《 46 》

8.9K 767 259
                                    

Hawa NurIman masuk ke dalam ruangan ruang tamu rumah Dayyan dan terus labuhkan punggungnya di sebelah sang suami.

"Esok sayang kerja ke?" Tanya Dayyan tanpa toleh lihat isterinya.

"Mestilah sayang kerja, kalau tak kerja, klinik tu tak boleh dibuka suami ku sayang" Jawab Hawa.

"Kalau sayang tak kerja pun apa salahnya? Abang boleh tanggung sayang sampai ke anak cucu cicit" Dayyan lihat wajah isterinya di sebelah.

Hawa menggelengkan kepala, "Ingat sayang bekerja semata untuk duit ke?"

Dayyan lihat ke dalam anak mata isterinya, "Betul lah, sayang ni umpama klon Fleur. Fleur pun asik ulang ayat yang sama je" Beritahu Dayyan.

"Nama pun adik dan kakak" Hawa sudah tersenyum suka.

"Abang, kaki Hawa kan daripada siang tadi sakit" Hawa menunduk sedikit untuk picit kakinya.

"Kaki sebelah mana? Sakit yang macam mana?" Soal Dayyan seraya betulkan posisi duduknya.

"Kaki sebelah kiri, di antara buku lali ni dengan tumit" Jawab Hawa ringkas.

"Meh abang tengok" Dayyan hulurkan tangannya.

Hawa akur dan lakukan apa yang Dayyan suruh. Perlahan - lahan Dayyan urut kaki wanita kesayangannya itu. Hawa hanya diam tatap wajah suami di hadapannya.

"Ha abang, abang dah tengok gambar scan baby yang Fleur hantar dalam group whatsapp?" Hawa tiba - tiba teringatkan perkara tersebut.

"Dah. Abang tak nampak apa pun tapi abang tetap happy" Jawab Dayyan dengan senyuman di bibir.

"Kan? Hawa pun sama. Comel" Hawa buka semula telefonnya, mahu lihat gambar yang Fleur beri.

"Teruja sangat isteri abang ni" Dayyan lihat wajah Hawa yang sedang seronok lihat gambar scan baby tersebut.

"Teruja la..ini anak buah pertama Hawa tau. Tapi kan..anak Harraz dengan Fleur ni memang betul - betul beruntung" Kata Hawa.

"Iya? Kenapa?" Dayyan angkat kedua belah keningnya.

"Cuba abang fikir balik, dia cucu pertama dalam keluarga Fleur dan keluarga Harraz. Dia juga merupakan anak buah pertama bagi adik beradik abang dan dalam masa yang sama, anak buah pertama bagi semua isteri pada adik beradik abang. Sayang, Qamar, Sumayyah, Ayra, kitaorang mana ada anak buah" Beritahu Hawa.

Dayyan berfikir sejenak, "Haah kan?"

"Ha..itu baru kita tengok dari status dia sebagai cucu dan anak buah pertama, belum tengok lagi mak ayah dia, nenek atok dia, makcik pakcik dia. Semua kerja highclass punya kerja" Ucap Hawa bangga.

Dayyan makin lebarkan senyumannya, "Kalau kita ada anak pun, anak kita dapat makcik pakcik yang kerja highclass juga sayang" Kata Dayyan.

"Iyalah, Hawa tau" Hawa tutup telefonnya dan kembali termenung.

"Nanti Hawa nak jumpa Fleur la" Hawa sudah mula rancang apa yang dia mahu lakukan.

"Sebelum pergi mana - mana, apa yang sayang kena buat?" Dayyan menguji isterinya itu.

"Beritahu suami Hawa ni la" Jawab Hawa tanpa perlu fikir panjang.

Dayyan usap rambut isterinya, seronok lihat senyuman di bibir wanita itu. Dayyan kemudian sambung urut kaki isterinya sementara Hawa sudah fikirkan perkara lain.

♧ ♧ ♧

Harraz Falikh masuk ke dalam rumahnya dengan ucapan salam. Dengan badan yang terasa sangat letih, lelaki itu berjalan perlahan - lahan, mahu terus tuju ke ruangan bilik.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now