《 3 》

15.6K 1.2K 368
                                    

"Adik, petang tadi adik jumpa dengan Harraz ke?" Tanya Emir yang sedang duduk di sofa dalam bilik Fleur.

"Mana abang tau?" Fleur sudah pusingkan kerusi kerjanya hendak lihat Emir.

Emir tunjuk skrin telefonnya pada Fleur. Laju sahaja gadis itu bangun dan pergi ke arah Emir. Seperti biasa, setiap kali lepas Harraz jumpa Fleur, lelaki itu pasti akan upload gambar Fleur di instagram storynya.

"Instagram story ke nyah?" Tanya Amsyar hendak tau.

"Haah" balas Emir sepatah.

Gambar Fleur ketika membuat kerja di pejabat petang tadi berada dalam instagram story Harraz. Pasti lelaki itu snap senyap - senyap tanpa pengetahuan Fleur. Fleur tersenyum kecil lihat gambar itu, sudah lama rasanya Fleur tak nampak Harraz upload gambarnya di instagram story milik lelaki itu.

"Untunglah.." suara Fathi sudah kedengaran.

"Korang bukan baru first time ke jumpa sejak Harraz pindah kerja ni?" Tanya Dayyan.

"Hm" Fleur mengangguk.

"Kenapa Harraz pindah kerja ea? Sedangkan dia kerja dekat Johor tu dah elok dah, marine pilot kot kerja dia dekat sana" tanya Amsyar keliru. Sayang betul Harraz lepaskan kerjanya yang satu itu.

Semua mata sudah pandang ke arah Fleur, "memang la kerja marine pilot tu nampak gah..tapi kalau diberi pilihan, antara kerja bergaji lima ribu dengan gaji tujuh ribu..abang rasa abang pilih yang mana?" Fleur jawab pertanyaan Amsyar dengan sebuah persoalan.

"Maknanya tawaran gaji dia dekat sini lagi tinggi la?" Aisy sudah turut bersuara.

"Ye" Fleur kembali ke meja kerjanya.

"Dia kerja apa sebenarnya dekat sini?" Emir masih kekeliruan. Tak kira la berapa kali Harraz terangkan padanya tentang pekerjaan lelaki itu, Emir tetap tak dapat nak faham.

"Something..with oil and kapal, tapi bukan offshore. Entahlah Fleur sendiri tak tau" gadis itu sudah cukup serabut dengan kerjanya, bila fikir tentang kerja Harraz, makin berpusing kepala gadis itu jadinya.

"Fleur gaji berapa? Gaji bersih" Amsyar masih bertanya.

Fleur angkat sepuluh jari tangannya, "10 ribu?" Soal Amsyar untuk kepastian.

"Ye"

"Maknanya Fleur lagi kaya la dari dia kan?"

"Mungkin" balas Fleur was - was.

"Not bad adik aku ni" Amsyar kembali bergolek atas tilam Fleur.

"Eh tapi okay la Harraz kerja baru berapa tahun gaji dia terus dah up sampai macam tu. Aku dulu start kerja gaji RM1300 je" sampuk Aisy.

"Sekarang berapa?" Soal Dayyan.

"Up la sikit, lima macam tu..kalau OT lain la kira"

"Ala Aisy, kau OT bukan sekali dua. Kalau boleh setiap hari kau ber-overtime dekat tempat kerja tu" sindir Amsyar.

"Itulah, mesti gaji nya pun membuak buak" sampuk Fathi.

"Antara kita ni kan, korang rasa gaji siapa paling banyak?" Amsyar sudah mula main teka - teka.

"Engkau la kan? Kau gaji starting je dah tiga ribu, orang lain starting seribu lebih je ha" balas Emir lantang.

"Tak la mana ada. Aku bawah sikit dari Fleur, sembilan something" nafi Amsyar.

"Siapa lagi kalau bukan abang sulung kau" Aisy sudah lihat Dayyan yang duduk tak jauh darinya.

"Ai aku pula?"

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now