《 23 》

10.2K 836 315
                                    

Amsyar lihat Ayra yang berada di tempat duduk penumpang. Tak henti wanita itu senyum sedari tadi. Apa yang bahagia sangat entah.

"Kau kena rasuk ke? Tersenyum senyum" Amsyar sudah bersuara, sekali gus memecahkan kesunyian di antara mereka.

Ayra tidak ambil hati malah wanita itu terus senyum selebar mungkin membuatkan Amsyar makin kehairanan.

"Am, terima kasih sebab bawa aku keluar dengan keluarga kau harini" Ucap Ayra dengan baik.

Amsyar sudah buat muka terperanjat bila dengar Ayra kata begitu.

"Berhenti la Ra, berhenti la. Aku pasang surah Yassin kang" Amsyar sudah tekan - tekan radio keretanya, meng-acah seolah mahu buka surah Yassin.

"Apa kenanya? Kenapa?" Soal Ayra pelik.

"Kau tu yang kenapa. Tiba - tiba je ucap terima kasih. Tolong la Ra, jangan jadi pelik" Beritahu Amsyar membuatkan wajah Ayra terus berubah menyampah.

"Dah lah Am, aku sakit hati gila cakap dengan kau ni sumpah" Hilang terus mood wanita itu dibuatnya.

"Lantak kau la sakit hati sekali pun"

"Orang betul - betul dia main - main" omel Ayra perlahan.

"Aku dengar" Ujar Amsyar.

"Lantak kau la kalau dengar sekali pun" Ayra ulang ayat yang sama Amsyar cakapkan tadi.

Amsyar menggelengkan kepala, "seronok sangat ke kau dapat jumpa dengan Fleur harini?" Amsyar akhirnya mengalah dan cuba untuk berbaik dengan wanita itu.

Ayra lihat sekejap wajah Amsyar di sebelah sebelum wanita itu duduk menegak untuk ceritakan keterujaannya.

"Seronok! Fleur tu kira salah seorang dari orang yang aku minat jadi mestilah aku seronok dapat jumpa dengan dia" Mood gembira Ayra kembali.

"Baguslah kalau kau suka" Amsyar hanya tersenyum kecil. Sekurangnya lepasni Amsyar tak akan rasa bersalah lagi pada Ayra. Ini adalah cara Amsyar untuk minta maaf pada wanita itu tanpa ucapkan sebarang kata maaf.

Ayra kembali duduk bersandar dan teruskan tersenyum indah seraya lihat keadaan petang di luar tingkap kereta.

"Ayra, aku nak tanya sesuatu tapi aku takut pertanyaan aku tu buat kau terasa pula" Amsyar sudah tidak dapat simpan lagi perasaan ingin tahunya.

"Aku tak ada hati" Kata Ayra dengan nada yang biasa.

"Kau yang cakap ea kau tak ada hati. Jadi soalan aku, ada satu hari masa kau dapat tau pasal aku ni abang Fleur dekat wad hospital. Kau kata satu keluarga kau suka tengok dia tapi semalam kau cakap dengan aku yang keluarga kau dah hancur hampir 10 tahun. Jadi macam mana kau tau satu keluarga kau suka tengok dia kalau..kau faham - faham je la"

Amsyar tak rasa bersalah masa bertanya, Ayra pula terlihat biasa sahaja. Betul - betul seperti orang tiada hati.

"Kau kena faham, bila aku sebut tentang keluarga dan perkara tu adalah perkara gembira macam dekat dalam wad tu, aku tak maksudkan keluarga sebenar tapi aku maksudkan anak - anak buah aku, ahli kumpulan aku, pekerja - pekerja dekat balai polis. Diaorang la keluarga yang aku maksudkan. Tapi kalau aku bercakap tentang keluarga dan perkara tu adalah perkara yang menyakitkan hati macam cerita aku semalam, bermaksud aku maksudkan keluarga kandung aku" Beritahu Ayra seringkas mungkin.

"Tapi aku jarang maksudkan perkataan keluarga tu pada keluarga kandung aku. Biasanya bila aku cakap tentang keluarga, aku maksudkan ahli kumpulan aku, pekerja balai polis. Itulah satu - satunya keluarga yang aku ada. Jadi bila aku cakap satu keluarga aku suka tengok muka Fleur, aku maksudkan rakan kerja aku" Terang Ayra.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now