60

20.5K 1.1K 123
                                    

"King, "

Izz yang termenung itu terus tersedar. Lantas di bergerak mendekati Arshad. Arshad meletakkan komputer ribanya di atas meja untuk memberi kesenangan kepada Izz dan Luna untuk melihat.

Anak mata hazel Izz ralit memerhatikan kawasan yang dijumpai oleh Arshad dan Amer itu dengan tajam. Begitu juga dengan Luna yang turut diam memerhati.

Sampai ke situ mereka sorokkan Aisyah? Kejam betul la dia orang ni! Orang tengah mengandung, sibuk nak culik.

Entah otak letak dekat mana. Tak berperikemanusiaan betul! Kita pula yang geramnya!

Suasana tegang dapat dirasai oleh Luna secara tiba-tiba. Jangan cakap yang...

"Kumpulkan anak-anak buah! Siap sedia tepat jam 9 malam Call Airiel minta bantuan! Jangan biarkan ada seorang diantara mereka terlepas."

Izz mengemaskan segala peralatan di atas mejanya dengan kadar segera. Butang kecemasan yang tersedia di dalam telefonnya ditekan dan berlalu keluar dari ruang pejabat dengan muka yang tegang.

Selepas sahaja butang kecemasan itu ditekan, serta merta alarm di markas berbunyi dan anak-anak buah Izz terus bersiap sedia memandangkan ada lagi 2 jam sebelum pertempuran bermula.

Mereka langsung tidak takut bertempur. Mati menegakkan keadilan, buat apa nak takut. Mereka berkerja pun, berkhidmat untuk ketua mereka sahaja. Full time! Gaji pun sentiasa masuk. Halal punya okey!

"Aku nak ikut. " Luna menyuarakan kata putus. Dia turut bangun dari duduknya lalu mengikuti langkah Izz.

"No! "

Serentak Amer dan Arshad menghalang. Mereka menghalang laluan Luna yang mahu mengikuti langkah Izz.

"Kenapa!" Luna menghentakkan kakinya tanda protes. Nak jadi macam abang aku la tu!

Overprotective!

"Nanti kau cedera, kami juga yang susah. Kami yang kena hukum. Bukan kau. Lagi-lagi, kau tu anak Kapten Hanif." Arshad mengangguk setuju.

Apa? Ingat Kapten Hanif tak garang ke? Antara Izz dengan Kapten Hanif, Kapten Hanif lagi garang tau.

Silap-silap, boleh mati terkejut kalau dengar dia jerkah orang.

"Apa kena mengena papa aku dengan kau orang? Masalah sekarang ni, aku nak ikut sebab aku nak selamatkan kakak kembar aku. Takkan itu pun salah? " Luna menyuarakan ketidakpuashatinya sambil memeluk tubuh dan mencemberutkan wajahnya.

"Selamat tak selamat, kau tetap tak boleh ikut dan tak boleh pergi. Full stop! Balik rumah kau, buat solat hajat supaya kakak kembar kau selamat tak kena bunuh dengan jantan tu. "

Seraya itu, Amer dan Arshad melangkah keluar daripada bilik kerja Izz dengan segera. Ada lagi beberapa jam sebelum mula bertempur.

Sempat la mereka menyiapkan diri.

Luna menjerit kegeraman.

Ada je yang tak kena! Nak tolong kakak sendiri pun salah ke! Susah la jumpa dengan orang yang overprotective ni!

Ergh! Penat la! Panas hati aku!















Arena berjalan perlahan mendekati bilik yang didiami oleh Aisyah. Setelah apa yang dia berlaku, dia baru sedar.

Tak semestinya apa yang kita nak, akan dimiliki. Keputusan dia untuk mengikuti Declan tersangatlah salah. Dia menyesal.

Tapi, menyesal sekarang tak berguna. Nasi dah jadi bubur. Sekarang ni, untuk menebus kesalahan dia pada Izz, dia mahu menyelamatkan Aisyah terlebih dahulu.

Dia Mr. Mafia ✔️ Onde histórias criam vida. Descubra agora