"Nanti balik, Emir ceritakan semuanya ye? Emir minta maaf sebab buat mummy risau" Ucap Emir perlahan di corong telefon.
"Apa pun harini Emir kena balik. Esok dah raya" Kata Puan Mariana.
"Baik mummy. Emir minta maaf sekali lagi" Kata lelaki itu sebelum akhiri panggilan telefon.
Emir terus pejamkan matanya seraya sandarkan badan di kepala kerusi. Berdenyut kepala Emir dibuatnya akibat tidak tidur sepanjang malam.
Xiu Ying yang baru lepas keluar dari wad wanita, terus nampak kelibat Emir duduk di salah sebuah kerusi menunggu. Tersentuh hati wanita itu bila lihat Emir masih menunggu di situ.
Perlahan - lahan kakinya melangkah pergi ke tempat Emir, "Emir" Panggil Xiu Ying membuatkan Emir buka matanya.
"Ye?" Emir terus duduk tegak bila nampak kelibat Xiu Ying.
"Awak tak sahur ke? Dah pukul enam ni" Ujar Xiu Ying baik.
Tersenyum Emir dibuatnya bila Xiu Ying tukar nama panggilan mereka, "Saya dah makan kurma tadi dengan minum air" Emir tunjuk botol air yang di beli dari mesin gedegang.
"Awak nak?" Tanya Emir seraya hulurkan botol air itu pada Xiu Ying.
Xiu Ying lihat botol air di tangan Emir. Perlahan - lahan mata Xiu Ying jadi berair bila kenangkan baiknya Emir layan dirinya sekarang.
Emir terus bangun bila lihat air mata Xiu Ying sudah bertakung, "Kenapa? Ada apa - apa yang tak kena ke dengan mak awak? Mak awak okay?" Tanya Emir resah.
Xiu Ying terus tutup matanya menggunakan lengan tangan bila rasa air matanya sudah turun ke pipi. Makin panik Emir jadinya bila lihat Xiu Ying menangis teresak.
"Saya minta maaf" Ujar Emir. Lelaki itu sendiri tak tau apa punca Xiu Ying menangis. Apa yang mampu lelaki itu ucapkan cuma kata maaf sahaja.
Xiu Ying cuba untuk redakan dirinya. Emir masih kaku, tak tahu apa yang perlu dia lakukan. Tapi Emir sudah cuba sedaya upaya untuk tahan sebaknya. Sedih rasa bila lihat Xiu Ying nangis teresak - esak begitu.
"Boleh tak jangan buat baik dengan saya?" Xiu Ying tiba - tiba bersuara membuatkan Emir berasa pelik dan tergamam dalam masa yang sama.
"Saya ni dah la layan awak dengan cara yang tak baik tapi awak asik layan saya dengan baik. Awak bagi saya itu la, awak perhatikan saya dari jauh la. Awak risaukan saya. Awak nak apa sebenarnya?" Nada Xiu Ying sedikit tinggi.
Emir terus tatap wajah wanita itu seraya menjawab, "Saya cuma nak tau, awak cintakan Islam, kan?" Tanya Emir.
Kalini, Xiu Ying pula yang tergamam. Wanita itu ketap bibirnya tanpa sedikit pun lihat wajah Emir.
"Saya seolah dapat agak sesuatu..tapi saya takut anggapan saya salah" Sambung Emir lagi.
Xiu Ying masih kekal membisu. Emir juga masih setia lihat wajah wanita di hadapannya. Tak lama lepastu, azan Subuh mula berkumandang.
Tanpa sebarang ucapan, Emir tinggalkan Xiu Ying berseorangan di situ. Lelaki tersebut berjalan mencari surau dalam bangunan hospital itu. Xiu Ying hanya mampu helakan nafas panjang. Wanita itu sisir rambutnya ke belakang seraya duduk di kerusi kosong yang ada. Botol air mineral yang dibeli Emir tadi di lihat lama oleh Xiu Ying sebelum gadis itu tekup wajahnya.
♧ ♧ ♧
Sebaik Dayyan Aqil keluar dari biliknya, lelaki itu terus terbau satu haruman yang tak pernah Dayyan hidu selama ini.
Lelaki itu bau tshirt yang dipakai. Harumannya tak sama. Lama kelamaan haruman itu makin kuat sehingga mampu untuk buat kepala Dayyan pening.

YOU ARE READING
[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVE
Fantasy[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU DUA ] Selepas segala dugaan dan cabaran yang Fleur Sophia alami selepas pindah ke Malaysia, gadis itu akhirnya dapat miliki kebahagiaan yang ia mahu kecapi selama ini. Pelbagai perkara indah datang berpusu dalam kehidupan ga...