《 2 》

15.5K 1.1K 189
                                    

Fleur Sophia melangkah turun ke bawah selepas selesai menunaikan solat isyak. Pasti Encik Iqram dan Puan Mariana sudah tertunggu - tunggu akan dirinya. Tadi waktu Fleur sampai ke rumah lepas hantar Vincy pulang, tiada seorang pun sosok ahli keluarganya berlegar di ruangan rumah. Kebiasaannya Puan Mariana akan sambut dia pulang, tapi harini rumah itu senyap sunyi sahaja.

Tapi sewaktu gadis itu turun ke ruang tamu tingkat satu, tiada seorang pun di situ, termasuklah abangnya, Aisy. Fleur mengerutkan wajah, pelik. Biasanya Puan Mariana dan Encik Iqram pasti ada di situ, tonton televisyen atau berbual biasa dan duduk tanpa buat apa - apa. Tapi kalini tiada. Gadis itu naik ke tingkat dua untuk pergi ke bilik Aisy.

Baru sahaja tangannya naik hendak ketuk pintu bilik Aisy, dia terdengar seolah ada ramai orang yang sedang berbual sesama sendiri dan dari suara itu Fleur seperti dapat agak itu adalah abang - abangnya. Tapi dari mana suara tu datang? Ruang tamu tingkat 2 dengan bilik Aisy ni boleh tahan juga jauhnya.

Gadis itu buka dahulu pintu bilik Aisy tanpa ketuk terlebih dahulu dan bilik lelaki itu gelap, sunyi tanpa sebarang bunyi. Fleur kemudian terdengar tawa si Emir membuatkan gadis itu terus berlari anak hendak ke ruang tamu tingkat dua. Betapa terkejutnya dia tatkala lihat semua ahli keluarganya sedang pandang tepat ke arahnya dengan segaris senyuman.

"Abang?!" Gadis itu mengukirkan senyuman lebar dan terus pergi ke Emir. Dia melabuhkan punggungnya di tempat kosong bersebelahan dengan lelaki itu seraya rakul leher Emir kemas. Rindunya dia pada Emir tak terkata.

"Kenapa tak beritahu nak balik?" Soal Fleur sedikit sebak lepas leraikan pelukannya.

"Saje nak surprise adik" balas Emir lembut.

"Ala main surprise pula..ni abang Ian, abang Am, tak kata pun nak datang lepastu abang Fathi, tadi petang tak cakap pun dengan Fleur yang abang nak balik sini"

Mereka ber-empat hanya mampu tersenyum seronok lihat adik mereka, maklumlah..sekarang yang tinggal di rumah agam itu cuma Encik Iqram, Puan Mariana, Aisy serta Fleur. Itu pun Aisy bukannya selalu ada di rumah. Sibuk sangat bekerja sampai lupa masa rehat.

"Ala sedih sangat la tu tak jumpa abang - abang dia" usik Aisy.

"Ye la, Fleur sedar abang - abang memang suka pun biar Fleur sorang - sorang kan dekat sini? Tak payah layan Fleur bagai" gadis itu sudah bersandar seolah merajuk sementara Encik Iqram hanya tergelak kecil dengar rajukan anak gadisnya.

"Mana ada Fleur" kata Dayyan perlahan.

"Malas dah Fleur nak percaya. Nanti sekejap lagi pukul 10 semua dah gerak balik, lepastu esok awal - awal pagi abang Emir pun sibuk nak balik Singapura semula" sindir gadis itu. Memang itu pun apa yang selalu dilakukan oleh ke-empat - empat lelaki tersebut. Lagi - lagi Emir, sudah la duduk jauh, balik pun bila perlu sahaja kalau tidak jangan harap la abangnya itu nak pulang ke Malaysia. Apa yang seronok sangat entah negara jiran tu.

"Adik nak tau berita terkini tak?" Amsyar mula bersuara.

"Taknak" balas gadis itu menyampah. Masa - masa macam ni la dia sibuk nak beritahu berita terkini la berita terdahulu la.

"Betul ke taknak?" Tanya Amsyar sekali lagi.

"Ye" jawab Fleur sepatah.

"Ala Dayyan..dia taknak dengar la berita kita, macam mana ni Fathi" Amsyar sudah lihat dua beradiknya berulang kali.

"Nak buat macam mana..baru je abang nak beritahu Fleur yang kitaorang akan pindah masuk semula dalam rumah ni" kata Dayyan membuatkan Fleur terus duduk tegak, wajahnya sudah bertukar dari masam terus kepada terkejut.

"Serius ke? Siapa? Abang Ian? Dengan abang Am?? Habistu abang Fathi??" Jelas kedengaran pada nada Fleur yang dia sedang teruja sekarang.

"Hmm abang rasa abang kena pindah balik ke sini juga sebab ye la rumah daddy dekat dengan office Fleur kan" jawab abangnya itu.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now