habis semua terbalik. Semuanya jadi salah. Dia akan mengamuk sehingga membuatkan orang ketakutan. Tiada sesiapa lagi yang berani untuk menenangkan Master ketika marah.

Kecuali seorang lelaki bernama Reed. Dia lah lelaki yang paling rapat dengan Master walaupun bukan berasal daripada negara ini.

Dia la satu-satunya lelaki yang tak pernah takut dengan Master. Master dengan Reed bagaikan adik beradik. Tidak pernah berenggang sehinggalah Master sendiri yang menghantar Reed ke Malaysia.

Apa tujuannya pun, dia tidak tahu memandangkan dia hanya merupakan seorang pengawal yang berjaga di luar.

Sabar, Paul. Sabar. Kau kena yakin yang identiti kau tidak akan terbongkar. Kau kena pandai bermain dengan permainan King. Dan kau kena bijak mengawal air muka.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now