《 10 》

15.9K 1.1K 512
                                    

Seramai 11 orang keluarga besar Harraz Falikh berada di dalam satu mini bas yang sama. Segala keperluan serta urusan keluarga besar itu ketika berada di Scotland telah pun di-uruskan dengan sempurna oleh Mr Finley Theo. Mr Finley sudah pulang ke Malaysia sebaik sahaja majlis resepsi kedua Harraz dan Fleur selesai. Tidak sabar - sabar lelaki itu mahu langsungkan majlis di tempatnya dan kenalkan Fleur serta Harraz pada setiap saudara dan rakan - rakannya.

Masing - masing masih kepenatan, tiada seorang pun yang bersuara dalam bas itu. Ada yang sambung tidur, ada juga yang termenung nikmati permandangan di luar bas. Mereka sekarang sedang dalam perjalanan hendak ke tempat penginapan yang sudah di-sewa oleh Mr Finley.

Mata Harraz Falikh terbuka luas, lelaki itu sedang belek gambar - gambar yang dia dapat daripada Embun kira - kira empat jam lalu. Tak sangka pula Harraz yang Embun ada snap senyap - senyap gambarnya dengan Fleur ketika Fleur dukung Erfan di hospital. Sudah seperti gambar keluarga yang lengkap.

Harraz pilih satu gambar yang paling menarik perhatiannya. Gambar di mana Fleur tersenyum gembira lihat Erfan Aiden yang berada dalam dukungannya sementara Harraz pula sedang pandang wajah gembira Fleur dengan senyuman manis. Gambar itu di-upload dalam instagram feednya bercaption-kan emoji hati bewarna merah.

Kalau dahulu, instagram Harraz penuh dengan gambarnya berseorangan, kini instagram Harraz hanya penuh dengan gambar dia dan Fleur sahaja.

Lepas Harraz selesai buat perkara yang dia mahukan, Harraz simpan telefon pintarnya di dalam beg sandang kecil Fleur. Tersenyum kecil Harraz jadinya bila lihat Fleur sandarkan kepala pada bahunya sambil tertidur nyenyak.

Perlahan - lahan Harraz gerakkan tangannya dan terus dakap bahu Fleur. Kepala Fleur juga sudah dibawa ke dada bidangnya. Fleur bergerak sedikit untuk selesakan lagi posisinya. Lepas Harraz rasa yang Fleur sudah selesa, lelaki itu kucup perlahan kepala Fleur sebelum letakkan dagunya di atas kepala sang isteri yang berlapik tudung.

Ibu jari tangan Harraz yang sedang dakap bahu Fleur itu digerakkan perlahan, seolah sedang usap bahu isterinya. Harraz hanya mampu tersenyum bahagia sambil lihat ke arah luar tingkap bas. Dia sendiri tidak sangka yang Fleur sudah sah jadi miliknya. Sungguh, Harraz bahagia berada di samping Fleur sekarang.

♧ ♧ ♧

Mr Finley Theo sewa dua buah rumah yang bersambung di antara satu sama lain membuatkan rumah itu jadi luas dan besar. Rumah itu hanya mempunyai satu tingkat, tapi ruang di dalam rumah itu lebih luas dari rupanya. Sesuai la untuk jadi tempat penginapan pada 11 orang.

"Aaaaa sejukkkk" berlari anak Fleur Sophia ke arah sofa lepas sarungkan sweater kepunyaan Harraz pada badannya.

Dia labuhkan punggung di sebelah Harraz dan terus peluk suaminya yang sedang bermain playstation bersama Emir. Tak sedikit pun Harraz mengeluh atau ubah riaksi wajahnya walaupun permainan dia sedikit terganggu. Asalkan Fleur bahagia sudahlah.

"Adik..tolonglah..janganlah ber-sawit sawit di sini. Di sini tiada kelapa sawit dik, ini bukan Malaysia" kata Fathi dengan wajah pasrahnya. Sudah la mereka duduk dalam satu rumah, makin sendu la Fathi jadinya.

"Ala..dah Fleur sejuk, nak buat macam mana" ujar gadis itu tanpa sedikit pun leraikan pelukannya.

"Iyake sejuk ni? Dah pakai sweater pun masih sejuk? Sejuk betul ke sejuk tipu?" Suara Amsyar sudah turut kedengaran.

"Kalau sejuk tipu pun apa salahnya" nada Fleur kedengaran sedikit mengusik.

Jawapan Fleur itu buat Harraz automatik mengukirkan segaris senyuman. Tangan kirinya sudah di angkat dan letakkan di bahu Fleur. Fleur menggeser sedikit ke sebelah kanan untuk dekatkan tubuhnya pada Harraz. Perlahan - lahan tangan Harraz turun pada pinggang sang isteri agar dia dapat pegang controller playstation itu dengan lebih selesa. Sambil main game pun boleh peluk isteri, cuma mahu atau tidak sahaja.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now