《 19 》

9.8K 789 184
                                    

"Hey sayang" Tegur Harraz dengan lembut sebaik nampak Fleur turun ke ruang tamu.

Fleur duduk di sebelah Harraz dan terus lihat wajah suaminya.

"Ada apa ni? Tengok muka abang tak henti ni?" Tanya Harraz seraya alihkan pandangannya pada Fleur. Tak tenang lelaki itu mahu tonton televisyen.

"Tak ada..sayang ada benda nak cakap dengan abang" Fleur sudah cucuk lengan Harraz berkali - kali.

"Cakap? Cakap apa?" Harraz terus berikan tumpuannya pada Fleur. Tangan Fleur yang terus menyucuk lengan Harraz dipegang dengan lembut oleh Harraz seraya bawa tangan isterinya ke dalam genggaman.

"Abang kan tau kan..Avalance tengah collaborate dengan Fayns sekarang" Kata Fleur perlahan.

"Tau, dan?"

"Abang tau tak Fayns tu perniagaan apa?" Pertanyaan Harraz di balas dengan persoalan oleh Fleur.

"Perniagaan? Tak tau lah, abang mana tau hal - hal bisness ni" Jawab Harraz baik.

"Fayns tu kan, dia perniagaan yang reka - reka baju la dan segala macam pakaian. Jadi Avalance buat collaboration, baju raya, aksesori raya, kasut raya dan minyak wangi versi raya. Ada tudung juga" Cerita Fleur ringkas.

"Wah..nice la sayang. Baju tu semua sayang yang reka ke? Sayang kan pelajar fashion" Harraz sudah terlihat bangga.

"Ye la, sayang yang reka semua dari A sampai Z. Jadi kan.." Fleur kembali cucuk lengan Harraz menggunakan tangan kiri pula.

"Jangan cucuk macam tu sayang" Harraz sudah tertawa kecil.

"Kitaorang nak shoot la barang - barang tu semua, jadi sayang ingat saya nak shoot sendiri barang - barang tu terutama sekali baju dan kasut sebab sayang yang reka semua. Jadi sayang ingat nak ajak abang, shoot sekali dengan sayang" Fleur sudah beritahu apa yang dia mahu.

"Nak ajak abang sekali? Kenapa ajak abang?"

"Sebab ada baju melayu juga la, kasut, minyak wangi, semualah"

"Iya?? Baju melayu sayang reka juga?"

"Iyalah, semuanya sayang yang buat" Kata Fleur dengan bangga.

"Wah..raya kalini memang kita pakai dari atas ke bawah semua hasil titik peluh sayang la?"

"Ye la" Fleur sudah gembira habis bila kenangkan perkara itu.

"Alhamdulillah, Tahniah sayang" Harraz terus dakap isterinya itu, bangga dengan kejayaan isterinya.

"Sayang hebat kan?" Tanya Fleur.

"Mestilah, isteri abang memang wanita yang hebat" Puji Harraz terus terusan.

"Jadi abang nak tolong sayang tak?" Fleur leraikan pelukan mereka.

"Mestilah abang nak tolong isteri abang. Abang shoot dengan sayang kan? Bukan orang lain kan?" Tanya Harraz untuk kepastian.

"Mestilah. Mana ada orang lain boleh shoot dengan abang"

"Okay la kalau macam tu. Nanti boleh beritahu abang bila"

"Okay" Fleur duduk dan hadap kehadapan.

"Sayang dah pilih ke warna baju raya kita?" Harraz daratkan kepalanya di bahu Fleur.

"Hm..abang la pilih. Sayang dah reka baju jadi abang pilih warna" Kalau nak suruh Fleur pilih, memang tak ada jawapan la jawabnya. Semua warna cantik - cantik di mata Fleur.

"Oh macam tu pula?"

"Ye lah, orang kata hidup berumahtangga ni kena berusaha sama - sama. Jadi sayang dah reka, abang pilih"

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now