《 64 》

13.1K 918 265
                                    

Reyza Arif tendang segala mangkuk serta piring yang berada di hadapannya. Segala lilin terpadam apabila angin kencang mula menyapa ruangan kecil seperti pondok milik Reyza yang terletak jauh ke dalam hutan.

"Babi , kau pergi sekarang. Jangan kacau aku" Ucap Reyza dingin.

Wajah Reyza sudah berpeluh , jantungnya berdegup laju seolah penat yang teramat. Hembusan nafasnya kedengaran sangat kuat sekarang.

"Kau mungkiri janji kau.." Satu suara yang tersangat garau kedengaran di telinga Reyza.

"EH PERGI MAMPOS LA DENGAN JANJI TU! KAU SENDIRI LEMAH! TAK BERTAHAN! KENA AYAT AYAT QURAN SIKIT TERUS PANAS. BODOH" Jerit Reyza sekuat hati.

Keadaan di sekitar Reyza sunyi sebentar sebelum pondok yang diduduki Reyza terbalik.

"Sial anak iblis ni.." Reyza sisir rambutnya ke belakang seraya bangun dari terbaring.

"EH BABI! KAU YANG LEMAH..KAU YANG TAK AMBIL NYAWA DIA, LEPASTU KAU NAK SALAHKAN AKU KE SIAL?!" Tengking Reyza.

Lelaki itu sudah gerakkan kepalanya ke kiri dan kanan, ke hadapan dan belakang untuk mencari kelibat jin yang mengganggu-nya sekarang.

"Kau yang tidak pandai berurusan dengan aku. Kau yang lemah, kau yang tidak cukup ilmu..BUKAN SALAH AKU!" Tanah tempat Reyza berdiri tiba - tiba bergetar dengan sangat kuat membuatkan lelaki itu hilang imbangannya.

"LEPASTU KAU NAK AKU BUAT APA?! EH KAU KALAU NAK NYAWA DIA, KAU AMBIL JE LA!" Jerit Reyza.

"Aku tak dapat lepasi dia lagi. Nyawa dia bukan hak aku lagi, jadi aku perlukan ganti" Suara garau itu masih kedengaran.

"Bodoh otak tak ada. Ambil la nyawa anak dia, sial" Balas Reyza tanpa sebarang rasa takut.

"Bukan nyawa budak tu yang aku mahu.." Suara garau itu lama kelamaan kedengaran sayu.

Gegaran pada tanah tempat Reyza berdiri akhirnya terhenti. Reyza bangun dari terus membongkok, "Pergi mampos je la kau" Ucap Reyza seraya berjalan mahu beredar dari hutan tersebut.

Tapi tidak sampai lima langkah, badan Reyza terus terhayun ke pokok. Badannya di hempas ke pokok berkali - kali dengan sangat kuat.

"Arkh!" Meraung lelaki itu tanpa henti dek kesakitan yang dirasakan.

Tubuh Reyza akhirnya jatuh ke tanah. Lelaki itu dapat rasa seolah ada tulang yang patah.

"BABI!! KAU NAK APA SIAL DARIPADA AKU?!" Jerit Reyza sekuat - kuat alam.

Guruh mula kedengaran. Petir turut menyambar antara satu sama lain. Suasana malam yang tadi gelap gelita tiba - tiba bertukar cerah dengan petir yang tidak henti menyambar.

Reyza kerutkan wajahnya, lelaki itu cuba untuk bangun dari terus terbaring tapi dia tidak mampu. Tubuhnya terlalu sakit sekarang.

"T-to.." Reyza terbatuk dengan sangat teruk sehingga buat anak tekaknya terasa mahu keluar dek batuk tidak henti.

Leher Reyza perlahan - lahan, rasa seolah dicekik oleh sesuatu. Mata lelaki itu makin lama makin terbeliak dengan besar, menahan sakit dan siksa tidak dapat oksigen.

Walaupun Reyza sudah tidak dapat menarik nafas, lelaki itu tetap bernyawa menyebabkan Reyza berasa sakit ya amat pada bahagian dadanya. Tubuhnya turut menggeletar dengan teruk. Otaknya terasa berdenyut seolah mahu pecah pada bila - bila masa. Setiap inci tubuh lelaki itu, fizikal mahupun mental, benar - benar terasa peritnya.

Petir yang menyambar akhirnya sambar Reyza Arif dengan dua kali sambaran. Tidak cukup dengan itu, terdapat satu petir yang menyambar sebuah pokok gergasi berdekatan Reyza menyebabkan pokok itu tumbang menghempap tubuh lelaki bernama Reyza Arif.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now