EPILOG

18.6K 1K 573
                                    

Harraz Falikh duduk di sebelah Fleur Sophia seraya hulurkan secawan air ZamZam buat si isteri.

"Baca bismillah, baca selawat" Pesan Harraz apabila Fleur sudah ambil cawan kertas tersebut.

Fleur akur dan buat seperti yang Harraz suruh. Mata Harraz tertumpu pada Fahnaz Abizar yang sedang merangkak di hadapan mereka.

Bukan main laju lagi si kecil itu merangkak sekarang. Jangan kata merangkak, berdiri dengan sendiri pun Fahnaz sudah boleh lakukan.

"Fahnaz" Harraz dan Fleur tiba - tiba terdengar suara Fathi membuatkan keduanya menoleh untuk cari kelibat lelaki itu.

"Mana budak yang beruntung sangat tu? Ha? Sambut hari jadi pertama dia dekat Madinah" Fathi terus dukung Fahnaz.

"Eh orang lain kan, sambut hari jadi buat majlis tau tapi Fahnaz ni sambut hari jadi pertama dekat Masjid Nabawi, tak aci betul" Fathi besarkan matanya, seolah menjeling si kecil.

Fleur hanya tertawa kecil seraya menggelengkan kepala.

"Selamat ulang tahun anak buah kesayangan paksu" Bisik Fathi perlahan.

"Dua daripada tiga hajat sayang sudah tercapai. Nak bawa Fahnaz ke tanah suci dan nak beri Fahnaz merangkak dalam Masjid Nabawi. InsyaAllah esok, kita akan bawa Fahnaz merangkak dan berjalan di Masjid Quba pula" Kata Harraz seraya lihat wajah si isteri.

"Alhamdulillah, rezeki Fahnaz sungguh" Tak beralih Fleur lihat anak lelakinya itu tertawa dengan Paksunya.

Harraz terus lihat wajah Fleur yang ditutupi niqab. Dari sisi sahaja, Harraz dapat lihat keindahan mata Fleur Sophia. Makin lama, mata itu makin bersinar membuatkan Harraz tidak boleh lepas daripada melihatnya.

"Sayang" Panggil Harraz.

Fleur tolehkan wajahnya, "Ye?"

"Terima Kasih sebab kuat, terima kasih sebab bertahan. Terima kasih sebab terima abang dalam hidup sayang. Abang bukanlah seorang yang sempurna tapi abang boleh pastikan pada sayang yang cinta abang pada sayang makin lama makin besar. Abang cuma mampu untuk berdoa agar Allah tarik nyawa kita berdua di waktu yang sama dalam keadaan husnul khotimah kerana abang tak akan mampu untuk bahagia tanpa sayang di sisi" Ucap Harraz baik. Dalam sungguh pandangan Harraz sekarang.

Fleur tersenyum, "Nak pegang ke tidak, nak pegang ke tidak" Fleur seolah berfikir.

"Pegang apa sayang?"

"Pegang muka abang ni la. Sayang nak pegang, tapi nanti wudhuk sayang batal pula" Kata Fleur.

Harraz terus capai tangan kanan isterinya dan bawa ke pipi. Terbeliak mata Fleur dibuatnya, "Wudhuk boleh ambil semula" Kata Harraz selamba.

"Memang la boleh ambil semula tapi tempat nak ambil wudhuk jauh tau tak? Lepastu sayang nak kena buka tudung lagi, niqab lagi, stokin, handsock" Bebel Fleur.

"Jangan mengeluh sayang" Harraz menutup mata seraya tersenyum indah. Tangan Fleur di pipinya di usap dengan lembut.

"Bukan mengeluh tapi, ish dah la" Fleur biarkan sahaja dan cubit pipi Harraz sedikit kuat.

"Aduh sayang, sakit" Harraz terus buka matanya.

"Padan muka" Fleur jeling sebentar Harraz di sebelah sebelum cari kelibat anaknya.

"Hebat tak suami kau ni?" Amsyar tolak sedikit bahu Ayra, meminta perhatian dari isterinya yang sedang seronok memakan ais krim.

"Hebat sebab?" Ayra seolah tidak berminat.

"Orang lain, bawa bini dia pergi honeymoon dekat Turki, dekat New Zealand, tapi aku bawa kau honeymoon dekat Tanah Suci. Nak bagi insaf sikit, asik belasah orang je" Amsyar menyindir sedikit.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now