SPECIAL PROLOG

35.1K 1.4K 526
                                    

‼️ IMPORTANT ‼️

Author telah pun TUKAR nama FIRST LEAD CHARACTER iaitu Harraz Naufal. Author dapat tau yang nama Harraz Naufal ni merupakan nama dalam salah sebuah novel Anjell, Tundukkan Playboy Itu dan novel itu juga telah diadaptasi sebagai drama.

Jadi untuk elakkan sebarang tuduhan plagiat atau kekeliruan, Author buat keputusan untuk tukar nama Harraz Naufal ke Harraz Falikh. Author telah pun buat perubahan nama di season 1 dan juga beberapa chapter di season 2.

TETAPI jika readers nampak nama Harraz Naufal tidak di tukar, sila tinggalkan tanda / komen supaya Author boleh tukar nama tersebut. Setahu author, tiada lagi penulis lain guna nama Harraz Falikh tapi kalau ada, let me know.

Author harap korang faham dan jangan pelik kalau nampak nama Harraz Falikh kerana Harraz Falikh tetap suami kepada Fleur Sophia dan abang kepada Vincy Ilham. Thank You.

___________________________________________

10 January 20X5

Fleur Sophia dan Harraz Falikh melangkah masuk ke dalam satu ruangan peribadi yang agak luas untuk adakan sesi temubual bersama dengan para wartawan. Sebaik sahaja koleksi aksesori Puan Mariana di lancarkan, bermacam jenis riaksi yang pihak mereka terima sehingga ada yang sanggup menyebarkan fitnah yang agak tidak bermoral.

Selepas perbincangan bersama dengan keluarga Harraz, pihak Puan Mariana bersetuju untuk adakan sesi temubual antara Harraz dan Fleur sahaja. Kelima - lima abang Fleur turut berada di situ, perhatikan setiap gerak geri wartawan dan pertanyaan mereka.

Dua orang remaja yang baru sahaja berusia 15 tahun itu melangkah pergi ke bahagian hadapan sekali yang terletak sebuah meja yang ajak panjang dan dua buah kerusi. Harraz tarik kedua - dua buah kerusi itu dan beri ruang agar Fleur duduk dahulu, baru lah dia ambil tempat di sebelah gadis itu.

Dihadapan mereka berdua sekarang, terdapat ramai wartawan, ada yang sudah bersedia dengan buku dan pen di tangan. Ada juga yang tidak berhenti menekan butang tangkap gambar pada kamera yang mereka bawa.

Harraz ambil mikrofon yang terletak di atas permukaan meja,

"Assalamualaikum, selamat petang. Pada yang belum kenal kami, nama saya Harraz Falikh dan gadis di sebelah saya adalah Fleur Sophia. Tanpa membuang masa, saya rasa kita dah boleh mula sesi soal jawab. Mulakan dengan pertanyaan berkenaan koleksi aksesori yang baru dilancarkan, selepas habis bertanya soal kerja baru kita akan teruskan dengan soalan peribadi" ujar Harraz sopan.

Harraz dan Fleur sebenarnya sudah bincang terlebih dahulu, mereka akan jawab soalan mengenai aksesori barulah bergerak ke soalan yang agak sedikit peribadi. Berdiri lah seorang demi seorang wartawan untuk tanya serba sedikit tentang aksesori Puan Mariana yang baharu. Tidak banyak pun soalan berkenaan kerja yang mereka berdua terima, tidak sampai lima soalan. Nampak sangat wartawan di situ semuanya datang dengan soalan berkenaan kehidupan dua orang remaja ini.

"Tiada dah ke soalan berkenaan aksesori?" Harraz bertanya untuk kepastian.

"Kalau tiada..saya rasa-" Harraz lihat Fleur sebentar sebelum kembali bersuara, "kita boleh teruskan dengan soalan peribadi".

Ketika Harraz buka sahaja sesi untuk soalan peribadi, ramai wartawan angkat tangan mereka untuk bertanya.

"Kita mula wartawan dari depan la. Dari kanan ke kiri. Kalau ada yang nak tanya boleh tanya tapi ikut turn. Kalau tak ada yang nak bertanya boleh pas kan sahaja mic tu pada wartawan seterusnya" Harraz buat keputusan sendiri lepas lihat lebih dari enam orang wartawan angkat tangan mereka. Daripada dia pilih, lebih baik wartawan itu yang ambil turn sendiri.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now