《 14 》

12.7K 889 145
                                    

"Apa?!" Zara yang sedang seronok menonton televisyen di rumah terus terperanjat bila dengar apa yang dikatakan oleh Afrina.

"Aku pun terkejut juga ni tapi boleh tak nanti - nanti je kau terkejut? Sekarang ni kau bagi nombor passport kau cepat" arah Afrina.

Kelam kabut Zara jadinya. Berlari wanita itu masuk ke dalam bilik hendak cari passportnya, "mujur aku ada passport, kalau tak ada?"

"Kalau tak ada, pihak syarikat akan suruh kau buat sebelum masuk kerja. Semua pekerja Syarikat Avalance wajib ada passport" jawab Afrina sambil tekun menghadap skrin laptop.

"Ha ni nombor passport aku" Zara sebut satu per satu nombor yang tertera.

"Tunggu sekejap, aku perlukan beberapa maklumat peribadi kau"

Zara akur dan jawab segala pertanyaan yang ditanya oleh Afrina.

"Okay, flight kita pukul 1 pagi nanti. Jumpa dekat KLIA pukul 8 malam"

Terbeliak besar mata Zara dengar Afrina kata begitu, "sekarang je dah pukul 6 petang, agak - agak la" Zara terus ambil suitcasenya.

"Bawa yang penting je..ada apa - apa nanti beritahu aku" Afrina terus akhiri panggilan telefon tersebut.

Zara sudah tidak keruan, kakinya tak berhenti menapak ke sana dan ke mari tapi dia sendiri tak tau apa yang perlu dia lakukan sekarang.

"Okay - okay..fikir dulu" Zara berhenti dan tenangkan dirinya.

"Pergi supermarket dulu. Makanan penting weh.." Zara sudah capai tudung sarungnya.

"Eh tapi..dekat airport ada Jaya Grocer, tapi mahal la" Zara sudah menggaru kepala yang tidak gatal.

"Pack baju dulu la! Biar mahal makanan jangan mahal baju" Zara campak sahaja tudung sarungnya di atas katil.

Tak pernah - pernah dia se-serabut ini, ini betul - betul kejutan ni, "mandi belum lagi ni..print tiket pun belum!" Macam - macam perkara ada dalam fikiran wanita itu sekarang.

"Itulah Zara..mak ajar suruh mandi pukul 5..derhaka lagi cakap mak..kan dah kelam kabut" bebel Zara sendirian.

"Aduh..cepat - cepat..dah la rumah aku nak ke airport jauh, jam lagi..arghhhhh" wanita itu tak pernah sangka hari tenangnya bertukar serabut dalam sekelip mata. Dunia pekerjaannya memang jauh berbeza dari dunia belajar. Tapi dalam keserabutan, tersirat perasaan teruja dalam hati wanita bernama Zara Afiyah sekarang.

♧ ♧ ♧

Muhammad Aisy lihat Harraz yang sedang lena dibuai mimpi bersandarkan bahu Fleur. Nyenyak betul lelaki itu sampai Vincy dan Amsyar bergaduh pun dia tak bergerak walau seinci.

"Harraz tak tidur lagi ke malam tadi?" Tanya Dayyan menggunakan suara perlahannya agar tidak ganggu Harraz.

Fleur menggelengkan kepala, "siang macam ni..baru dia dapat tidur" ujar Fleur.

"Dia demam ke? Tak kan?" Emir turut bertanya.

"Tak..dia tak demam" Fleur jawab sambil pegang dahi Harraz untuk pastikan yang suaminya itu baik - baik sahaja.

"Dia cuma..selesema, selesema tu buat dia pening kepala. Itu yang dia tak boleh tidur malam tu.." cerita Fleur.

"Takpelah, nanti dekat dalam flight pun biar je dia tidur..kesian pula tengok" Emir lihat sekejap wajah adik iparnya sebelum kembali tatap skrin telefon.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now