《 50 》

11.5K 859 127
                                    

Harraz Falikh berjalan keluar dari bilik air di dalam bilik Fleur bersama satu gayung yang berisi air dan tuala kecil. Gayung tersebut di letakkan di atas permukaan meja kecil yang berada di sebelah katil tidur mereka.

Tuala kecil itu di basahkan menggunakan air dalam gayung tersebut dan Harraz lapkan wajah Fleur dengan lembut. Tangan gadis itu turut di lap oleh Harraz. Daripada siang tadi, Fleur Sophia tidak bangun dari tidurnya, posisi tidur Fleur juga tidak berubah sejak Harraz letakkan Fleur di atas katil.

Hancur berderai hati Harraz apabila ingat semula apa yang diberitahu oleh Hadi siang tadi. Tergamaknya orang hantar sihir sebanyak itu pada isterinya, sedangkan Fleur tidak buat salah apa - apa pun pada orang lain. Andai gadis itu buat salah sekali pun, tak perlu la sehingga hantar sihir begitu.

Harraz letakkan tuala itu di dalam gayung dan sisir rambut isterinya. Wajah Fleur di tatap dengan agak lama oleh Harraz sebelum Harraz lihat perut Fleur Sophia.

Harraz usap perut Fleur perlahan sebelum cium perut Fleur yang berlapikkan baju, "Baby" Panggil Harraz perlahan.

"Andai kata nanti papa terpaksa lepaskan kamu demi selamatkan mama, papa harap baby faham kenapa papa buat macam tu. Bukan papa tak sayang, bukan papa tak mahu pertahankan, tapi kita berdua tak akan mampu hidup tanpa mama, percayalah sayang" Ucap Harraz perlahan.

Harraz bukannya tidak sayangkan anak mereka tapi andai nyawa Fleur di ambang kritikal dan dia perlu pilih untuk selamatkan bayi mahupun Fleur, sudah tentulah Harraz akan pilih untuk selamatkan Fleur.

Harraz kemudian kucup dahi Fleur pula. Lelaki itu letakkan pipinya di dahi Fleur, sungguh Harraz rasa bersalah yang teramat dengan wanita kesayangannya itu.

Selepas beberapa minit Harraz berada di posisi itu, lelaki tersebut angkat kepalanya dan bawa gayung berisi air itu kembali ke dalam bilik air. Harraz kemudian melangkah turun ke bawah untuk isi air dalam jag yang sudah kosong di dalam bilik Fleur.

"Harraz" Panggil Dayyan apabila nampak kelibat Harraz berjalan mahu ke dapur.

Harraz terus alihkan pandangannya pada ruangan luar rumah, tempat terletaknya kolam renang. Terdapat ke-lima - lima abang Fleur duduk di situ membuatkan Harraz melangkah ke tempat tersebut.

"Nak ambil air?" Tanya Amsyar apabila lihat jag kaca lutsinar yang sudah kosong di tangan Harraz.

"Ya"

"Fleur dah sedar ke?" Tanya Aisy.

Harraz menggeleng, "Belum"

Mereka semua melepaskan keluhan panjang, "Duduk la sekejap, kitaorang tak boleh tidur" Pelawa Emir apabila dengar adik perempuannya masih tertidur. Dapat la mereka berbual dengan Harraz sebentar.

Harraz tidak menolak dan duduk di tempat yang kosong. Jag air lutsinar itu di letakkan di atas permukaan meja kosong yang ada.

"Aku minta maaf" Ucap Harraz seraya tundukkan kepala.

"Minta maaf untuk?" Dayyan bertanya.

"Sebab aku mungkir janji..aku hampir lafazkan ce.." Harraz tidak sanggup untuk teruskan ayatnya. Lelaki itu terus tutup matanya apabila air mata sudah mula keluar.

"Tak ada sesiapa salahkan kau Harraz" Kata Amsyar. Emir yang berada di sebelah Harraz sudah turut usap dan tepuk tubuh belakang adik iparnya itu.

"Semua orang tau kau cintakan Fleur, jangankan lafaz..sebut perkataan tu dekat depan Fleur pun kau tak sanggup. Masa tu bukan kau yang kawal diri kau" Ujar Aisy.

"Kesian dekat Fleur weh" Suara Harraz sudah kedengaran agak susah untuk dikeluarkan memandangkan dia sedang menangis sekarang.

"Aku sendiri pun tak tau la macam mana Fleur nak tahan dari semua ni" Emir sudah risaukan adiknya itu.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now