《 55 》

11.3K 951 372
                                        

Harraz Falikh berlari terus naik ke bahagian unit jagaan rapi dan sebaik Harraz sampai di atas, kebanyakan ahli keluarganya sudah berada di situ.

Harraz terus bergerak ke Encik Zakwan, "Kenapa? Apa jadi?" Soal Harraz dalam keadaan termengah.

"Jantung Fleur berhenti berdegup selama 10 saat tadi, tiba - tiba je. Doktor pun tak tau kenapa sebab mesin masih hidup. Tapi alhamdulillah sekarang jantung Fleur kembali berdegup walaupun lemah" Terang Encik Zakwan.

Harraz terus sisir rambutnya ke belakang, matanya ditekup untuk tahan air mata daripada keluar. Tiada seorang pun di situ yang bersuara, hanya air mata yang menemani mereka sedari tadi.

"Encik Harraz dah sampai ke?" Seorang doktor wanita lain menegur ahli keluarga Fleur.

"Ye saya" Harraz terus bergerak ke arah doktor tersebut.

"Pada pukul 11:34 minit pagi tadi, jantung Fleur berhenti berdegup selama 10 saat membuatkan kami bergegas ke ruangan Fleur. Belum sempat saya lakukan CPR, Fleur sudah bernafas semula seperti biasa tetapi kadar denyutan jantung dia perlahan, tersangat perlahan"

"Saya tau kita sepatutnya ada masa selama dua hari lagi tapi saya rasa lagi lama kita tunggu lagi lama Fleur tersiksa. Apa pun, keputusan di tangan Encik Harraz. Andai kata Encik Harraz mahu terus tidurkan Puan Fleur dan biarkan Fleur bernafas menggunakan bantuan mesin pernafasan, kami akan buat begitulah" Beritahu doktor tersebut dengan sangat jelas.

Kesemua di situ dengar apa yang doktor itu katakan. Sumayyah sehingga tidak sanggup untuk dengar apa - apa lagi dan buat keputusan untuk pergi daripada situ. Sungguh, hatinya tak kuat mengenangkan keadaan Fleur.

"Doktor..beri saya masa satu hari je lagi, ikut seperti masa yang doktor beritahu dahulu. Andai dalam masa satu hari itu, Fleur masih lemah..saya akan buat keputusan seterusnya" Ujar Harraz dengan hati yang sedikit tenang.

"Baik kalau Encik Harraz kata begitu" Doktor wanita itu sudah bersedia mahu pergi tapi panggilan Harraz buatkan langkah doktor tersebut terbantut.

"Kalau saya nak minta izin, masuk ke dalam ruangan yang menempatkan isteri saya, boleh ke?" Harraz mencuba nasib. Lama sungguh dia tak sentuh wajah isterinya itu.

Doktor itu diam untuk seketika, "Saya akan berikan masa dalam lima minit sahaja" Jawab doktor tersebut.

Harraz terus lepaskan nafas lega, bersyukurnya dia walaupun masa yang diberi hanya lima minit sahaja.

"Saya minta agar Encik Harraz cuci tangan menggunakan sabun dengan betul dan saya akan beri pelitup muka pada Encik Harraz untuk dipakai sebelum masuk ke dalam. Untuk yang lain, saya minta maaf..demi keselamatan Fleur, saya hanya boleh benarkan Harraz seorang sahaja masuk ke dalam" Doktor itu lihat wajah ahli keluarga Fleur sebentar sebelum bergerak mahu ambil pelitup muka.

Harraz terus pergi ke bilik air dan cuci tangan sebersih yang boleh. Sebaik lelaki itu sampai di ruangan ICU, doktor tersebut sudah hulurkan pelitup muka buat Harraz.

"Harraz, sampaikan salam kami buat Fleur" Kata Encik Iqram perlahan.

Harraz mengangguk dan terus menapak ke dalam. Harraz tidak buang masa dan terus ke katil Fleur.

Buat pertama kalinya selepas hampir dua bulan, Harraz lihat wajah isterinya sedekat itu. Tangan Fleur sudah mula terlihat kurus sehingga menampakkan bentuk tulang tangannya. Wajah Fleur jangan cakaplah, cengkung ya amat.

"Assalamualaikum Sophia..Harraz datang ni" Ucap Harraz perlahan.

"Sophia sayang..Sophia mesti dah penat sangat kan? Kesayangan abang ni letih sangat ke? Sayang dah tak mampu nak lawan semuanya lagi, kan?" Air mata yang mengalir keluar langsung tidak disekat oleh Harraz.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now