《 8 》

15.5K 945 248
                                    

Fleur Sophia tersenyum puas apabila lihat dirinya yang menyarungkan baju resepsi mereka untuk hari ini. Baju ini la salah satu sebab mengapa Fleur jadi tidak sabar untuk bersanding hari ini.

Baju kahwin tradisi Thailand itu menjadi pilihan si gadis bernama Fleur Sophia untuk dijadikan baju resepsinya hari ini. Sungguh gadis itu puas hati dengan outcome baju tersebut. Kalau ikutkan design betulnya, baju itu tidak la tutup aurat dengan sempurna tapi designer baju ini telah ubah sedikit reka bentuk baju tersebut agar sesuai di pakai untuk wanita berhijab.

Kain baju itu sendiri pun sudah berkilau, kena pula dia memilih warna coklat ke-emasan, makin tampak mahal dan cantik baju itu jadinya.

Harraz pula mengenakan baju yang seumpana sama seperti baju tradisi kahwin Thailand versi lelaki tetapi design-nya juga sudah diubah sedikit dan sekarang baju itu kelihatan seperti suite yang lain daripada yang lain. Bila dipadankan dengan baju Fleur, memang sesuai sangat lah.

"Sayang, okay tak?" Panggil Harraz lembut. Fleur menoleh untuk lihat suaminya. Harraz sedang butangkan lengan bajunya seraya menunduk lihat baju yang dipakai.

Fleur mengangguk perlahan, "kacaknya suami saya" puji Fleur mengada.

Pujian se-simple itu sahaja sudah mampu buat hati Harraz cair seperti ais batu yang dibiarkan di tengah terik mentari.

Designer baju mereka kemaskan lagi pakaian Harraz, dia pastikan tiada satu pun cacat cela pada baju yang telah direka dan dalam masa yang sama, dia pastikan Harraz tetap kelihatan tampan ketika pakai pakaian tersebut.

Fleur menepuk tangan perlahan lepas lihat designer itu sudah jauhkan dirinya dari Harraz, "kena la baju ni dengan awak, cantik" puji Fleur lagi.

"Thankyou sayang"

"Akak!" Tiba - tiba kemesraan dua orang itu diganggu dengan tergahan Vincy Ilham.

Suara Vincy yang nyaring itu membuatkan Harraz dan Fleur terperanjat, kacau mood betul la adik dia ni.

"Ye Ilham?" Fleur masih layan Vincy dengan baik.

"Tolong butangkan lengan kemeja Ilham ni, tiba - tiba dia taknak beri kerjasama pula" adu lelaki itu seraya hulurkan tangan pada Fleur.

Fleur akur dan butangkan lengan kemeja lelaki itu, "yang kau menggedik dengan isteri aku ni dah kenapa?" Marah Harraz tiba - tiba.

"Fleur ni kakak ipar Ilham" balas lelaki itu sambil jelirkan lidahnya pada Harraz. Fleur tertawa kecil bila dengar Ilham melawan begitu.

"Kakak ipar je ea, Fleur ni isteri abang tau" Harraz sudah mencekak pinggang.

Vincy abaikan sahaja amarah abangnya dan hulurkan tangan sebelah kiri pula pada Fleur. Kebisuan Vincy itu buat hati Harraz makin membara. Harraz capai tangan Vincy dengan agak kasar dan butangkan bagi pihak Fleur.

"Abang ni kenapa?" Wajah Vincy sedikit tidak puas hati.

Harraz balas pandangan maut adiknya, "pergi cari isteri sendiri la, sebok dengan isteri orang" nada Harraz sedikit tidak puas hati.

"Buat apa cari isteri kalau dah ada kakak ipar yang penyayang?" Saje Vincy mengusik abangnya itu.

Harraz sudah angkat tangannya, mengacah seolah hendak pukul si adik tapi Vincy tak mengelak walau sedikit pun. Malah Vincy membuat muka seolah mengejek pada Harraz yang dia tak takut akan lelaki itu. Nampak sangat Harraz tak pernah berkasar dengan adiknya sebelum ini.

Fleur sudah usap lengan sang suami lembut, bibirnya tidak lekang dari mengukirkan senyuman. Dengan adik sendiri pun boleh cemburu, alahaih.

"Akak, pakaikan Ilham blazer boleh?"

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now